Melabur Hartanah Dan Saham Dengan Modal Minima

Majoriti rakyat Malaysia hari ini dibelenggu dengan kos sara hidup yang saban hari meningkat dan buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Gaji setiap bulan hanya cukup-cukup untuk menampung kos sara hidup, jika ada lebih pun biasanya kurang daripada RM500 setiap bulan.

Terdetik dalam naluri untuk mencari pendapatan lebihan untuk upgrade sedikit hidup lebih selesa bersama keluarga.

Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar untuk kita semua, terutamanya jika kita merupakan golongan B40 dan M40.

Kebanyakan syarikat yang terjejas tidak mampu untuk memberikan bonus atau kenaikan gaji kepada pekerja mereka akibat pendapatan syarikat yang merosot.

Namun begitu, dalam derita yang dialami oleh majoriti kita, ada juga insan yang menjadi semakin kaya hasil daripada pelaburan yang mereka miliki.

Sebut saja mengenai orang kaya, kita mesti terfikir mereka yang mempunyai:

  • Hartanah yang banyak
  • Pegangan saham di syarikat ternama
  • Mewarisi kekayaan papa (anak owner Megah Holdings)

Baca: 5 Orang Paling Kaya Di Malaysia Datangnya Dari Industri Hartanah

Pelaburan hartanah dan saham sangat sinonim dan biasanya kelas-kelas berkenaan pelaburan hartanah dan saham ini mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia.

Jelas bahawa ramai antara kita yang dahagakan ilmu untuk menjana pendapatan lebih setiap bulan untuk mengubah hidup kita.

“Nak jadi kaya kene beli rumah untuk pelaburan dan main saham ke? Bukan je takde modal, masa pun takde nak uruskan pelaburan macam ni. Lagipun benda-benda macam ni susah kot”

Sebenarnya, ada satu rahsia untuk kita mulakan kedua-dua pelaburan ini dengan modal yang minima.

Lagi best, ada yang tolong uruskan untuk kita, jadi kita boleh jalani kehidupan seharian kita seperti biasa. Cukup bulan dapat duit extra!

‘Biar betul? Macam mana?”

Mari kita lihat cara untuk melabur hartanah dan saham dengan modal minima.

Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

Bila sebut sahaja mengenai pelaburan hartanah, kita pasti teringat berita mengenai jumlah hartanah yang tidak terjual yang semakin meningkat.

Justeru membantutkan hasrat kita untuk menceburi dunia pelaburan hartanah ini kerana khuatir pelaburan hartanah tadi tidak dapat mencapai pulangan yang diimpikan atau mungkin menyebabkan kita rugi.

Tetapi yang peliknya masih ramai orang berpusu-pusu membeli hartanah sama ada untuk mendiami sendiri apatah lagi untuk pelaburan.

Kenapa?

Antara sebab masih ramai yang memilih hartanah sebagai medium pelaburan hari ini adalah kerana:-

  • Diskaun hartanah daripada pemaju
  • Banyak hartanah dijual di bawah nilai pasaran
  • Galakan daripada kerajaan menerusi pelbagai kempen seperti kempen HOC 2020
  • Kadar faedah yang lebih rendah menyebabkan harga pembiayaan rumah yang lebih rendah
  • Pengumuman beberapa mega projek yang bakal dibina (Kwasa Land, MRT3 dan lain-lain yang menjadi booster kepada kenaikan harga rumah kelak.

Hari ini kita melihat kebanyakan hartanah dijual pada bawah harga pasaran atas sebab-sebab tertentu.

Banyak juga rumah-rumah dilelong kerana pemiliknya gagal untuk melunaskan hutang-hutang yang ada.

Masa inilah paling sesuai untuk mereka yang punyai modal untuk shopping hartanah.

Tapi membeli rumah subsale atau lelong, masih perlukan modal sekurang-kurangnya 10% sehingga 20% daripada harga hartanah tersebut.

Nak Mula Melabur Tanpa Modal Yang Tinggi?

Untuk yang tiada modal besar, antara pilihan yang ada adalah dengan membeli hartanah under construction.

Kebanyakannya hartanah under construction ini hanya memerlukan modal yang sangat minima. Ada juga yang langsung tidak memerlukan modal!

Bukan itu sahaja, kebanyakan pemaju sekarang memberikan diskaun yang banyak kepada bakal pemilik rumah memandangkan sentimen pasaran hartanah yang agak suram semenjak Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan pada Mac 2020 yang lepas.

Alangkah seronoknya jika kita dapat membeli hartanah pada harga diskaun. Bukan hanya diskaun, ada juga pembeli hartanah yang dibayar untuk membeli hartanah mereka pada waktu ini dengan menawarkan cash back lebih daripada RM50,000 kepada pembeli.

Rumah Dapat, Wang Tunai Pun Dapat

Tetapi awas! Bukan semuanya indah-indah belaka dalam pelaburan hartanah ini. Ramai juga yang terperangkap dengan jerat pelaburan kayangan ini akibat termakan dengan kata-kata manis oleh pihak penjual.

Paling menyedihkan ada yang disenarai hitam oleh pihak Bank apabila gagal untuk membuat pembayaran penuh ke atas pembelian rumah sebelum ini sehingga jatuh miskin akibat pelaburan kayangan ini.

Sebab itu sebelum redah apa-apa jenis pelaburan pun, kita perlu ada:-

  • Ilmu pelaburan
  • Circle yang betul
  • Mentor yang terbukti kejayaannya

Namun, jika anda dapat mencari circle yang betul, anda bukan sahaja dapat melabur dengan betul atas bimbingan dan nasihat daripada mereka yang berpengalaman, malah dapat special discount dalam membuat pembelian hartanah sehingga 50%!

Hal ini membolehkan anda membeli hartanah yang sama dengan harga jauh lebih murah daripada orang lain atau membeli secara individu!

Dengan bimbingan yang betul, anda tahu untuk mengaplikasikan strategi pelaburan yang betul untuk mendapatkan pulangan yang positif kepada hartanah pelaburan anda.

Khabarnya adalah satu group hartanah yang boleh membimbing mereka yang baru nak mencuba pelaburan hartanah dan dapatkan diskaun pukal hartanah.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai group hartanah ini? Isikan maklumat anda di sini.

Guna Cashback Daripada Hartanah Untuk Melabur Saham

Berbalik kepada cerita cashback tadi. Dah dapat duit percuma, apa nak buat? Enjoy sakan ke?

Apa kata kita manfaatkan cashback yang diperolehi tadi dengan menggandakannya dalam pelaburan saham atau pun Private Mandate.

Pelaburan saham ini semengnya diketahui bahawa ianya adalah antara lubuk emas unatk seseorang mengandakan pelaburan mereka.

Dengan pulangan yang hebat, ianya datang daripada risiko yang tinggi. Jika terus terjun dalam dunia pelaburan dengan hanya mengharapkan buy call, boleh lenyap semua modal pelaburan kita.

Sebelum menceburi dunia pelaburan saham ini, masuklah dulu kelas saham supaya kita faham apa yang kita lakukan.

Walaupun kita rugi guna duit daripada cashback tadi, ingat duit cashback itu sebenarnya hutang yang diberikan bank kepada kita.

Malas nak belajar berkenaan saham, tapi nak juga melabur? Apa kata anda menggunakan perkhidmatan Private Mandate.

Apa Itu Private Mandate?

Private mandate atau pelaburan mandat ini adalah satu jenis instrumen pelaburan untuk melabur secara terus di pasaran saham melalui bantuan daripada pengurus dana yang berpengalaman dan berlesen.

Kira macam kita upah orang untuk uruskan pelaburan saham bagi pihak kita.

Kebiasaanya, dana pelaburan kita akan dilaburkan mengikut selera kita atau ‘customised’ oleh pengurus dana.

Ada juga pelaburan yang dah tetapkan jenis pelaburan yang akan dilaburkan dan kita hanya tinggal ikut saja.

Pelaburan private mandate ini lebih tulus dimana pelabur akan mendapat laporan pelaburan mereka setiap bulan.

Dalam laporan ini, pelabur akan melihat secara terperinci semua transaksi yang terlibat untuk bulan tersebut. Pelabur dapat melihat:-

  • Transaksi jual beli saham 
  • Kos-kos yang terlibat
  • Keuntungan atau kerugian dalam setiap belian

Private mandate ini juga melayakan pelabur untuk mendapat hak sebagai pelabur saham seperti:-

  • Hak menghadiri Annual Meeting
  • Hak mengundi
  • Dividen daripada syarikat

Dulu private mandate ini adalah khas untuk golongan T20 dengan minima pelaburan bernilai RM1,000,000 keatas.

Tetapi hari ini, ada syarikat pengurusan pelaburan membuka peluang perkhidmatan ini dengan modal pelaburan bermula RM50,000 sahaja.

Boleh la gunakan cashback beli rumah tadi untuk melabur menerusi private mandate.

Pelaburan ini juga tidak menjanjikan keuntungan yang pasti. Biasanya scammer sahaja yang akan menjanjikan pelaburan untung tiada rugi.

Tetapi pelaburan menerusi private mandate ini diuruskan oleh pengurus dana yang mempunyai pengalaman yang sangat lama dalam dunia pelaburan saham ini.

Setiap pembelian yang dilakukan oleh pengurus dana biasanya berdasarkan kajian yang rapi oleh kumpulan pengurus dana yang terlatih.

Jadi anda tidak perlu risau, pelaburan anda akan diuruskan dengan sebaik mungkin.

Ada satu syarikat yang menguruskan Private Mandate ini mampu memberikan pulangan purata lebih daripada 7% sebulan berdasarkan prestasi tahun lepas.

Jika anda mempunyai modal RM50,000 dan ke atas serta berminat untuk membuat pelaburan private mandate ini, sila isi maklumat anda di sini.

Setiap Pelaburan Ada Risiko

Sebelum nak melabur, kita dinasihatkan untuk mendalami ilmu pelaburan yang kita bakal ceburi. Jangan melabur ke tempat yang kita tak faham.

Bukan semua orang mampu untuk menanggung risiko yang bakal ditempuhi dalam dunia pelaburan baik hartanah dan juga saham.

Pilihan sentiasa di tangan kita, apa-apa keputusan yang kita buat adalah atas pilihan kita sendiri.

Pelaburan yang paling penting di sini bukanlah pelaburan hartanah mahu pun pelaburan saham, tetapi pelaburan ilmu.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

5 Rutin Harian Yang Membantu Pelabur Membuat Keputusan Lebih Bijak

Ramai orang melihat hasil yang diperoleh oleh pelabur atau pedagang saham yang berjaya, tetapi tidak ramai yang melihat apa yang mereka lakukan setiap hari.

Ada yang menganggap kejayaan mereka datang kerana pandai memilih saham atau mempunyai “orang dalam” yang berkongsi maklumat. Hakikatnya, kebanyakan pelabur yang konsisten memperoleh keuntungan mempunyai satu persamaan, iaitu mereka mengamalkan rutin harian yang tersusun.

Mereka tidak membuat keputusan secara terburu-buru atau membeli saham hanya kerana melihat harga sedang meningkat. Sebaliknya, setiap keputusan dibuat selepas menilai keadaan pasaran, membaca laporan syarikat dan mengikuti perkembangan semasa.

Rutin ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi apabila diamalkan secara konsisten, ia membantu pelabur membuat keputusan yang lebih rasional dan mengurangkan risiko membuat kesilapan akibat emosi.

Mengapa Rutin Harian Penting?

Pasaran saham berubah setiap hari. Harga saham dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keputusan kewangan syarikat, berita korporat, keadaan ekonomi, kadar faedah, harga komoditi dan sentimen global.

Jika pelabur hanya membuka aplikasi dagangan untuk melihat harga saham tanpa memahami apa yang berlaku di sebaliknya, mereka mudah membuat keputusan berdasarkan panik atau FOMO.

Rutin harian membantu pelabur untuk:

  • memahami keadaan pasaran sebelum berdagang,
  • mengenal pasti peluang lebih awal,
  • mengurus risiko dengan lebih baik,
  • dan mengelakkan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa.

1. Semak Laporan Kewangan Syarikat

Selepas Bursa Malaysia ditutup, antara perkara pertama yang dilakukan oleh ramai pelabur ialah menyemak laporan kewangan syarikat yang baru diumumkan.

Semua syarikat tersenarai diwajibkan mengeluarkan laporan kewangan setiap suku tahun. Daripada laporan ini, pelabur boleh melihat sama ada prestasi syarikat semakin baik atau sebaliknya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • pertumbuhan hasil (revenue),
  • keuntungan bersih,
  • margin keuntungan,
  • aliran tunai,
  • dan kedudukan hutang syarikat.

Contoh Situasi

Sebuah syarikat teknologi mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 35% berbanding suku tahun sebelumnya.

Keputusan ini mungkin menarik perhatian pelabur institusi dan seterusnya meningkatkan minat terhadap saham syarikat tersebut.

Namun, pelabur yang membaca laporan lebih awal mempunyai masa untuk membuat penilaian sebelum pasaran dibuka pada keesokan harinya.

2. Pantau Pengumuman Dividen

Selain prestasi kewangan, ramai pelabur turut memberi perhatian kepada pengumuman dividen. Dividen merupakan sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham.

Dalam pengumuman dividen, terdapat beberapa tarikh penting seperti:

  • Ex-Date – tarikh terakhir untuk membeli saham bagi melayakkan diri menerima dividen.
  • Entitlement Date – tarikh syarikat menentukan senarai pemegang saham yang layak menerima dividen.

Contoh

Jika sebuah syarikat mengumumkan dividen sebanyak 5 sen sesaham, pelabur yang memiliki 10,000 unit saham berpotensi menerima dividen sebanyak:

10,000 × RM0.05 = RM500

Walaupun dividen bukan satu-satunya sebab membeli saham, ia boleh menjadi petunjuk bahawa syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

3. Ikuti Pengumuman Bonus Issue dan Rights Issue

Selain dividen, syarikat juga kadangkala mengumumkan:

  • Bonus Issue
  • Rights Issue

Bonus Issue bermaksud syarikat memberikan saham tambahan kepada pemegang saham tanpa bayaran berdasarkan nisbah tertentu. Sebagai contoh, bonus 1:2 bermaksud bagi setiap dua saham yang dimiliki, pelabur akan menerima satu saham tambahan.

Rights Issue pula memberi peluang kepada pemegang saham sedia ada membeli saham baharu pada harga yang telah ditetapkan. Walaupun kedua-dua tindakan korporat ini tidak semestinya menjadikan saham lebih menarik, ia tetap penting untuk difahami kerana boleh memberi kesan kepada jumlah pegangan dan strategi pelaburan.

4. Ikuti Berita Korporat dan Pasaran

Pelabur yang berpengalaman tidak hanya melihat nombor. Mereka juga membaca berita. Berita korporat boleh memberi gambaran awal tentang perkara yang mungkin mempengaruhi harga saham.

Antaranya ialah:

  • kontrak baharu,
  • pengambilalihan syarikat,
  • perubahan pengurusan,
  • projek kerajaan,
  • perubahan dasar,
  • dan perkembangan ekonomi global.

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat memperoleh kontrak bernilai ratusan juta ringgit, berita tersebut boleh meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek syarikat.

Namun begitu, pelabur juga perlu berhati-hati kerana tidak semua berita akan memberi kesan jangka panjang terhadap harga saham.

5. Fahami Sentimen Pasaran Global

Bursa Malaysia tidak bergerak secara bersendirian. Prestasi pasaran luar negara turut mempengaruhi sentimen pelabur tempatan.

Sebab itu ramai pelabur akan melihat:

  • prestasi indeks utama Amerika Syarikat,
  • pergerakan pasaran Asia,
  • harga minyak mentah,
  • harga emas,
  • dan perkembangan geopolitik.

Jika kebanyakan pasaran global ditutup rendah akibat kebimbangan ekonomi, sentimen negatif tersebut mungkin turut memberi kesan kepada Bursa Malaysia pada keesokan harinya.

Namun begitu, ini bukan bermaksud semua saham akan jatuh. Ada kalanya saham yang mempunyai asas perniagaan kukuh masih mampu bertahan walaupun pasaran keseluruhan lemah.

Jangan Terlalu Taksub Mengejar Saham Yang Sedang Melonjak

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur baharu ialah membeli saham hanya kerana melihat kenaikan harga yang mendadak. Mereka takut terlepas peluang atau lebih dikenali sebagai Fear of Missing Out (FOMO).

Hakikatnya, saham yang naik terlalu cepat juga berpotensi mengalami pembetulan harga yang pantas. Sebab itu pelabur yang berpengalaman lebih mengutamakan pengurusan risiko. Mereka tidak terlalu tamak dan sentiasa mempunyai pelan untuk mengambil keuntungan apabila sasaran telah dicapai.

Seperti kata pelabur terkenal Warren Buffett:

“Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful.”

Prinsip ini mengingatkan kita supaya tidak mudah dipengaruhi emosi pasaran.

Contoh Rutin Harian Seorang Pelabur

Bayangkan Hafiz bekerja sepenuh masa sebagai jurutera. Beliau tidak mempunyai masa untuk melihat harga saham sepanjang hari.

Namun setiap malam selepas pulang bekerja, beliau memperuntukkan kira-kira 30 minit untuk:

  • membaca laporan kewangan yang baru diumumkan,
  • menyemak pengumuman dividen atau bonus,
  • membaca berita korporat,
  • melihat prestasi pasaran global,
  • dan mengemas kini senarai saham yang sedang dipantau.

Apabila pasaran dibuka keesokan harinya, beliau sudah mempunyai pelan tindakan. Ini jauh lebih baik daripada membeli saham secara spontan hanya kerana melihat harga sedang meningkat.

Rutin Yang Konsisten Lebih Penting Daripada Ramalan Yang Tepat

Ramai orang menghabiskan masa mencari “saham yang pasti naik”. Sedangkan pelabur yang berjaya lebih banyak menghabiskan masa membina disiplin.

Mereka memahami bahawa tiada siapa mampu meramal pasaran dengan tepat setiap masa. Apa yang boleh dikawal ialah proses membuat keputusan.

Semakin konsisten rutin yang diamalkan, semakin banyak maklumat yang dimiliki dan semakin baik keputusan yang boleh dibuat.

Kesimpulan

Kejayaan dalam pelaburan saham bukan hanya bergantung kepada kebolehan memilih saham yang berpotensi memberikan pulangan tinggi. Sebaliknya, ia bermula dengan disiplin membina rutin harian yang membantu pelabur memahami keadaan pasaran sebelum membuat sebarang keputusan.

Menyemak laporan kewangan, mengikuti pengumuman dividen dan tindakan korporat, membaca berita pasaran serta memantau sentimen global mungkin kelihatan seperti rutin yang kecil. Namun apabila dilakukan secara konsisten, semua ini membantu pelabur membuat keputusan yang lebih berasaskan fakta dan bukannya emosi.

Akhir sekali, ingatlah bahawa pelaburan bukan tentang siapa yang paling pantas membeli saham, tetapi siapa yang paling bersedia apabila peluang muncul. Dengan rutin yang betul, anda bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan, malah berpeluang menjadi pelabur yang lebih berdisiplin dan konsisten dalam jangka panjang.