Saham Small Cap, Saham Kegemaran Pelabur Runcit

Nasihat yang selalu kita dengar untuk mula melabur atau ingin mengurangkan risiko dalam pelaburan adalah dengan melabur ke dalam saham-saham blue chip iaitu saham mahal seperti NESTLE dan KLK.

Masalah utama untuk melabur dalam saham-saham seperti ini adalah modal. Rata-rata pelabur yang baru bermula akan mula dengan modal sekitar RM1,000 ke RM10,000.

Selain daripada saham blue chip, pelabur mempunyai pilihan lain untuk melabur ke dalam saham-saham small cap. Saham yang dikategorikan sebagai small cap adalah syarikat yang mempunyai market capitalization di antara RM200 juta hingga RM2 bilion.

Di dalam kategori small cap, sebanyak 200 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang mempunyai potensi untuk berkembang dan memberikan pulangan yang berganda.

Sebab utama untuk memilih saham dalam kategori small cap adalah kerana harganya yang murah. Banyak syarikat di dalam kategori small cap berada pada fasa permulaan bisnes, berbanding saham-saham blue chip yang kebanyakan daripadanya sudah mencapai harga yang matang.

Dalam erti kata lain, saham small cap berpotensi untuk meningkat naik dengan lebih jauh lagi.

Kredit: Trading View

Carta di atas menunjukkan FBMSCAP indeks yang dipengaruhi oleh pergerakan harga 200 syarikat yang dikategorikan dalam sektor tersebut. Seperti yang kita lihat, carta menunjukkan uptrend yang baik dengan kenaikan sebanyak 38% dalam masa setahun.

Oleh itu, pelabur yang baru boleh menjadikan sektor ini sebagai pilihan utama untuk memilih syarikat yang berpotensi. Banyak syarikat dalam sektor ini berada di dalam industri yang bakal menjadi industri yang berkembang pesat seperti 5G.

Sektor ini juga membantu dalam membuat portfolio diversification yang baik di mana kita melabur dalam beberapa sektor yang mempunyai potensi di masa hadapan seperti sektor Teknologi dan Small Cap.

Dalam memilih syarikat, perkara pertama yang perlu diberikan perhatian adalah laporan keuntungan syarikat. Jika kita lihat syarikat KPOWER, ianya merupakan salah satu contoh syarikat small cap yang mempunyai potensi besar di masa hadapan.

Sumber: Malaysiastockbiz.com

Syarikat KPOWER telah melakukan diversification dalam bisnes mereka dengan melabur dalam bidang renewable energy. Dengan pengurusan yang baru sejak tahun 2019, syarikat ini menjadi pilihan pelabur untuk mengembangkan duit mereka dalam pasaran saham.

Terdapat banyak lagi syarikat yang berpotensi seperti KPOWER dalam sektor ini. Yang penting, kita kena rajin study ilmu Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.

Niat dah ada untuk mula melabur saham, tapi tak tahu nak mula dekat mana.

Sebab itu kami di Majalah Labur dan The Kapital, nak sangat tunjuk jalan kepada orang ramai cara untuk menceburi dunia pelaburan saham di Bursa Malaysia yang sah dan patuh Syariah.

Untung Saham Kita Bantu Orang, Dunia Dapat Saham Akhirat Pun Dapat

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Jom PRA-daftar dan jadi yang terawal dapat harga promosi dari kami.
Klik link: thekapital.my/pradaftar

Previous ArticleNext Article

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi April 2026

Pasaran saham sentiasa mempunyai dua sisi ada saham yang melonjak tinggi, dan ada juga yang mencatatkan penurunan dalam tempoh yang sama. Ini merupakan perkara biasa kerana harga saham dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sentimen pasaran, prestasi kewangan syarikat serta keadaan ekonomi semasa.

Bagi tempoh 1 April hingga 30 April 2026, beberapa saham patuh syariah di Bursa Malaysia mencatatkan penurunan harga, walaupun tidak seteruk bulan-bulan sebelumnya.

Berikut ialah 10 saham patuh Syariah paling rugi bagi bulan April 2026.

1. Ramssol Group Berhad

Saham paling rugi bagi bulan ini ialah Ramssol Group Berhad dengan penurunan sebanyak 15.8%.

Ramssol terlibat dalam penyelesaian teknologi sumber manusia (HR tech). Penurunan ini mungkin mencerminkan tekanan jualan atau sentimen pasaran terhadap sektor teknologi yang lebih berhati-hati.

2. Kumpulan H&L Hightech Berhad

Di tempat kedua ialah Kumpulan H&L Hightech Berhad dengan kejatuhan 10.7%.

Syarikat ini terlibat dalam kejuruteraan dan pembuatan. Saham industri seperti ini sering terkesan oleh permintaan global dan keadaan ekonomi.

3. PGF Capital Berhad

Kedudukan ketiga disandang oleh PGF Capital Berhad dengan penurunan 10.5%.

PGF Capital terlibat dalam pembuatan bahan penebat dan produk berkaitan pembinaan. Prestasi sahamnya boleh dipengaruhi oleh sektor pembinaan dan kos bahan mentah.

4. Suria Capital Holdings Berhad

Suria Capital Holdings Berhad mencatatkan penurunan sebanyak 9.7%.

Syarikat ini mengendalikan pelabuhan di Sabah. Prestasinya berkait rapat dengan aktiviti perdagangan dan logistik.

5. LAC Med Berhad

Di tempat kelima ialah LAC Med Berhad dengan kejatuhan 9.3%.

Syarikat ini berada dalam sektor penjagaan kesihatan dan produk pengguna. Walaupun sektor ini biasanya defensif, sahamnya tetap boleh mengalami penurunan dalam keadaan pasaran tertentu.

6. Padini Holdings Berhad

Padini Holdings Berhad berada di kedudukan keenam dengan penurunan 8.7%.

Sebagai jenama fesyen tempatan, prestasi Padini sering dipengaruhi oleh perbelanjaan pengguna dan keadaan ekonomi domestik.

7. Sorento Capital Berhad

Di tempat ketujuh ialah Sorento Capital Berhad dengan kejatuhan 7.8%.

Syarikat ini mempunyai pelaburan dalam pelbagai sektor, dan harga sahamnya boleh berubah mengikut sentimen pasaran terhadap aset yang dimiliki.

8. Gas Malaysia Berhad

Gas Malaysia Berhad turut mencatatkan penurunan 7.8%.

Walaupun berada dalam sektor utiliti yang stabil, saham ini tetap terdedah kepada perubahan harga tenaga dan sentimen pelabur.

9. United Plantations Berhad

Tempat kesembilan diduduki oleh United Plantations Berhad dengan kejatuhan 7.7%.

Sektor perladangan biasanya dipengaruhi oleh harga komoditi seperti minyak sawit serta faktor permintaan global.

10. WTK Holdings Berhad

Melengkapkan senarai ialah WTK Holdings Berhad dengan penurunan 7.7%.

WTK terlibat dalam sektor perhutanan dan kayu. Prestasinya bergantung kepada permintaan industri serta harga komoditi berkaitan.

Apa Yang Boleh Kita Perhatikan?

Daripada senarai ini, beberapa perkara menarik boleh diperhatikan:

1. Tiada kejatuhan ekstrem

Berbeza dengan bulan sebelumnya, tiada saham yang jatuh lebih 20% — menunjukkan pasaran mungkin lebih stabil.

2. Pelbagai sektor terlibat

Penurunan tidak tertumpu pada satu sektor sahaja, tetapi melibatkan teknologi, pengguna, industri dan utiliti.

3. Sentimen pasaran lebih sederhana

Pergerakan harga yang lebih terkawal menunjukkan pelabur mungkin berada dalam fasa berhati-hati.

Pengajaran Untuk Pelabur

Beberapa perkara penting yang boleh dipelajari:

✔️ Kerugian kecil masih penting untuk dipantau
✔️ Diversifikasi portfolio membantu kurangkan risiko
✔️ Elakkan keputusan berdasarkan emosi jangka pendek
✔️ Setiap kejatuhan boleh jadi peluang jika dianalisis dengan betul

Kesimpulan

Bulan April 2026 menunjukkan bahawa walaupun pasaran mempunyai saham yang melonjak tinggi, masih ada kaunter yang mencatatkan penurunan.

Namun, penurunan kali ini dilihat lebih terkawal berbanding bulan sebelumnya memberi gambaran bahawa pasaran mungkin berada dalam fasa konsolidasi.

Bagi pelabur, senarai ini bukan sekadar melihat saham yang rugi, tetapi juga sebagai panduan untuk memahami risiko dan mengenal pasti potensi peluang pada masa hadapan.