Kajian Fundamental QES: Keuntungan Bersih Dan Aliran Tunai

Bursa Malaysia mempunyai lebih daripada 900 syarikat tersenarai dan ada lebih daripada 10 sektor industri. Sebagai seorang pelabur, kita perlu bijak dalam memilih kaunter saham yang mempunyai asas fundamental yang sihat.

Elakkan daripada terlibat dengan syarikat yang dikategorikan sebagai syarikat bermasalah iaitu dalam kategori GN3 dan PN17. Persoalannya, bagaimana untuk memilih syarikat yang mempunyai asas fundamental yang sihat?

Perkara pertama untuk melihat syarikat yang mempunyai asas fundamental yang sihat adalah dengan melihat prestasi kewangan syarikat. Kriteria penting sebagai kayu ukur adalah keuntungan bersih syarikat dan kedua adalah aliran tunai.

Kedua-dua kriteria ini sangat penting untuk memastikan syarikat kekal beroperasi dan berkembang pesat di masa akan datang.

Mari kita gunakan kajian kes ke atas syarikat QES Group Berhad.

1. Keuntungan Bersih

Kredit: Malaysiastock.biz

Syarikat QES merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam membina, mengedar, memeriksa dan menguji alatan untuk mesin semikonduktor seperti automated handling equipment. Kriteria pertama iaitu keuntungan bersih syarikat QES menunjukan peningkatan yang baik.

Pada suku kedua tahun 2019, QES mencatatkan kerugian sebanyak RM 1.5 juta. Namun selepas daripada itu, syarikat QES kembali untung pada suku tahun seterusnya.

Pertumbuhan yang ketara dapat  dilihat pada tahun 2020 di mana QES berjaya mengekalkan keuntungan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak baik.

Pada suku tahun pertama 2021, QES mencatatkan pertumbuhan keuntungan hampir 100% dari 4.8% ke pada 13.2% pada tahun 2021. Ini menunjukkan QES mempunyai asas fundamental yang sangat baik.

2. Aliran Tunai

Kriteria kedua juga menunjukkan prestasi yang baik dengan aliran tunai positif pada kadar 80%. Sepanjang diapungkan di pasaran saham iaitu dalam tempoh 5 tahun, QES hanya mencatatkan aliran tunai negatif pada tahun 2019.

Selain daripada itu, QES mengekalkan aliran tunai yang baik. Peningkatan ketara dalam dilihat pada tahun 2020 iaitu daripada aliran tunai negatif, QES mencatatkan aliran tunai tertinggi sejak diapungkan.

Dua kriteria ini memainkan peranan yang penting untuk memastikan syarikat boleh bertahan dalam fasa ekonomi yang tidak stabil.

Bagi pelabur yang ingin mencari syarikat yang kukuh dan mampu untuk berkembang di masa akan datang, dua kriteria ini cukup untuk dikaji dan dianalisis sebagai permulaan.

Selain daripada formula CANSLIM, pelabur boleh mengaplikasikan cara muda melihat dua kriteria yang diterangkan di atas.

Kesannya Kepada Harga Saham QES?

Kredit: Trading View

Harga saham pun steady naik sejak dari pertengahan tahun 2020. Seolah-olah dapat mengesan peningkatan tahap prestasi kewangan syarikat QES ini.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan. Betul tak?

Untuk jadi pelabur atau pedagang yang bijak pilih saham berkualiti, kita tak boleh main rasa hati semata-mata. Kena kuasai asas:

  • Analisis Fundamental – faham bisnes, untung rugi, hutang, prospek.
  • Analisis Teknikal – faham pergerakan harga, trend dan timing beli/jual.

Di sinilah datangnya formula CANSLIM. Pernah dengar tak?
Ini antara formula pemilihan saham yang popular seluruh dunia, diperkenalkan oleh pelabur tersohor William J. O’Neil. Ramai gunakan CANSLIM sebagai “sistem tapisan” untuk cari saham yang berpotensi, bukan sekadar teka-teka ikut kawan.
Kami sendiri pun gunakan formula yang sama bila nak pilih saham.
Cuma syaratnya satu: kena faham dulu logik di sebalik setiap huruf C-A-N-S-L-I-M.

Dalam ebook CANSLIM ini kami detailkan lagi ceritanya -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Previous ArticleNext Article

Stratus Global: Memanfaatkan Fasa Kenaikan Capex Semikonduktor

Nilai saksama (FV) sebanyak MYR1.55 diberi berdasarkan P/E 24x FY27F (Mac)

Stratus Global merancang untuk mengumpul MYR285j daripada IPO, dengan tujuan utama untuk membiayai usaha pengembangan fasiliti, pejabat luar negara dan usaha R&D. Disokong oleh rekod prestasi selama 28 tahun dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih untuk industri semikonduktor dunia, margin yang kukuh dan kitaran menaik jangka panjang dalam capex semikonduktor, kami menjangkakan pertumbuhan perolehan yang teguh kelak. Pada P/E FY28F 12.4x, penilaiannya tampak menarik apabila dibandingkan dengan purata lima tahun Indeks Teknologi Bursa Malaysia (KLTEC) dan CAGR perolehan tiga tahunnya sebanyak 24%.

Dilindungi oleh pengetahuan kejuruteraan yang mendalam

Sejak 1998, kumpulan ini telah membina AMHS berasaskan penyampai proprietari, AMHS hibrid dan penyelesaian ASRS, yang dilengkapi dengan perisian sistem kawalan peralatan (TCS) dalaman miliknya, untuk industri semikonduktor dunia. Penyelesaiannya menerima pensijilan ISO 9001, ISO 14001 dan ISO 45001, dan diguna pakai oleh pelanggan multinasional bahagian depan (untuk mengendalikan pembikin wafer 200mm dan juga 300mm) dan pelanggan semikonduktor bahagian belakang merentasi benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Stratus menjalankan reka bentuk, pembikinan, pemasangan dan pengujian hampir kesemuanya secara dalaman, tidak seperti syarikat pesaing yang menggunakan sumber luar. Hal ini menawarkan perbezaan penting yang menyokong marginnya yang lebih tinggi, sementara syarat-syarat ketat untuk mengendalikan wafer menetapkan halangan tinggi untuk kemasukan pasaran.

Pengembangan fasiliti dan geografi bakal mendorong pertumbuhan

Usaha pengembangan fasiliti Bayan Lepas milik Stratus yang sedang berjalan, dengan sasaran siap pada 3QCY28, akan menambah ruang lantai sebanyak 150-200% dan meningkatkan kapasiti hasil kumpulan daripada USD50-100j sekarang (1 syif kepada 2 syif) kepada USD200-400j selepas pengembangan selesai.

Perkara ini menyokong pelaksanaan buku pesanan belum bayarnya bernilai MYR108.4j (setakat 3 Jun 2026; MYR75.4j akan diiktiraf pada FY27F dan MYR33.0j pada FY28F), di samping pertanyaan yang kukuh dan pengembangan kapasiti bagi pelanggan-pelanggan sedia ada. Pada masa yang sama, kumpulan ini merancang untuk menubuhkan pejabat sokongan jualan dan kejuruteraan di Jepun, Taiwan, Jerman dan AS, sekali gus meluaskan capaian semikonduktor bahagian depan dan belakangnya.

Fasa kenaikan berstruktur semikonduktor memperkukuh permintaan

SEMI menjangkakan capex akan terus diperuntukkan untuk menyokong kapasiti fabrikasi wafer 300mm sehingga tahun 2030, sekali gus menaikkan peratusan penguasaan keupayaan wafer terpasang dunia. WSTS meramalkan industri semikonduktor secara amnya akan berkembang 89.9% pada tahun 2026 berikutan permintaan E&E dan pusat data (DC) yang berpacukan kecerdasan buatan (AI), dengan QYResearch mengunjurkan industri AMHS semikonduktor dunia akan meningkat pada kadar CAGR 5.4% sehingga 2031 kepada paras USD4.5bn.

Dengan mengoperasikan fasilitifasiliti wafer 300mm lebih awal daripada beberapa pesaing AMHS lain, Stratus berkedudukan baik untuk memanfaatkan fasa peningkatan ini, dibantu oleh Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia dan Rancangan Malaysia yang Ke-13.

Ramalan dan penilaian

Kami memperoleh FV MYR1.55 dengan mengenakan P/E 24x pada EPS 6.45 sen untuk FY28F, selaras dengan P/E purata 5 tahun yang direkodkan oleh KLTEC dan CAGR perolehan tiga tahunnya 24% (PEG 1x). Risiko utama, penumpuan pada pelanggan tunggal, kitaran capex semikonduktor, hasil tidak menentu berasaskan projek, dan turun naik FX kerana hasilnya diniagakan dalam USD.

Perihal Syarikat

Stratus Global merupakan syarikat yang menyediakan penyelesaian automasi kilang yang bertapak di Pulau Pinang. Ia berkepakaran dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih bagi industri semikonduktor dunia.

Gambaran Am Kewangan Dan Penilaian

Gambaran Am Syarikat

Rancangan Dan Strategi Masa Depan

  • Pengembangan fasiliti.
  • Pengembangan perniagaan pasaran dari segi geografi
  • Pengembangan pasaran dalam rantaian nilai semikonduktor.

Butiran IPO

Risiko Utama

i. Ketiadaan perjanjian bekalan berjangka panjang;
ii. Kitaran capex semikonduktor;
iii. Penangguhan projek;
iv. Kebergantungan pada pasukan pengurusan utama dan jurutera berkepakaran;
v. Turun naik FX kerana hasil yang diniagakan dalam mata wang USD.