Cara Orang Kita Melabur Saham

Macam-macam ragam orang kita bila telah terlibat dalam pasaran saham.

Pelabur baru mahupun lama, pasti ada yang melabur cara ini. Kalau menjadi, menjadi lah. Kalau tak menjadi, meleburlah modal yang dikeluarkan untuk melabur.

Sebenarnya dengan cara orang kita melabur saham ini, kemungkinan besar mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam pelaburan saham.

Asas melabur adalah untuk mempunyai ilmu. Jangan main terjun je tiba-tiba nak campak modal untuk ‘LEBUR’.

Jom kita tengok 4 cara orang kita melabur saham. Anda tergolong dalam golongan yang mana?

1. Beli Masa Tengah Meroket (FOMO)

Ini yang selalu berlaku. Bukan sekadar pada pelabur baru, pelabur lama pun turut ada jangkitan virus ini. Asal ada orang ‘kompang’ je, korang pun terus tak nak tertinggal kapal dan beli.

Bila dah beli, barulah sedar yang saham itu sekadar biasa-biasa sahaja dan kita pula beli ketika harga berada di puncak.

2. Jual Masa Mula Jatuh (TAKUT)

Bagi pelabur yang belum bersedia, rasa takut itu akan memakan diri. Pastikan kita mempunyai trading plan dan berdisiplin dengan trading plan yang telah kita lakukan hasil daripada kajian yang telah kita laksanakan.

Nak buat kajian pula, guna teknik yang betul dan sesuai dengan cara anda melabur. Tidak bermakna, harga saham mula jatuh, harga akan terus membuat kejatuhan. Mungkin, kejatuhan itu hanya sementara dan akan membuat kenaikan semula.

3. Bila Rugi Cakap Saham Ni Tipu!

Bila dah rugi berkali-kali, kita pastinya akan berasa kecewa. Sudahnya kita akan menyalahkan pasaran saham.

Jika kita sebagai pelabur mempunyai asas ilmu saham yang betul, pasti kita faham akan keadaan pasaran saham.

Pernah tak kita membuat refleksi diri dan melihat di mana kesilapan yang telah kita lakukan?

4. ULANG BALIK NO 1

Kitaran ini akan terus berulang dan berulang tanpa noktah. Bagi mengelakkan perkara di atas berlaku, cari lah ilmu dan praktis, praktis dan praktis. Bila rugi, berhenti menyalahkan orang lain.

Selamat melabur!

Artikel ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy bersama Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Sunway Construction Catat Momentum Pendapatan Kukuh Pada Q1 FY2026 Dengan Keuntungan Bersih Meningkat 56% Kepada RM118 Juta Pada Q1 2026

Sunway City, Kuala Lumpur – Syarikat pembinaan bersepadu menegak terkemuka Malaysia, Sunway Construction Group Berhad (“Sunway Construction” atau “Kumpulan”) dengan sukacitanya mengumumkan keputusan kewangan bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 (Q1 FY2026).

Sunway Construction memulakan FY2026 dengan prestasi yang kukuh, meneruskan momentum pendapatan positif susulan prestasi mantap pada tahun kewangan sebelumnya. Kumpulan merekodkan keuntungan bersih (PATMI) sebanyak RM118.4 juta dengan hasil RM1.0 bilion, menandakan pertumbuhan kukuh tahun ke tahun sebanyak 56%, disokong oleh sumbangan lebih tinggi daripada semua segmen operasi.

Segmen Pembinaan mencatatkan hasil sebanyak RM950.6 juta pada Q1 FY2026, berbanding RM1.4 bilion pada suku pertama tahun kewangan 2025 (Q1 FY2025). Prestasi hasil yang lebih kukuh dalam suku yang sama tahun lalu terutamanya disebabkan oleh kemajuan pembinaan yang dipercepatkan bagi Projek Rapid Transit Systems (RTS) Link dan beberapa projek pusat data. Walaupun hasil yang direkodkan pada suku semasa lebih rendah, segmen ini mencatatkan peningkatan keuntungan yang memberangsangkan, dengan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) meningkat 33% tahun ke tahun kepada RM148.7 juta dan margin PBT bertambah baik kepada 15.6%.

Hasil bagi segmen Pratuang melonjak 136% kepada RM72.1 juta pada Q1 FY2026, berbanding RM30.6 juta pada Q1 FY2025. Pertumbuhan kukuh ini didorong oleh sumbangan lebih tinggi daripada projek ICPH, bersama peningkatan progresif daripada projek baharu yang diperoleh. Sehubungan itu, PBT meningkat lima kali ganda kepada RM6.0 juta sepanjang suku tersebut.

Kumpulan mengisytiharkan jumlah dividen sebanyak 22.8 sen sesaham biasa pada suku semasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026, terdiri daripada dividen interim pertama satu peringkat sebanyak 7.60 sen sesaham biasa dan dividen khas sebanyak 15.2 sen sesaham biasa.

Pengarah Urusan Sunway Construction Group, Mr. Liew Kok Wing, berkata, “Kami gembira memulakan tahun ini dengan prestasi yang kukuh, disokong oleh momentum pendapatan positif. Buku tempahan tertunggak Kumpulan yang sihat, bersama penambahan semula buku tempahan yang mantap, terus memberikan keterlihatan yang kukuh terhadap trajektori pertumbuhan pendapatan kami. Pada suku pertama 2026, Kumpulan memperoleh tempahan baharu bernilai RM3.59 bilion, mencapai lebih 50% daripada sasaran penambahan semula buku tempahan 2026 untuk tahun ini.”

Beliau turut berkongsi mengenai prospek Kumpulan, “Malaysia kini muncul dengan pantas sebagai salah satu pasaran pusat data paling dinamik di Asia Tenggara dan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi hyperscaler global. Penekanan negara terhadap percepatan peralihan tenaga dan pengukuhan ekosistem infrastruktur digital dijangka menyokong kemampanan jangka panjang pelaburan digital di Malaysia. Dalam persekitaran ini, Kumpulan terus mengukuhkan kedudukannya dalam sektor pertumbuhan utama negara, khususnya segmen Advanced Technology Facilities (“ATF”), sambil mengekalkan profil buku tempahan pembinaan yang pelbagai merentasi pelbagai sektor, termasuk projek-projek Sunway Group.”

Beliau menjelaskan lagi, “Dalam segmen ATF, Kumpulan memperoleh tiga projek pusat data baharu dan menerima operator hyperscale antarabangsa baharu sepanjang suku tersebut, sekali gus mengukuhkan lagi pangkalan pelanggan teknologi multinasionalnya. Sunway Construction telah menyiapkan lebih 180MW kapasiti pusat data setakat ini dan kini menguruskan sepuluh projek berterusan untuk pelanggan teknologi global.”

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan berkata, “Kumpulan kekal optimis secara berhati-hati terhadap prestasinya bagi baki tahun 2026, disokong oleh buku tempahan tertunggak yang sihat dan pelbagai bernilai RM8.157 bilion. Namun begitu, Kumpulan terus berwaspada terhadap perkembangan geopolitik yang berubah-ubah serta kesan limpahan daripada peningkatan kos dan gangguan rantaian bekalan.”