Kenapa Lionel Messi Bakal Beri Impak Yang Besar Kepada Amazon?

Bola sepak liga Eropah baru sahaja bermula pada bulan lepas, setelah tamatnya dua acara sukan terbesar dunia iaitu Piala Eropah dan Sukan Olimpik di Tokyo. Kini, peminat sukan mula fokus kepada pertandingan bola sepak di Eropah sepertimana tahun-tahun sebelum ini.

Di antara kejutan terbesar yang berlaku adalah perpindahan Cristiano Ronaldo yang pulang ke kelab Manchester United.

Kemudian kita juga ada Lionel Messi yang mengejutkan dunia bola sepak dunia apabila mengumumkan tidak lagi bersama Barcelona untuk musim ini disebabkan kelab tersebut mempunyai masalah kewangan yang meruncing.

Masalah Kewangan Membelenggu Barcelona

Kredit Gambar: Twitter

Apa yang berlaku kepada pasukan gergasi Sepanyol ini adalah tidak dijangka sama sekali. Barcelona terpaksa memotong perbelanjaan mereka musim ini disebabkan perlawanan tanpa penonton di stadium mereka pada musim lepas.

Sebelum ini, Barcelona telah banyak melakukan kesilapan dalam membeli pemain yang menyaksikan mereka terpaksa berhutang pada ketika ini berjumlah sebanyak $1.5 billion.

Pembelian bekas pemain Liverpool Philippe Coutinho pada harga €160 juta merupakan pembelian yang paling gagal dalam sejarah kelab tersebut kerana Philippe Coutinho tidak berjaya membuat sebarang impak yang besar kepada Barcelona.

Barcelona turut berbelanja wang yang banyak untuk memiliki pemain dari Perancis iaitu Antoine Griezmann dan Ousmane Dembélé yang akhirnya menjerat kewangan mereka.

Barcelona dikatakan membayar gaji pemain mereka terlalu tinggi dan ianya diburukkan lagi dengan gaji Lionel Messi yang sangat tinggi, menyebabkan kelab tersebut kini mengalami masalah kewangan yang besar.

Pandemik yang melanda membuat mereka lebih terkesan berbanding kelab yang lain. Akhirnya mereka terpaksa melepaskan tongak utama pasukan tersebut iaitu Lionel Messi kepada kelab luar yang sanggup membelinya.

Paris Saint-Germain membawa Lionel Messi ke Ligue 1

Kredit Gambar: CNBC

Kelab gergasi Perancis iaitu Paris Saint-Germain merebut peluang untuk memiliki Lionel Messi. Beliau secara rasminya akan bermain untuk PSG dan bakal memberi impak yang besar kepada PSG dan liga Perancis secara keseluruhannya.

Pengaruh Lionel Messi dalam dunia bola sepak adalah sangat luar biasa walaupun sudah berumur. Buktinya, dengan kedatangan Lionel Messi ke PSG, seramai 20 juta pengikut baru kelab tersebut diperolehi dalam tempoh tak sampai sebulan.

Lionel Messi juga telah membawa banyak hak penajaan yang membolehkan liga utama Perancis Ligue 1 mendapat tempias yang luar biasa. Pada ketika ini, Liga Perdana Inggeris merupakan liga yang paling digemari di dunia dan Ligue 1 Perancis merupakan liga yang kurang jumlah penonton disebabkan tidak kompetitif berbanding liga lain seperti di Sepanyol dan Jerman.

Oleh yang demikian, Ligue 1 digelar sebagai liga kampung oleh para peminat sukan di Eropah. Walaupun begitu, ia tidak menghalang dari Amazon untuk melabur dalam liga tersebut.

Pada bulan Julai yang lalu, Amazon telah bekerjasama dengan Ligue 1 dengan membeli hak penyiaran liga tersebut untuk dimasukkan ke dalam Amazon Prime sebelum kehadiran Lionel Messi lagi. Seperti yang kita tahu, Amazon sedang mengembangkan video streaming mereka untuk bersaing dengan Netflix dan Disney Plus.

Kredit Gambar: Fair Cute

Kehadiran Lionel Messi Bakal Melonjakkan Penonton Ligue 1 

Dengan kehadiran Lionel Messi ke Ligue1, ianya telah memberi impak yang sangat positif kepada Amazon kerana semakin ramai akan melihat Ligue 1  ini berbanding musim yang lepas disebabkan kehadiran Lionel Messi. Amazon mengenakan yuran langganan sebanyak USD12.90 sebulan kepada mana-mana pihak yang ingin menonton pertandingan Ligue 1 di Amazon Prime.

Dunia akan menyaksikan trio di bahagian serangan yang sangat berbisa. Gandingan Kylian Mbappé, Neymar dan Lionel Messi bakal memberi kesan yang positif kepada Ligue 1. Ramai yang menjangkakan kehadiran Lionel Messi di Ligue 1 ini akan memberi impak yang besar kepada liga tersebut.

Begitulah kehebatan penangan yang dibawa oleh Lionel Messi dalam dunia bola sepak. Walaupun beliau dilaporkan mempunyai kontrak yang bernilai €25 juta setahun, PSG telah pun membuat keuntungan daripada jualan jersi Lionel Messi.

Sumber Rujukan: News Beezer

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.