Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Jun 2021

Indeks FBM KLCI telah menurun sebanyak 3.35% pada bulan Jun, berikutan kejatuhan 1.15% pada bulan Mei. Ini menunjukkan bahawa prestasi pasaran saham Malaysia amat lemah, lebih-lebih lagi selepas bilangan kes tidak menunjukkan pengurangan walaupun kita telah pun membuat PKP 3.0 dan ‘full lockdown’.

Ini sedikit sebanyak telah menjejaskan prestasi saham banyak syarikat seperti yang kita dapat lihat dalam senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Jun 2021.

Sumber: iSaham Screener

1. Euro Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

2. Serba Dinamik Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

3. Vsolar Group

Sumber: Bursa Marketplace

4. Sedania Innovator

Sumber: Bursa Marketplace

5. Sanichi Technology

Sumber: Bursa Marketplace

6. Kumpulan Jetson

Sumber: Bursa Marketplace

7. Sarawak Consolidated Industries

Sumber: Bursa Marketplace

8. Privasia Technology

Sumber: Bursa Marketplace

9. Jade Marvel Group

Sumber: Bursa Marketplace

10. MMag Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Saham Berharga RM1 Ke Atas Pun Boleh Jatuh Banyak

Ingatkan beli saham ‘mahal’ dah selamat daripada kejatuhan harga saham yang banyak. Tapi macam contoh Serba Dinamik dan Sarawak Consolidated Industries (SCIB), mereka masih lagi dihantui isu audit yang belum selesai. Bulan Mei dah jatuh banyak, bulan Jun sambung jatuh lagi.

Sebab itulah pentingnya kita kena ‘Plan the Trade dan Trade the Plan’. Semoga kita terhindar daripada kerugian yang sia-sia.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Jun 2021 ini adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Ini Ada Solusi!

Tak semua orang ada masa yang cukup untuk monitor pergerakan saham setiap hari. 

Mungkin sibuk bekerja atau ada komitmen lain yang membataskan masa anda untuk melabur. 

Ada juga yang selalu ikut buy call tapi tak pernah untung. Sahamnya naik tapi bila entry terus jatuh. 

Apa kata kalau anda kurangkan masa monitor saham tapi tingkatkan kualiti pelaburan anda? 

Haa! Webinar Swing Trading boleh bantu atasi masalah-masalah anda!

Tak perlu menghadap pasaran saham setiap hari

Tak perlu lari-lari dari kerja hakiki

Tak perlu risau setiap kali anda buat entry

Dapat menjaga emosi anda dalam pelaburan

Apa yang akan anda pelajari dalam webinar ini?  

✅Mindset Power
✅Teknik Compounding
✅Jenis Chart
✅11 Jenis Reversal Candlestick
✅Market Phase
✅Buy On Breakout
✅Kajian Saham
✅Kenali Top 4 Sell Signal
✅Pemilihan Winning Stock
✅Dan banyak lagi …

Daftar sekarang di Webinar Swing Trading >> thekapital.my/swingtrading 

Previous ArticleNext Article

Gabungan AQRS: Bersedia Untuk Gelombang Prasarana Yang Seterusnya

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu mencecah MYR0.30 daripada MYR0.28, potensi kenaikan harga saham 76% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY26F (Jun)

Untung teras berjumlah MYR17.5j (+112% YoY) yang dicatatkan oleh Gabungan AQRS sepanjang tempoh 9 bulan pertama FY26 (9MFY26) berjaya melepasi jangkaan, dengan mencecah 92% unjuran sepenuh tahun kami dan konsensus. Penyimpangan positif ini berpunca daripada usaha pengoptimuman kos yang lebih baik merentasi kumpulan ini dengan GPM sebanyak 35% pada 3QFY26 berbanding dengan 18% pada 3QFY25. Projek hartanah milik AQRS di Johor Bahru, The Peak (GDV: MYR689j) mungkin menyaksikan tahap keterlihatan lebih kukuh akibat lokasi projek ini yang berdekatan stesen kereta api Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Bahagian pembinaan AQRS

Mengalami kerugian sebelum cukai bernilai MYR3.4j pada 3QFY26 berbanding dengan untung sebelum cukai (PBT) sebanyak MYR7.6j yang direkodkan pada 3QFY25. Kerugian ini berpunca daripada kos-kos tambahan projek yang masih berjalan, sementara menunggu pemuktamadan akaun-akaun projek dan pemulihan daripada pelanggan. Pada masa yang sama, bahagian hartanah ini mencatat PBT teras berjumlah MYR10.7j pada 3QFY26 berbanding dengan kerugian teras sebelum cukai sebanyak MYR2.5j pada 3QFY25.

AQRS mencatat buku pesanan belum bayar bernilai MYR245j

Yang dianggap munasabah pada masa sekarang kerana tawaran kerja masih lagi belum meningkat untuk kontraktor-kontraktor bersaiz kecil hingga sederhana. Kami tidak menolak kemungkinan untuk AQRS menghantar tender dan meraih mana-mana pakej kerja daripada projek pembinaan semula lima stesen kereta api Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berikutan rekod prestasinya dalam projek Stadium Shah Alam dan stesen Glenmarie, termasuk dengan projek-projek sektor awam lain dalam buku tendernya.

Untuk bahagian hartanah, perolehan diperkukuh oleh jualan hartanah yang terjual dan belum dibil berjumlah MYR65.5j berbanding MYR191j setahun lalu manakala perolehan pada masa hadapan nanti mungkin datang daripada projek Serena Gambang di Pahang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar MYR382j (pelancaran sasaran pada 1HCY26) dan juga The Peak di Johor. Dalam jangka lebih panjang, kami mungkin menerima sumbangan daripada usaha sama (JV) pembangunan hartanah terbaharunya dengan Rising Charm di Bangi (GDV: MYR600j).

Oleh sebab keputusan melangkaui jangkaan

Kami menaikkan perolehan FY26F28F sebanyak 13%, 13%, dan 5% dengan menyelaras andaian GPM kami. Oleh itu, kami meraih TP baharu melalui kaedah SOP sebanyak MYR0.30. Faktor pemangkin untuk AQRS termasuklah pelancaran Fasa 1B bagi Lebuh Raya Pan Borneo Sabah yang memberikan manfaat kepada perniagaan pratuang yang dimilikinya 49% (SEDCO Precast). Kontrak-kontrak untuk membekalkan komponen-komponen pratuang kepada projek tersebut dinilai pada anggaran lingkungan MYR400-500j (pada peringkat subkontraktor).

Disebabkan oleh pelbagai kewujudan faktor pendorong dan rekod prestasinya yang baik dalam projek-projek prasarana

(Transit Aliran Massa 1, Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), LRT3), saham ini dilihat menarik apabila ia diniagakan lebih daripada -2SD di bawah P/E purata 5 tahunnya dan catatan Indeks Pembinaan Bursa Malaysia. Dengan itu, saranan BELI kami dikekalkan.

Risiko negatif utama

Kegagalan mendapatkan kontrak baharu dengan cepat.

Asas Penilaian

Kami menilai kumpulan ini berdasarkan SOP-nya, yang diperoleh daripada gabungan metodologi penilaian P/E, DCF, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Berpotensi mendapat manfaat daripada tawaran kontrak Pan Borneo Sabah

Risiko Utama

Kegagalan untuk meraih kontrak baharu pada masa yang tepat.

Profil Syarikat

Gabungan AQRS terutamanya terbabit dalam pembinaan dan pembangunan hartanah

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.