Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung November 2020

Bulan Oktober yang juga dikenali sebagai Octobear kerana ianya sering dikaitkan dengan kejatuhan pasaran saham, telah pun berlalu.

Bagaimana pula dengan bulan November yang lalu?

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 2 November 2020: 1,465.50 Mata

Indeks FBM KLCI 2 November 2020 Paras Terendah Bulan November: 1,452.10 Mata

Indeks FBM KLCI 27 November 2020 Paras Tertinggi Bulan November: 1,618.70 Mata

Indeks FBM KLCI 30 November 2020: 1,562.70 Mata

Kenaikan Sebulan: +97.20 Mata atau +6.63%

Menarik sungguh reversal yang dibuat oleh Bursa Malaysia sehingga berjaya memecah paras 1,600 mata. Namun, pada hari terakhir bulan November, indeks merudum dan gagal bertahan.

Biasanya window dressing, harga saham akan naik. Tapi kali ini terbalik pula jadinya.

Dengan kenaikan tinggi yang dicatatkan pasaran saham Malaysia, mesti ramai yang tersenyum gembira dengan mencatatkan keuntungan yang baik. Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung November 2020:

Sumber: Screener iSaham

1. GETS Global

Sumber: Bursa Marketplace

2. Samaiden Group

Sumber: Bursa Marketplace

3. Artronic Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

4. Metronic Global

Sumber: Bursa Marketplace

5. Vivocom International Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. Solution Engineering Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. AT Systemization

Sumber: Bursa Marketplace

8. United U-LI Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

9. Petra Energy

Sumber: Bursa Marketplace

10. Ralco Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Penny Stock Menguasai Senarai

Jika dilihat kepada senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung November 2020 di atas, 9 daripada 10 yang menduduki carta adalah saham penny stock.

Dalam contoh GETS Global yang berada di tempat pertama, angin takde ribut takde tapi tiba-tiba harga saham mencanak naik. Cuba bayangkan daripada harga 8 sen pada bulan Ogos, mencecah RM4 pada bulan November. Memang tak masuk akal kan?

Walau apapun, jual beli penny stock memang boleh untung besar; dan juga rugi besar. Pastikan kita guna fungsi Stop Limit bagi mendapatkan keuntungan dan meminimakan kerugian.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Buat julung kalinya, memperkenalkan:

WEBINAR SENANG SAHAM

bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur

&

Tuan Somad Albasit
Remisier M+ (Malacca Securities)

#Hari 1 : 19 Disember 2020
Sabtu, 9 pagi – 5 petang

#Hari 2 : 20 Disember 2020
Ahad, 9 pagi – 5 petang

#Hari 3 : 21 Disember 2020
Isnin, 2 petang – 5 petang

Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?

Belajar secara santai dari rumah melalui aplikasi ZOOM.

Daftar sekarang -> http://thekapital.my/senangsaham19Dis

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.