Big Four Dalam Dunia Perakaunan

Jika kita merupakan seorang pelabur untuk jangka masa panjang, kedudukan kewangan sesebuah syarikat amatlah penting. Kita boleh tahu potensi syarikat tersebut membuat keuntungan atau kerugian pada masa depan.

Kita boleh buat analisa Fundamental dengan melihat kepada financial statements atau laporan kewangan yang dikeluarkan syarikat. Jadi bagaimanakah laporan kewangan ini terhasil?

Laporan kewangan sesebuah syarikat ini terhasil melalui audit yang dilakukan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengauditan ini. Jika sebelum ini, kita sudah mengenali syarikat yang digelar Big Five dalam dunia teknologi, jom kita berkenalan pula dengan Big Four dalam dunia perakaunan.

Baca : Big Five, Syarikat Gergasi Teknologi Dunia Dan Sumber Pendapatan Utama Mereka

Kredit Gambar: Bright Network

Syarikat Big Four ini mendominasi sebanyak 80% syarikat yang ada di dunia. Big Four ini adalah Deloitte Touche Tohmatsu Limited, PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (E&Y) dan Klynveld Peat Marwick Goerdeler (KPMG).

Big Four ini kebanyakannya digunapakai oleh syarikat gergasi yang besar untuk mengaudit akaun mereka bagi memberi maklumat yang lengkap kepada kepada pelabur saham syarikat. 500 syarikat terbesar dunia menggunakan sepenuhnya khidmat syarikat Big Four ini bagi mengaudit syarikat mereka.

Dulu Dikenali Sebagai Big Eight

Pada awal kurun ke-20, syarikat pengauditan terkenal dengan panggilan Big Eight dengan adanya 8 buah syarikat gergasi yang mengaudit akaun syarikat. Dari dekad ke dekad, syarikat ini mula bergabung membentuk syarikat yang ada sekarang yang kini dikenali sebagai Big Four.

Di antara syarikat terakhir yang bergabung adalah melibatkan Syarikat Arthur Anderson yang telah jatuh muflis kerana didakwa bersubahat di dalam krisis Enron yang merupakan krisis penipuan terbesar di dalam sejarah syarikat koperat di Amerika Syarikat.

Baca : Enron, Skandal Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Amerika Syarikat

Kredit Gambar: Statista

Di antara Big Four tersebut, Deloitte merupakan syarikat yang terbesar daripada segi revenue iaitu sebanyak USD46.3 bilion pada tahun lepas. Tempat kedua pula adalah PwC sebanyak USD42.3 bilion dan dikuti oleh Ernst & Young dan KPMG dengan masing masing berjumlah USD36.4 bilion dan USD29.75 bilion.

Big Four ini kini tidak hanya memfokuskan kepada perkhidmatan audit sahaja tetapi mereka kini telah beralih arah kepada konsultansi yang mana revenue mereka hampir menyamai perniagaan teras mereka.

Mereka yang sedar bahawa dunia yang semakin berubah dengan teknologi AI yang semakin popular bakal menggantikan perkhidmatan perakaunan pada masa hadapan. Dengan melibatkan diri dalam bidang konsultansi, Big Four ini terpaksa berdepan dengan undang-undang yang baru daripada Kerajaan Britain.

Oleh kerana Big Four ini mengaudit kebanyakan syarikat gergasi dunia, mereka terdedah dengan maklumat yang terperinci dalam perakaunan. Mereka yang kini telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan konsultansi pula, dikhuatiri akan bias di dalam memberi khidmat nasihat kepada pelanggan mereka.

Kredit Gambar: Director of Finance

Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, Kerajaan Britain telah melaksanakan undang-undang di mana Big Four ini mesti mengasingkan perniagaan yang melibatkan audit dan juga konsultansi bagi mengelakkan penipuan terjadi.

Ini kerana Big Four tidak terlepas daripada melakukan kesalahan di dalam melakukan audit yang membawa kepada masalah besar kepada para pelabur yang melabur di dalam syarikat awam. Di antara yang paling popular tahun ini adalah melibatkan Wirecard, di mana syarikat ini telah menipu para pelabur mereka dan Wirecard menggunakan perkhidmatan  Ernst & Young di dalam mengaudit akaun syarikat tersebut.

Baca : Wirecard: Skandal Penipuan Gergasi Fintech Terbesar Di Eropah

Walaupun terpalit dengan skandal sebegitu, Big Four masih lagi menjadi kepercayaan syarikat-syarikat gergasi dunia dalam menguruskan akaun syarikat dan membuat audit ke tas mereka.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA