Kenapa Perlu Daftar Trademark Dan 6 Langkah Untuk Daftar Guna MyIPO

Ramai peniaga dan pemilik jenama tidak mementingkan logo atau ‘trademark’ jenama mereka sendiri. Walhal, ia amat penting dalam melindungi hak pemilikan yang dimiliki oleh perniagaan mereka.

Tanpa melindungi jenama anda dengan pendaftaran MyIPO, mudah untuk diciplak oleh orang lain di luar sana.

Jangan menyesal sekiranya nasi telah menjadi bubur jika ada yang meniru jenama anda tetapi anda tak mampu berbuat apa-apa.

This image has an empty alt attribute; its file name is Objectivebm-700x471.png

Kenapa Perlu Daftar MyIPO?

MyIPO amat penting kerana segala yang berkaitan dengan kesemua hak milik perniagaan kita boleh dilindungi di sini. Selain itu, anda juga boleh melakukan pembayaran trademark anda secara online.

Jadi, boleh dikatakan MyIPO ini memudahkan urusan kita dalam mendaftar hak milik kita.

Cuba bayangkan logo dan jenama yang anda gunakan bertahun-tahun kini telah diambil oleh perniagaan lain. Anda tidak dapat saman mereka kerana langsung tiada hak.

Dengan adanya pendaftaran MyIPO, mereka takkan dapat gunakan jenama anda untuk urusan lain lagi.

Jom lihat cara untuk daftar MyIPO dan langkah-langkah pendaftaran secara online yang boleh anda ikuti.

1. Masuk Ke Laman Web MyIPO

Perkara yang perlu anda lakukan apabila pertama kali masuk mendaftar myIPO adalah dengan memasuki laman web rasmi myIPO di http://www.myipo.gov.my/en/home/

Di laman web ini, klik ruangan ‘ONLINE SERVICES’ dan pilih ‘IP ONLINE SEARCH & FILING’ untuk ke ruangan atas talian mereka.

Kemudian, akan keluar paparan baru dan klik pada pilihan ‘pendaftaran’ dan pilih ‘individu’.

Jika ia menyukarkan anda, klik sahaja pautan ini https://iponlineext.myipo.gov.my/SPHI/Extra/Default.aspx?sid=637523753587227565

2. Daftar Akaun Baru

Selepas memilih pilihan individu tadi (sekiranya tidak klik pada pautan di atas), akan keluar paparan ‘DO IT NOW’. Pada paparan ini, anda akan melihat pelbagai pilihan, dan untuk mendaftar akaun baru, klik pada ruangan ‘Becoming a registered user’ di paparan ‘New to MyIPO?’.

Setelah klik pada ruangan ‘Becoming a registered user’, anda akan melihat dua pilihan iaitu pilihan ‘i have an activation code’ dan ‘i do not have an activation code’.

3. Pilih Cara Pendaftaran Yang Anda Inginkan

Bagi anda yang berurusan dengan pihak MyIPO di kaunter pejabat, pasti anda telah diberi activation code. Jadi, pilih pada ruangan ‘i have an activation code’.

Bagi anda yang tiada activation code, klik sahaja pada ruangan ‘i do not have an activation code’ untuk meneruskan pendaftaran.

4. Buat Profil Peribadi Anda

Selepas memilih pilihan pendaftaran yang diinginkan, maka akan keluarlah paparan untuk meminta anda melengkapkan profil peribadi anda. Jadi, isi segala maklumat yang diperlukan dan selepas selesai, klik ‘submit’ pada ruangan kotak biru di bawah sebelah kanan.

Akhirnya, akan keluar satu mesej ‘Your private profile has been created’ dan anda harus klik ‘OK’ pada ruangan kotak biru sekali lagi.

5. Buat Profil Awam Anda

Setelah selesai melengkapkan profil peribadi anda, anda perlu membuat satu lagi profil awam milik anda pada paparan berikutnya. Caranya juga sama seperti buat profil peribadi tadi tetapi kali ini butiran maklumat tambahan yang perlu dimasukan ada sedikit penambahan seperti ‘warganegara’, ‘id type’, ‘alamat’ dan juga ‘kind of profile’.

Sekali lagi klik pada ‘submit’ dan akan keluar satu lagi mesej ‘Client successfully created’ dan anda sekali lagi perlu klik ‘OK’. Selepas itu anda akan dibawa ke paparan ‘Log In’.

6. Log Masuk Ke Akaun MyIPO

Log masuk ke akaun MyIPO anda dengan memasukkan username dan password yang telah anda hasilkan tadi. Kemudian, klik pada ‘Login’ untuk meneruskan log masuk ke akaun MyIPO milik anda.

Mudahkan? Penting untuk anda pastikan urusan bayaran dan pendaftaran berjalan dengan lancar.

Akhir kata,

Cara daftar MyIPO adalah sangat mudah dan tidak memerlukan waktu yang lama. Kelebihan MyIPO juga amat digunakan oleh keseluruhan perniagaan kita supaya orang lain tidak boleh memplagiat apa-apa yang dimiliki oleh anda. Bagi anda yang belum mendaftar MyIPO, jom daftarnya sekarang.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.