5 Tokoh Saintis Islam Yang Berjaya

Dunia moden biasanya mengangkat era Renaissance sebagai pencetus penemuan ilmiah yang hebat. Kita tidak menafikan sumbangan besar mereka, namun tanpa penemuan daripada tokoh-tokoh saintis Islam, kejayaan tersebut tidak akan dapat dicapai dengan mudah.

Jom kita kenali siapakah tokoh saintis Islam yang berjaya seperti berikut.

1. Al-Khawarizmi

Kredit Gambar: YouTube

Tokoh saintis dari Parsi ini telah mengembangkan prinsip Algebra. Nama ‘Algebra’ diambil dari perkataan Arab iaitu ‘Al-Jabr’, yang digunakan di dalam bukunya. 

Al-Khawarizmi juga telah memperkenalkan nombor kosong dan mengembangkan sistem numerik Hindu-Arab yang menjadi asas kepada sistem numerik moden.

2. Al-Zahrawi

Kredit Gambar: Bibalex

Tokoh saintis Islam yang bernama Al-Zahrawi ini pula membangunkan pembedahan moden yang sangat mempengaruhi dunia Barat dengan pelbagai instrumen dan teknik pembedahan yang inovatif.

Hampir kesemuanya masih digunakan sehingga ke hari ini.

Beliau telah mencipta jarum suntik, forceps, cangkuk, jarum pembedahan, gergaji tulang dan banyak lagi alatan pembedahan.

Beliau adalah merupakan doktor pertama yang menerangkan mengenai kandungan rahim dan mengenal pasti sifat genetik hemofilia.

3. Ibn Sina

Kredit Gambar: Al Jazeera

Tahukah anda, tokoh saintis yang dikenali dengan nama Ibn Sina ini sebenarnya individu yang pertama memperkenalkan prinsip perubatan moden.

Beliau telah memperkenalkan kaedah mereka bentuk ubat-ubatan yang jauh lebih awal dari zamannya. Idea beliau telah memberikan sumbangan yang besar kepada dunia perubatan pada hari ini.

4. Abu Al-Rayhan Al-Biruni

Kredit Gambar: Republika

Saintis yang hebat ini pula menciptakan teknik mengira jejari Bumi dan jarak menggunakan triangulasi yang banyak menyumbang kepada geografi dan geodesi moden.

Beliau telah menyelesaikan persamaan geodesi yang kompleks dan menganggarkan radius Bumi sebanyak 6,339.6 kilometer yang tidak muncul di dunia Barat sehingga abad ke-16.

5. Ibn Khaldun

Kredit Gambar: Tzkrh

Ibn Khaldun pula mengembangkan teori dan konsep sosiologi moden dalam bukunya yang berjudul “Al-Mukadema” yang bermaksud ‘pengenalan’.

Beliau juga telah memperkenalkan prinsip-prinsip historiografi moden dan merangkumi sejarah universal umat manusia sehingga ke zamannya. Hasil karya beliau juga memberikan idea awal mengenai falsafah dan ekonomi moden.

Kesimpulannya, memang ramai tokoh saintis Islam yang berjaya dengan karya-karya serta penemuan mereka masih digunapakai sehingga ke hari ini. Kajian mereka juga dikatakan berlandaskan dengan hukum agama Islam dan tidak berfikir secara logik semata-mata.

Sumber Rujukan: Majalah Sains

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.