7 Township Pilihan Ramai Di Lembah Klang

Township yang juga bermaksud perbandaran dalam Bahasa Malaysia merupakan satu proses mengubah kawasan luar bandar yang tidak berpenghuni atau kurang berpenghuni menjadi sebuah bandar.

Perbandaran juga berlaku gara-gara penempatan sebuah bandar menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks dengan kepadatan penduduk yang lebih tinggi.

Untuk sebuah bandar melalui proses perbandaran pada skala makro, pertambahan jumlah penduduk di kawasan bandar tersebut mestilah melebihi 10,000 orang.

Selain itu, wujud perluasan saiz bandar merangkumi ruang perniagaan, psuat perniagaan atau bangunan, penempatan, sistem pengangkutan dan fungsi bandar.

Proses perbandaran berlaku dengan pesat di seluruh negeri di Malaysia pasca merdeka dengan penglibatan Kerajaan dan pemaju swasta dalam memenuhi permintaan bangunan, pengangkutan, penempatan dan fungsi – fungsi lain sebuah kawasan.

Contoh projek perbandaran mega di Malaysia pasca merdeka adalah Lembah Klang, Georgetown- Seberang Prai dan Johor Bahru-Pasir Gudang.

Di luar bandar pula, Kerajaan menerusi FELDA telah melakukan langkah proaktif dengan melakukan perbandaran pada skala besar di kawasan luar bandar.

Hari ini, konsep sebuah perbandaran yang baik bukanlah sekadar mempunyai hospital, bank, pusat perniagaan dan jaringan pengangkutan semata-mata.

Gaya hidup, pusat beli belah, perpustakaan dan perbandaran berorientasikan transit merupakan konsep baharu yang di ketengahkan pemaju hartanah hari ini.

Ada orang kata projek township jenis landed telah berkurangan di Selangor dan Kuala Lumpur dan digantikan dengan projek high rise.

Data kami menunjukkan sebaliknya. Buat pengetahuan anda, terdapat 11 township pilihan ramai di Selangor dan Kuala Lumpur.

Jom kita lihat senarai tersebut!

1. Desa ParkCity

Kredit Gambar: Desa Parkcity

Dibangunkan pada tahun 1999 dengan keluasan 473 ekar daripada lombong kuari yang tandus. Township ini mempunyai hartanah jeis teres, townhouse, kondominium dan apartmen.

Desa ParkCity merupakan contoh sebuah township yang inovatif dengan komuniti yang mesra, selamat dan sihat.

Hari ini, harga median untuk rumah di Desa ParkCity adalah RM1.5 juta.

2. Eco Majestic

Dibangunkan sepenuhnya oleh EcoWorld dengan keluasan 1,089 ekar dan terletak di Semenyih, Selangor.

Konsep yang diketengahkan oleh EcoWorld adalah kawasan mesra hijau dengan taman dan tasik rekreasi dengan sistem keselamatan maksimum yang dikawal oleh polis.

Faktor utama township ini menjadi pilihan ramai kerana wujud akses lebuhraya yang baik yaqni Kajang SILK, LEKAS dan PLUS.

Median harga hartanah di Eco Majestic adalah RM650,000 sehingga RM1,200,000.

3. Setia Eco Glades

Kredit Gambar: Propcafe

Tanah lombong di Cyberjaya ini telah menjadi salah satu township mewah paling ikonik di Selangor hasil pembangunan SP Setia Berhad.

Dibangunkan pada tahun 2012 dengan keluasan tanah 268 ekar, konsep township yang diketengahkan SP Setia dalam projek ini adalah sebuah ekosistem yang mengandungi flora dan fauna dalam persekitaran yang selamat.

Harga median untuk rumah teres dan Semi D di Setia Eco Glades adalah RM1.1 juta.

4. Kota Kemuning

Dibangunkan oleh Hicom – Gamuda Development Sdn Bhd menerusi jalinan kerjasama di antara DRB-HICOM dan Gamuda Berhad pada tahun 1994 di atas tanah dengan keluasan 1,854 ekar.

Kota Kemuning yang terletak di Klang, Selangor ini merupakan sebuah projek township bercampur merangkumi resort, kediaman, taman rekreasi, kedai, kilang dan lot komersial.

Konsep yang dibawa dalam pembangunan township ini adalah sebuah township pusat yang mempunyai segala keperluan.

Hari ini, harga median bagi kediaman di Kota Kemuning adalah serendah RM605,000.

5. Setia Eco Park

Kredit Gambar: EdgeProp

Terletak di Shah Alam, Setia Eco Park dibangunkan oleh SP Setia Berhad merupakan sebuah township dengan konsep taman hutan dengan tasik yang dibangunkan pada tahun 2004.

Setia Eco Park mempunyai taman hutan dengan keluasan 56 ekar, tasik dan laluan air dengan keluasan 94 ekar dan semua kabel telefon dan elektrik berada di bawah tanah.

Komuniti di sini juga menikmati clubhouse, pusat perniagaan dan restoran selain sekolah persendirian. Komuniti di sini juga tidak perlu keluar dari Setia Eco Park kerana terdapat pasaraya, akademi badminton dan taman permainan dengan laluan basikal.

Banglo di Setia Eco Park pada tahun 2004 dijual pada harga RM659,000. Hari ini, median harga rumah di Setia Eco Park adalah RM2 juta.

6. Tropicana Aman

Tropicana Alam yang dahulunya dikenali sebagai ‘Canal City’ dibangunkan oleh Tropicana Corp Berhad salah satu pemaju hartanah tersohor di Malaysia pada tahun 2015 dengan keluasan 863 ekar.

Konsep yang di ketengahkan dalam township ini adalah komuniti mesra basikal dan pejalan kaki di mana wujud ruang pejalan kaki dan basikal sepanjang tasik di kejiranan ini.

Terdapat clubhouse dan kemudahan awam dan institusi pengajian tinggi dengan kapasiti 1,800 pelajar di Tropicana Alam untuk komuniti di sini.

Harga median rumah teres dua tingkat dan tiga tingkat di Tropicana Alam setakat tahun 2019 adalah RM805,000.

7. City Of Elmina

Kredit Gambar: Sime Darby Property

Dibangunkan oleh Sime Darby Property dan dibina khusus untuk kehidupan berkeluarga yang aktif dan sihat.

Dengan keluasan 5,000 ekar dan terletak di Denai Alam berdekatan Setia Alam, Bukit Jelutong, Bandar Saujana Putra dan Subang Bestari.

City of Elmina mempunyai 2 pusat beli belah, pasaraya, bank, hospital dan pusat perniagaan.

Township ini bersambung dengan hutan simpan Selangor dan merupakan sebahagian dari projek Selangor Vision City (VSC).

Konsep yang di ketengahkan Sime Darby Property untuk township ini adalah gaya hidup aktif dan seimbang dengan kemudahan trek basikal dan joging untuk komuniti di sini.

Buat pengetahuan anda, harga median rumah teres di sini adalah RM790,000 setakat tahun 2019.

Disebabkan bekalan hartanah kediaman jenis landed seperti teres dan Semi D tidak banyak di Selangor dan Kuala Lumpur, harga rumah di semua tonwship di atas naik mendadak hanya dalam tempoh beberapa tahun sahaja.

Kebanyakan yang membeli adalah pembeli yang membuat keputusan untuk menjadikan rumah tersebut sebagai rumah persaraan ataupun sebagai pelaburan jangka panjang.

Semoga pemaju hartanah di Malaysia mengambil langkah reaktif dengan membina lebih banyak projek township seperti di atas pada harga yang lebih mampu milik.

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan June 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Di sahkan selepas beberapa minggu dari ramalan ini oleh Worldbank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5.Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bullrun akan tiba dalam masa 5 tahun

Nak tahu apa yang Tuan Faizul Ridzuan rasa bakal berlaku pada tahun 2021?

Sertai webinar percuma pada hari Ahad, 24 Januari 2021 jam 830 malam. Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.