Prestasi IPO Bagi Tahun 2020, Ada Yang Naik 128% Pada Hari Pertama

Tahun 2020 menyaksikan 18 syarikat yang telah menyenaraikan syarikat mereka di pasaran saham buat pertama kalinya melalui proses Initial Public Offering (IPO). Di antara nama besar yang dikenali ramai adalah MR D.I.Y. yang mempunyai jaringan kedai di seluruh Malaysia.

Baca: Jom Berkenalan Dengan IPO

Tetapi bagaimana prestasi mereka pada hari pertama listing dan juga harga saham di hujung tahun?

1. Supergenic Berhad (LEAP Market)

Harga IPO: RM0.20
Penutup Hari Pertama: RM0.28
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.08 atau +40.0%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.295
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.095 atau +47.5%

2. Ace Innovate Asia Berhad (LEAP Market)

Harga IPO: RM0.26
Penutup Hari Pertama: RM0.33
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.07 atau +26.92%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.36
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.10 atau +38.46%

3. Powerwell Holdings Berhad (ACE Market)

Harga IPO: RM0.25
Penutup Hari Pertama: RM0.285
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.035 atau +14.0%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.27
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.02 atau +8.0%

4. Innature Berhad (Main Market)

Harga IPO: RM0.64
Penutup Hari Pertama: RM0.655
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.015 atau +2.34%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.53
Penurunan Sampai Hujung Tahun: -RM atau -17.19%

5. Cosmos International Technology (LEAP Market)

Harga IPO: RM0.28
Penutup Hari Pertama: RM0.365
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.085 atau +30.36%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.40
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.12 atau +42.86%

6. ACO Group Berhad (ACE Market)

Harga IPO: RM0.28
Penutup Hari Pertama: RM0.16
Penurunan Hari Pertama: -RM0.12 atau -42.86%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.35
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.07 atau +25.0%

7. Polydamic Group Berhad (LEAP Market)

Harga IPO: RM0.18
Penutup Hari Pertama: RM0.20
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.02 atau +11.11%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.20
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.02 atau +11.11%

8. Reservoir Link Energy Berhad (ACE Market)

Harga IPO: RM0.41
Penutup Hari Pertama: RM0.515
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.105 atau +25.61%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.48
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.07 atau +17.07%

9. Ocean Vantage Holdings Berhad (ACE Market)

Harga IPO: RM0.26
Penutup Hari Pertama: RM0.53
Kenaikan Hari Pertama: RM0.27 atau +103.85%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.445
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.185 atau +71.15%

10. TCS Group Holdings Berhad (ACE Market)

Harga IPO: RM0.23
Penutup Hari Pertama: RM0.45
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.22 atau +95.65%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.55
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.32 atau +139.13%

11. Aurora Italia International Berhad (LEAP Market)

Harga IPO: RM0.10
Penutup Hari Pertama: RM0.18
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.08 atau +80.0%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.10
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0 atau +0.0%

12. Redplanet Berhad (LEAP Market)

Harga IPO: RM0.18
Penutup Hari Pertama: RM0.32
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.14 atau +77.78%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.33
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.15 atau +83.33%

13. Optimax Holdings Berhad (ACE Market)

Harga IPO: RM0.30
Penutup Hari Pertama: RM0.685
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.385 atau 128.33%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.93
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.63 atau +210.0%

14. Samaiden Group Berhad (ACE Market)

Harga IPO: RM0.48
Penutup Hari Pertama: RM0.805
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.325 atau +67.71%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM1.59
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: RM1.11 atau +231.25%

15. Southern Cable Group Berhad (ACE Market)

Harga IPO: RM0.34
Penutup Hari Pertama: RM0.33
Penurunan Hari Pertama: -RM0.01 atau -2.94%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.485
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.145 atau +42.65%

16. Aneka Jaringan Holdings Berhad (ACE Market)

Harga IPO: RM0.33
Penutup Hari Pertama: RM0.29
Penurunan Hari Pertama: -RM0.04 atau -12.12%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.35
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.02 atau +6.06%

17. MR D.I.Y. Group (M) Berhad (Main Market)

Harga IPO: RM1.60
Penutup Hari Pertama: RM1.75
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.15 atau +9.37%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM3.12
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM1.95 atau +121.88%

18. Econframe Berhad (ACE Market)

Harga IPO: RM0.28
Penutup Hari Pertama: RM0.37
Kenaikan Hari Pertama: +RM0.09 atau +32.14%

Harga Saham 31 Disember 2020: RM0.635
Kenaikan Sampai Hujung Tahun: +RM0.355 atau +126.79%

Sumber: Bursa Malaysia

Jangan lupa baca:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.