Kisah Michael Burry, ‘The Big Short’ Dan Saham Small Cap

Jika anda telah membaca buku atau menonton filem yang bertajuk The Big Short, anda mungkin mengenali nama Michael Burry. Beliau adalah salah seorang yang berjaya mengenal pasti gelembung pasaran (market bubble), yang berlaku dalam US housing market atau pasaran hartanah di Amerika Syarikat.

Beliau telah menjana keuntungan yang besar melalui pertaruhan perdagangan, dengan menjadi short-seller. Beliau membuat perdagangan tersebut melalui instrumen derivatif iaitu credit default swap.

Walaupun nama Michael Burry sangat terkenal melalui perdagangannya, tetapi asas kejayaan beliau bermula dalam dunia pelaburan saham small cap.

This image has an empty alt attribute; its file name is 1200x857-700x500.jpg
Kredit Gambar: Bloomberg

Seperti pelabur-pelabur biasa, Michael Burry juga menjadikan individu seperti Warren Buffett dan Benjamin Graham sebagai idola beliau. Beliau sentiasa menganggap dirinya adalah anak didik kepada mahaguru-mahaguru Value Investing.

Pelaburan beliau ke dalam Hyde Athletic pada tahun 1997 merupakan contoh yang baik daripada segi pendekatannya terhadap saham small cap.

Hyde Athletic pada asalnya adalah pembuat kasut sukan. Michael Burry membeli saham yang dijual dengan harga rendah atau sedang diskaun, seperti dalam falsafah pelaburan ‘value investing’.

Michael Burry membeli saham tersebut sekitar USD5 seunit, apabila market cap syarikat berada di sekitar USD31 juta. Kemudiannya Hyde Athletic telah menukarkan namanya menjadi Saucony, yang mana populariti telah meningkat naik dan mempunyai pengikut tersendiri.

Tahukah anda hasil daripada pelaburan Michael Burry terhadap saham tersebut berjaya meraih keuntungan sebanyak 50%?

Pelaburan ke dalam saham small cap mampu menawarkan potensi keuntungan yang baik pada jangka masa panjang. Cara dengan lebih mudah untuk mendapatkan pendedahan keuntungan dalam saham small cap ialah dengan melabur ke dalam dana index (index fund), yang kebiasaannya mempunyai harga yang murah.

Anda juga boleh melabur kepada small-cap mutual atau exchange-traded funds.

Selain daripada Michael Burry, lagenda-lagenda pelabur lain seperti Warren Buffett dan Benjamin Graham turut memberi tumpuan kepada saham small cap yang jauh lebih murah daripada harga yang sepatutnya.

Senang cerita, mereka ini suka melabur ke dalam saham-saham yang undervalue tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang.

*Instrumen seperti derivatif, dana indeks dan juga short-selling adalah tidak patuh syariah.

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Strategi Pasaran: Ketidaktentuan Dunia Menguntungkan Pasaran Pelaburan Yang Selamat

Nilai di ASEAN

Walaupun ramalan makroekonomi RHB optimis dan tahap kecairan dunia kukuh, faktor geopolitik tidak menentu dan kebimbangan akan gelembung kecerdasan buatan (AI) dan risiko-risiko pasaran kewangan AS menunjukkan pemindahan aset ke pasaran pelaburan selamat seperti Singapura diberikan penekanan lebih besar. Kami masih menyukai ekuiti Singapura kerana pertumbuhan perolehan bertahan, pulangan pemegang saham menarik dan sifat pasarannya yang selamat dan bertahan, namun pelabur harus mengambil pendekatan pemilihan saham lebih teliti, dan bukannya berdasarkan pendedahan indeks semata-mata.

Penilaian menarik sebagai prima facie untuk pasaran Indonesia mungkin memikat, tetapi pelabur mestilah berwaspada akan aspek kawal selia yang sering berubah-ubah, di samping risiko-risiko dasar. Kami terus melihat pasaran Malaysia sebagai sebuah pasaran perdagangan memandangkan ketahanan ekonomi yang baik dilemahkan oleh penilaian-penilaian saham yang premium.

Indonesia

Kami terus memandang baik akan pasaran ekuiti Indonesia meskipun persekitaran makroekonomi dan dasarnya lebih mencabar. Susulan penurunan mendadak pada 1H26, JCI kini diniagakan pada nilai antara paling menarik (-3SD daripada purata P/E lima tahun hadapan). Walaupun keadaan tidak menentu ini
mungkin berlarutan dalam jangka dekat, kami percaya ia menawarkan potensi pemulihan bermakna apabila keyakinan pelabur beransur-ansur naik. Kes asas sasaran JCI kami untuk akhir 2026 sebanyak 7,300 mata dibuat berdasarkan P/E FY26F 12.4x (-1SD daripada purata lima tahun), yang mencerminkan kerangka penilaian yang lebih konservatif dan premium risiko pasaran yang lebih tinggi.

Malaysia

Kami secara asasnya terus memberi pandangan membina dalam prospek ekuiti pasaran tanah air berpandukan andaian-andaian kes asas RHB. Sasaran akhir tahun 2026 kami untuk FBM KLCI terus berada pada paras 1,750 mata (EPS hadapan 15.5x). Melihat kepada faktor-faktor kekangan semasa yang ada bermakna potensi kenaikan mutlak akan terbatas, memandangkan prestasi pasaran terus terikat pada paras lingkungan tertentu. Asas-asas pasaran dan prestasi perolehan korporat akan menjadi faktor penentu utama kepada pertumbuhan pasaran ini.

Tahap kecairan kukuh dapat menawarkan sokongan apabila penurunan berlaku, sekali gus mewajarkan pendekatan pembelian saham semasa harga lemah yang dilindungi oleh sektor-sektor bertahan (tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, pengguna, REIT dan telekomunikasi). Sektor-sektor WAJARAN TINGGI lain termasuklah perbankan, minyak & gas (O&G), hartanah, pembinaan, bahan asas, teknologi dan pengangkutan. Perlu diingatkan bahawa portfolio pelaburan dijangka terus beralih kepada sahamsaham ketinggalan apabila pelabur mengamalkan pendekatan perdagangan taktikal.

Untuk Singapura

Ekuiti memasuki 3Q26 dengan penyertaan jumlah saham yang masih kecil setelah sektor perkhidmatan kewangan mengaut sebahagian besar keuntungan MSCI Singapura secara YTD. Prospek kami masih lagi optimis, namun menggemari strategi pemilihan saham secara teliti berbanding pendedahan indeks yang pasif, didorong oleh kes asas kami yang meramalkan gencatan senjata yang lama di Asia Barat, dasar Rizab Persekutuan AS (US Fed) yang tidak berubah, dan aliran kemasukan modal lebih kukuh pada 2026. Kami menjangkakan tarikan Singapura sebagai pasaran yang selamat akan menyokong kemasukan modal.

Kami juga menjangkakan momentum pertumbuhan perolehan akan berkembang di luar skop sektor perbankan, manakala REIT mendapat manfaat daripada kadar faedah lebih rendah. Tema-tema pelaburan terbaik kami ialah pulangan modal oleh pemain perkhidmatan kewangan, penerima manfaat AI, perlindungan daripada inflasi dan El Niño, tarikan Singapura sebagai pasaran selamat, dan REIT perindustrian dan pejabat terpilih, dengan memberikan keutamaan pada syarikat yang mempunyai perolehan bertahan, kuasa penetapan harga dan pulangan pemegang saham yang menarik.

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.