6 Tips Sebelum Nak Beli Tanah

Adakah anda mempunyai rancangan untuk membeli tanah tetapi tak tahu bagaimanakah caranya? Mungkin juga telah menerima tawaran penjualan tanah yang sangat murah, namun tidak tahu bagaimana untuk memeriksa status keadaan tanah tersebut?

Jangan risau, mari kami kongsikan cara beli tanah dan panduan yang boleh anda ikut.

1. Tanah Tersebut Bebas Sekatan

Pastikan anda memilih tanah yang tidak mempunyai sekatan. Sekiranya terdapat sekatan, prosedurnya pasti akan lebih rumit dan prosesnya pasti agak lama.

Selain daripada itu, mungkin masalah yang tidak diingini juga akan datang.

2. Pastikan Lokasi Strategik

Photo by Lukas from Pexels

Pastikan kita cari tanah dengan lokasi yang strategik seperti berhampiran sekolah atau di tepi jalan raya. Namun, harganya pasti akan sedikit mahal kan?

Tidak mengapa, janji ia selamat. Daripada terletak jauh ke dalam, jalan pun tiada apatah lagi bekalan elektrik dan kemudahan telefon serta internet.

3. Jangan Tergesa-Gesa

Kita harus ada ilmu dalam membeli tanah terlebih dahulu. Sudah semestinya ia tak sama dengan membeli rumah yang sudah siap atau dalam pembinaan.

Ianya dapat membantu anda untuk membuat penilaian sama ada ianya berbaloi atau tidaak.

4. Buat Semakan Geran

Bagi memastikan anda tidak tertipu oleh penjual tanah, pastikan tanah yang ingin dibeli sememangnya wujud. Buatlah tinjauan ke lokasi sekurang-kurangnya sekali.

Jangan lupa untuk dapatkan salinan geran tanah daripada penjual. Periksa kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti di dalam geran tanah.

5. Buat Semakan Di Pejabat Tanah

Bila dah pergi ke lokasi dan kedudukan sebenar tanah yang ingin dibeli, seterusnya buat semakan pula di pejabat tanah. Ini bagi memastikan kedudukannya adalah tepat dan seperti yang kita lihat dengan mata sendiri.

6. Buat Perjanjian Bertulis

Yang terakhir sekali, pastikan anda membuat perjanjian jual beli secara bertulis.  Kemudian, pastikan untuk mematikan setem bagi menjaga kedua-dua pihak.

Di sini, anda boleh merujuk peguam hartanah yang berpengalaman dalam penjualan dan pembelian tanah.

Terdapat banyak kes penipuan yang melibatkan jual beli hartanah. Semoga dengan adanya panduan ini, dapat juga anda beli tanah idaman yang diimpi-impikan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hartanah: Keadaan Pasaran Masih Seimbang

Saranan WAJARAN TINGGI; Saham Pilihan Utama: Sime Darby Property (SDPR) dan Eco World Development (ECW)

Faktor-faktor pendorong utama:

  • Aliran liputan berita, permintaan hartanah dan urus niaga tanah semakin kukuh di Iskandar Malaysia, dipacu oleh projek Sistem Transit Laju (RTS) yang bakal siap dibina
  • Warganegara asing, mereka yang menaik taraf kediaman dan pemilik rumah yang beralih kepada rumah lebih murah akan memacu permintaan untuk rumah kediaman mewah yang luas di kawasan-kawasan perumahan yang premium
  • Hartanah sebagai langkah perlindungan baik daripada kenaikan tekanan inflasi
  • Keadaan kadar faedah dijangka terus kondusif, dibantu oleh kadar tukaran mata wang USD/MYR yang kukuh.

Kesan perolehan amnya diambil kira

Pemulihan harga saham sektor baru-baru ini menunjukkan pelabur sudah melihat melepasi kesan konflik AS-Iran. Harga saham mengalami pembetulan pada Mac-April berikutan jangkaan kemerosotan margin. Walau bagaimanapun, berbeza dengan sektor-sektor lain, pemaju hartanah selalunya mempunyai ruang untuk mengubah suai reka bentuk, bahan binaan, dan harga produk mereka supaya dapat mengurangkan kesan tersebut terhadap margin.

Pelan penyenaraian REIT berjalan baik

Walaupun berdepan kekangan pasaran, pemaju meneruskan usaha-usaha mengewangkan aset mereka. Usaha-usaha merungkai nilai seperti yang dimaklumkan pada suku lalu, terus menjadi pendorong penting kepada sektor ini. Tiga pemaju utama termasuk SDPR dan SP Setia, menyenaraikan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan mencecah ~MYR13bn selepas menyuntik aset-aset itu ke dalam REIT, sepanjang dua tahun berikutnya

Permintaan di Iskandar Malaysia masih kukuh

Nilai MYR dilihat semakin mengukuh, namun tekanan inflasi yang meningkat di wilayah itu terus menjadi faktor yang menarik para pelancong dari Singapura untuk berbelanja dan/atau tinggal di Iskandar Malaysia sekurang-kurangnya untuk jangka sederhana. Tambahan itu, pemilik tanah utama seperti UEM Sunrise (UEMS), KSL (KSL MK, TIADA SARANAN) dan Crescendo (CCDO MK, TIADA SARANAN) muncul sebagai saham pelaburan yang menawarkan nilai RNAV yang baik. Harga tanah dijangka terus meninggi memandangkan jualan tanah baru-baru ini oleh ECW dan CCDO kepada pemainpemain pusat data (DC) masih dijual pada harga tertinggi dalam sejarah (di kawasan sekitar mereka). Oleh itu, tiada sebarang petanda bahawa permintaan akan mereda

Hartanah-hartanah mewah di kawasan perumahan premium akan mendapat sambutan

Hartanah-hartanah berkelas tinggi di kawasan-kawasan perumahan premium sepatutnya mendapat sambutan baik, seperti Mont’ Kiara, Damansara Heights, KLCC and kawasan-kawasan tertentu di Iskandar Malaysia yang menerima permintaan tinggi, manakala ASP untuk unit-unit di pelancaran hartanah baharu(ParkCity Damansara PJ dan Pavilion Damansara) dilihat terkawal. Pihak pemaju yang mempunyai pendedahan di kawasan-kawasan ini termasuklah Eastern & Oriental (EAST), ECW, Sunway, Mah Sing, UEMS dan LBS Bina.

Persekitaran kadar faedah yang kondusif sepatutnya menyokong permintaan keseluruhan

Hartanah tetap menjadi langkah perlindungan nilai yang baik daripada tekanan inflasi. Disebabkan oleh nilai MYR lebih kukuh, kami menjangkakan persekitaran kadar faedah akan terus kondusif, yang sepatutnya memberikan kelebihan kepada pelabur dan pembeli hartanah. Malahan, permintaan daripada pelabur hartanah dijangka terus kukuh apabila pelancaran-pelancaran baru-baru ini oleh UEMS (rumah kedai Aspira Place di Iskandar Malaysia), SDPR (rumah kedai REKA di Elmina), dan 77 unit kedai dengan ketinggian empat tingkat berharga MYR8j dan ke atas di Bandar Puteri oleh satu lagi syarikat pemaju besar, semuanya mencatat kadar ambilan lebih 90%.

Memenuhi Jangkaan Prestasi Ketika Pasaran Tidak Menentu

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.