3 Jenis Pasaran Hartanah Yang Newbies Perlu Tahu

Pelaburan hartanah merupakan salah satu pelaburan yang berpotensi untuk memberi keuntungan dalam jangka masa panjang.

Ini kerana market value bagi satu-satu kawasan hartanah itu bakal meningkat dari masa ke masa terutamanya di kawasan hot spot dan yang mempunyai banyak booster hartanah.

Jika anda baru saja nak berjinak-jinak dan bercadang untuk membeli hartanah dalam masa terdekat, ambil tahu dulu 3 jenis pasaran hartanah yang ada di Malaysia.

Kenapa kena ambil tahu? Sebab, setiap jenis hartanah ini berbeza daripada segi keuntungan dan juga risiko.

1. Pasaran Primer (Undercon)

Rumah primer atau under construction merupakan rumah yang masih dalam pembinaan. Jadi pembeli akan menjadi pemilik pertama untuk rumah jenis ini.

Biasanya rekaan rumah tersebut adalah yang terkini dan semuanya masih dalam keadaan yang cantik dan sempurna.

Cuma satu sahaja, kalau nasib kurang baik pembeli bakal berdepan dengan risiko pembinaan rumah yang terbengkalai.

Daripada segi harga pula, market value bagi rumah undercon adalah lebih tinggi berbanding dengan unit lain yang ada di sekitar kawasan tersebut.

Bila rumah ini dah siap, anda dapat menjual unit ini dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga belian.

Tapi ini bergantung juga kepada apa yang anda telah lakukan terhadap rumah tersebut seperti renovation, wiring, perabot dan sebagainya.

2. Pasaran Sekunder (Subsale)

Pasaran sekunder melibatkan jual beli rumah terpakai atau second hand. Ramai yang gemar membeli rumah subsale kerana tidak perlu berdepan dengan risiko rumah bakal terbengkalai.

Iyalah, rumah tersebut memang dah siap dibina. Selain itu, pembeli juga senang mendapatkan maklumat tentang harga semasa hartanah tersebut serta kadar sewa semasa.

Daripada segi proses jual beli pula, pembeli perlu menyediakan deposit 10% daripada harga rumah tersebut. Pembeli juga perlu menanggung kos-kos tambahan lain seperti kos guaman, kos penilai dan lain-lain lagi sebanyak lebih kurang 5% daripada harga rumah.

Ramai pelabur baru memilih untuk membeli dari pasaran subsale kerana risiko yang lebih rendah. Bagi yang ingin menjadikan unit ini sebagai unit sewaan, kadar sewa juga lebih senang untuk dianggarkan.

3. Pasaran Tertiari (Lelong)

Pasaran tertiari pula melibatkan jualan rumah lelong oleh pihak bank. Rumah lelong juga menarik kerana anda boleh membeli rumah tersebut lebih murah berbanding harga pasaran.

Lebih untung sekiranya anda boleh sewakan atau jual semula rumah tersebut mengikut harga semasa. Jadi anda boleh membuat keuntungan yang sangat lumayan.

Namun, risiko tetap ada jika anda ingin membeli rumah lelong seperti deposit wang tunai yang bakal hangus jika tiba-tiba permohonan untuk buat pinjaman ditolak.

Bagi anda yang berminat untuk melabur dalam bidang hartanah, anda boleh membeli unit yang anda impikan itu mengikut kemampuan anda.

Tak kisahlah anda melibatkan diri dalam pasaran yang primer, sekunder mahupun tertiari, kesemuanya mempunyai risiko serta keuntungan yang berbeza.

Sumber Rujukan: Gila Hartanah

Previous ArticleNext Article

Hartanah: Keadaan Pasaran Masih Seimbang

Saranan WAJARAN TINGGI; Saham Pilihan Utama: Sime Darby Property (SDPR) dan Eco World Development (ECW)

Faktor-faktor pendorong utama:

  • Aliran liputan berita, permintaan hartanah dan urus niaga tanah semakin kukuh di Iskandar Malaysia, dipacu oleh projek Sistem Transit Laju (RTS) yang bakal siap dibina
  • Warganegara asing, mereka yang menaik taraf kediaman dan pemilik rumah yang beralih kepada rumah lebih murah akan memacu permintaan untuk rumah kediaman mewah yang luas di kawasan-kawasan perumahan yang premium
  • Hartanah sebagai langkah perlindungan baik daripada kenaikan tekanan inflasi
  • Keadaan kadar faedah dijangka terus kondusif, dibantu oleh kadar tukaran mata wang USD/MYR yang kukuh.

Kesan perolehan amnya diambil kira

Pemulihan harga saham sektor baru-baru ini menunjukkan pelabur sudah melihat melepasi kesan konflik AS-Iran. Harga saham mengalami pembetulan pada Mac-April berikutan jangkaan kemerosotan margin. Walau bagaimanapun, berbeza dengan sektor-sektor lain, pemaju hartanah selalunya mempunyai ruang untuk mengubah suai reka bentuk, bahan binaan, dan harga produk mereka supaya dapat mengurangkan kesan tersebut terhadap margin.

Pelan penyenaraian REIT berjalan baik

Walaupun berdepan kekangan pasaran, pemaju meneruskan usaha-usaha mengewangkan aset mereka. Usaha-usaha merungkai nilai seperti yang dimaklumkan pada suku lalu, terus menjadi pendorong penting kepada sektor ini. Tiga pemaju utama termasuk SDPR dan SP Setia, menyenaraikan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan mencecah ~MYR13bn selepas menyuntik aset-aset itu ke dalam REIT, sepanjang dua tahun berikutnya

Permintaan di Iskandar Malaysia masih kukuh

Nilai MYR dilihat semakin mengukuh, namun tekanan inflasi yang meningkat di wilayah itu terus menjadi faktor yang menarik para pelancong dari Singapura untuk berbelanja dan/atau tinggal di Iskandar Malaysia sekurang-kurangnya untuk jangka sederhana. Tambahan itu, pemilik tanah utama seperti UEM Sunrise (UEMS), KSL (KSL MK, TIADA SARANAN) dan Crescendo (CCDO MK, TIADA SARANAN) muncul sebagai saham pelaburan yang menawarkan nilai RNAV yang baik. Harga tanah dijangka terus meninggi memandangkan jualan tanah baru-baru ini oleh ECW dan CCDO kepada pemainpemain pusat data (DC) masih dijual pada harga tertinggi dalam sejarah (di kawasan sekitar mereka). Oleh itu, tiada sebarang petanda bahawa permintaan akan mereda

Hartanah-hartanah mewah di kawasan perumahan premium akan mendapat sambutan

Hartanah-hartanah berkelas tinggi di kawasan-kawasan perumahan premium sepatutnya mendapat sambutan baik, seperti Mont’ Kiara, Damansara Heights, KLCC and kawasan-kawasan tertentu di Iskandar Malaysia yang menerima permintaan tinggi, manakala ASP untuk unit-unit di pelancaran hartanah baharu(ParkCity Damansara PJ dan Pavilion Damansara) dilihat terkawal. Pihak pemaju yang mempunyai pendedahan di kawasan-kawasan ini termasuklah Eastern & Oriental (EAST), ECW, Sunway, Mah Sing, UEMS dan LBS Bina.

Persekitaran kadar faedah yang kondusif sepatutnya menyokong permintaan keseluruhan

Hartanah tetap menjadi langkah perlindungan nilai yang baik daripada tekanan inflasi. Disebabkan oleh nilai MYR lebih kukuh, kami menjangkakan persekitaran kadar faedah akan terus kondusif, yang sepatutnya memberikan kelebihan kepada pelabur dan pembeli hartanah. Malahan, permintaan daripada pelabur hartanah dijangka terus kukuh apabila pelancaran-pelancaran baru-baru ini oleh UEMS (rumah kedai Aspira Place di Iskandar Malaysia), SDPR (rumah kedai REKA di Elmina), dan 77 unit kedai dengan ketinggian empat tingkat berharga MYR8j dan ke atas di Bandar Puteri oleh satu lagi syarikat pemaju besar, semuanya mencatat kadar ambilan lebih 90%.

Memenuhi Jangkaan Prestasi Ketika Pasaran Tidak Menentu

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.