Bagaimana Perubahan Trend Boleh Dikesan Dengan 3 Tanda Ini

Dalam kita melalui proses untuk menjadi seorang pelabur dan pedagang yang berjaya, pemahaman dan pembacaan carta mestilah baik. Hal ini kerana, untuk kita membuat keputusan membeli dan menjual kita perlu mahir dalam membaca carta.

Pemahaman analisis teknikal juga adalah salah satu tiang untuk kita berjaya menjadi seorang pelabur. Salah satu buku lagenda tulisan Steve Nison berjudul Japanese Candlestick Charting Techniques banyak menceritakan bagaimana untuk kita mahir membaca carta menggunakan candlestick pattern.

Candlestick adalah bar hijau dan merah yang terdapat di dalam carta dan ianya terbentuk dengan 4 ciri-ciri iaitu Open, Close, High dan Low. Selain itu, pembentukan candlestick menceritakan psikologi manusia dalam melakukan keputusan membeli dan menjual.

Untuk gambaran  yang jelas boleh lihat gambar di bawah.

Dalam kita melabur dan berdagang terdapat beberapa candlestick patterns yang boleh kita gunakan untuk mengesan perubahan trend.

Mari kita lihat tiga candlestick pattern yang mempunyai potensi membuat perubahan trend dalam carta.

1. Hammer Pattern

Candlestick pattern yang popular di kalangan pelabur adalah Hammer. Hal ini kerana ia sangat senang untuk dikesan di dalam carta. Hammer pattern yang baik selalunya berada di dalam aliran downtrend.

Jika hammer pattern berada di dalam aliran uptrend, kewujudannya menjadi tidak signifikan.

Sumber : Investopedia

Seperti dalam gambar di atas, carta menunjukkan aliran downtrend untuk beberapa ketika, namun, candle hammer muncul menunjukan minat belian sudah mula berlaku. Apabila candle hammer telah sempurna, kita boleh mengambil posisi di dalam pasaran.

Selain daripada itu, volume juga perlu diperhatikan semasa candle hammer ini terbentuk. Volume yang tinggi menandakan pattern yang sempurna.

2. Engulfing Pattern

Selain hammer pattern, engulfing juga menjadi kegemaran para pelabur. Pattern ini muncul apabila terdapat satu candlestick besar dan satu candlestick kecil. Pattern ini juga mempunyai signifikan yang besar apabila muncul dalam aliran downtrend.

Sumber : Investopedia

Pattern engulfing ini menceritakan pihak pembeli telah berjaya untuk menolak harga ke atas paras tertinggi candle sebelumnya. Secara psikologinya, minat belian mula masuk ke dalam pasaran.

Candlestick yang ke tiga selepas candlestick besar perlulah ditutup lebih tinggi berbanding sebelum untuk meneruskan aliran menaik. Jika pattern seperti di atas muncul di dalam pasaran, anda boleh cuba memasuki pasaran dan pastikan anda mempunyai trading plan yang betul.

3. Morning Star

Pattern morning star adalah pattern yang dibentuk oleh 3 batang candle. Candlestick yang pertama adalah candlestick bearish di mana harga tutup lebih rendah berbanding harga buka.

Pada candlestick kedua adalah candlestick bullish kecil dan yang ketiga adalah candlestick yang lebih besar dari yang kedua dan harga tutup lebih tinggi dan menunjukkan minat belian sudah mula masuk pasaran.

Morning star adalah tanda-tanda awal dalam mengesan perubahan trend bakal berlaku.

Sumber : Investopedia

Tanda-tanda awal perubahan trend boleh dilihat jika salah satu daripada 3 pattern ini muncul. Walaubagaimanapun, kita perlu bersedia dengan trading plan yang betul sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli atau menjual.

Sebagai pelabur kita perlu bersedia jika pasaran bergerak melawan arus trading plan kita. Pastikan kita tidak merisikokan wang lebihan dengan risiko yang besar dan boleh merosakan modal pelaburan kita.

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

ebook reversal candlestick

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Dapatkan eBook Reversal Candlestick -> https://thekapital.my/ebook-reversalcandlestick

Previous ArticleNext Article

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.