5 Strategi Asas Pelaburan Saham

Pelaburan saham di Bursa Malaysia ataupun Wall Street umpama kehidupan kita. Sekejap hijau, sekejap merah.

Maka persiapan yang rapi perlu dibuat supaya hidup tak selalu merah. Jom kita tengok 5 strategi asas pelaburan saham.

1. Tetapkan Matlamat

Kita sedia maklum bahawa sebelum COVID-19, ASB beri dividen sekitar 5-7% setahun, Tabung Haji 6-7%, KWSP juga 6-7%.

Jadi apakah sasaran yang kita inginkan?

Nak 5% sebulan? Atau 10% sebulan?

Pastikan ianya realistik, dan nak meraih 10% sebulan tatkala masih bekerja sepenuh masa adalah sangat realistik. Setahun = 120%.

Baca lagi Bagaimana Nak Raih Pulangan 40% Hingga 50% Sambil Bekerja?

2. Ketahui Analisis Fundamental (FA)

Pertama sekali, syarikat yang kita nak labur tu kenalah patuh syariah. Kemudian baru kita teruskan melihat fundamental syarikat tersebut.

Maksudnya apa? Kita mula dengan bertanya beberapa soalan, antaranya ialah:

  • Bagaimana nak tahu syarikat tersebut berada dalam keadaan baik?
  • Sektor apa yang mereka ceburi? Teknologi ke? Perladangan ke? Pembuatan ke? Hartanah ke?
  • Berapa hasil jualan / perolehan syarikat? Berapa pula keuntungan yang dicatatkan?
  • Berapa peratus dividen yang dikeluarkan syarikat kepada pemegang saham?
  • Siapa ahli lembaga pengarah?

Benda ni penting, supaya kita tahu bagaimana syarikat menjana pendapatan dan memperoleh keuntungan serta adakah diterajui kepimpinan yang berkaliber bagi memastikan hala tuju syarikat yang jelas.

Baca lagi Suka Berbelanja Di Family Mart? Kini Anda Boleh Jadi Pemilik Syarikat Ini

3. Ketahui Analisis Teknikal (TA)

Sumber:

Dah tau tentang fundamental syarikat, jom kita kaji pula pergerakan harga saham semasa dan sebelum ini.

Nama pun analisis teknikal, ia melibatkan kita mengkaji prestasi saham syarikat sepanjang tempoh syarikat tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia. Paling tak pun, kita kaji untuk tempoh setahun daripada tarikh semasa.

Kenapa analisis ini penting?

Orang kata, “Charts don’t lie”. Ya, melalui carta kita boleh tahu pergerakan saham untuk tempoh setahun. Kena kaji pergerakan harga, kenapa ramai orang membeli, kenapa ramai orang menjual, jumlah saham yang didagangkan dan sebagainya.

Melalui TA ini jugalah, kita kena kaji candlestick supaya kita boleh jangka pergerakan harga saham sama ada ia akan menaik atau menurun.

Kami juga telah hasilkan beratus-ratus artikel Analisis Teknikal. Sesuai untuk level beginner dan advance. Baca lagi secara percuma dekat TheKapital.

4. Buat Trading Plan

Dah buat homework anda, kini masa untuk buat pula trading plan. Apa yang terkandung di dalam trading plan adalah:

  • Harga Beli Saham (Entry Price)
  • Harga Sasaran (Target Price)
  • Rintangan (Resistance)
  • Sokongan (Support)
  • Harga Henti Rugi (Stop Loss Price)

Dengan adanya Trading Plan ini, kita boleh set alert/reminder supaya apabila harga tersebut mencecah Entry Price, kita boleh masuk ke Trading Platform dan terus membeli. Sama juga apabila kita dah set alert untuk Stop Loss, apabila dah cecah harga tersebut, teruslah ke Trading Platform dan terus buat penjualan.

Baca lagi Trading Plan, Pengawal Emosi Seorang Pedagang dan 3 Perkara Anda Wajib Tahu Tentang Trading Plan

5. Kawal Emosi

Sejujurnya, kebanyakan pelabur saham kerap mengganggu emosi. Dah untung dan cecah Target Price, tak nak jual dengan harapan boleh untung lagi. Dah cecah Stop Loss, tak nak jual dengan harapan harga boleh naik semula.

Semuanya berbalik kepada matlamat dan Trading Plan yang telah kita buat sebelum kita membeli sesebuah saham tersebut. Elakkan daripada mengikut emosi, kerana ia sangat bahaya.

Diharapkan dengan adanya 5 strategi asas pelaburan saham ini, anda berjaya menjadi seorang pelabur saham yang berjaya!


Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Eco World: Jualan Terus Kukuh Seperti Biasa

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.78 dikekalkan, potensi kenaikan harga 32% dengan kadar hasil dividen kira-kira 4% untuk FY26

Keputusan 2QFY26 (Okt) yang dicatatkan oleh Eco World dilihat menepati jangkaan. Hasil kembali normal selepas menerima sumbangan kukuh berkaitan dengan jualan tanah pusat data (DC) pada suku sebelumnya. ECW terus melaporkan jualan hartanah kukuh apabila jualan sepanjang tempoh tujuh bulan pertama pada FY26 (7MFY26) mencecah MYR3.28bn.

Jualan ini mencapai 82% daripada sasaran jualan MYR4bn-nya untuk tahun kewangan ini. Kami percaya ECW bakal melepasi sasaran ini menjelang akhir bulan Oktober, disebabkan oleh kadar ambilan yang tinggi seperti yang disaksikan pada pelancaran-pelancaran projeknya baru-baru ini.

Rumusan keputusan 2QFY26

Penurunan hasil dan perolehan secara QoQ rataratanya berpunca daripada sumbangan besar daripada selesainya penjualan:

i) tanah perindustrian seluas 138.5 ekar di Eco Business Park (EBP) I kepada Microsoft Payments

ii) tanah perindustrian berkeluasan 58.2 ekar di EBP V kepada Pearl Computing.

Penjualan-penjualan ini telah diiktiraf semasa suku tahun sebelum ini. Walau bagaimanapun, margin EBIT syarikat ini berkembang semasa suku tersebut berikutan penjimatan kos lebih tinggi yang direalisasi berkaitan dengan beberapa fasa pelancaran yang selesai dan jualan-jualan tanah perindustrian. DPS interim kedua sebanyak 2 sen diumumkan, lalu membawa DPS 1HFY26 kepada 4 sen. Paras hutang bersih menokok kepada 0.25x daripada 0.20x pada suku sebelumnya

Jualan terus kukuh

Jualan hartanah ECW sepanjang tempoh 7MFY26 mencecah MYR3.28bn. Wilayah selatan Semenanjung Malaysia terus menjadi penyumbang utama apabila mencatat jualan berjumlah MYR1.66bn (atau 51% jumlah jualan). Unit perindustrian (EBP danQuantum) pula menyumbang 35% daripada jumlah itu, diikuti oleh projek perbandaran (36%).

Eco Botanic 3 di Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada Sep 2025, muncul sebagai penyumbang terbesar dalam segmen produk kediamannya dengan mengaut nilai jualan sebanyak MYR489j. Dalam bahagian perindustrian pula, EBP VII di Negeri Sembilan meraih jualan bernilai MYR796j pada 7MFY26. Projek ini dilancarkan pada Nov 2025, dan permintaan untuk kilang-kilang berkluster, jenis sebandung dan plot tanah perindustrian seluas 1 hingga 5 ekar kelihatan amat menggalakkan

Mungkin mengatasi sasaran jualan FY26-nya bernilai MYR4bn

Pelancaran Chateau II di Eco Botanic (GDV: MYR500j) baru-baru ini mendapat sambutan baik, dan semua lot rumah sebandung dan banglo bukan bumiputera habis terjual. Pihak pengurusan juga memberitahu bahawa sebaik sahaja ketegangan geopolitik di Asia Barat kembali terkawal, projek perbandarannya bernama Eco Radiance di Semenyih akan memasuki pasaran hartanah (kerana harga minyak menjejaskan kos awal pembinaan). ECW juga berhasrat untuk melancarkan projek kediamannya yang bertingkat tinggi bernama WKND di Larkin, Johor (JV dengan JLand, GDV: MYR1bn) menjelang akhir tahun ini.

Hasil masa hadapan cecah paras tertinggi.

Kami bertindak mengekalkan ramalan perolehan untuk FY26-28. Hasil masa hadapan berada pada paras tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak MYR5.38bn (berbanding MYR5.11 setakat akhir Feb 2026). Satu lagi jualan bernilai MYR400-500j untuk tanah DC akan diiktiraf secara berfasa sebelum akhir FY26 manakala jualan tanah berjumlah MYR280.8j baru-baru ini kepada KNBDC Malaysia Five akan diiktiraf menjelang 1HFY27. TP kami yang sama diperoleh berdasarkan diskaun 10% pada RNAV, dengan premium ESG 2%.

Asas Penilaian

Potongan 10% pada RNAV, dengan diskaun syarikat pegangan sebanyak 10%

Faktor Pemacu Utama

Permintaan hartanah semakin meningkat disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi ebih kukuh dan faktor pemangkin daripada pembangunan prasarana

Risiko Utama

Pertumbuhan ekonomi memperlahan tanpa dijangka menjejaskan permintaan untuk hartanahnya.

Profil Syarikat

Eco World mempunyai jejak kehadiran di semua wilayah ekonomi utama iaitu Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Produk-produk tawarannya termasuklah pembangunan bertanah dan kediaman bertingkat tinggi, hartanah komersial dan perindustrian.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.