Sistem Peruntukan Saham Khas Bumiputera MITI Version 2.0 Membolehkan Kita Beli IPO Secara Online

Berita baik untuk semua golongan Bumiputera yang berminat nak beli IPO yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia. Kalau sebelum ini anda perlu melalui pelbagai proses apabila ingin mendapatkan kuota Bumiputera melalui peruntukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Senang cerita, permohonan IPO melalui MITI adalah sedikit leceh kerana perlu isi borang, sertakan penyata kewangan, minta bos sign (bagi pegawai kerajaan), kemudian perlu pos atau hantar sendiri ke pejabat MITI di Kuala Lumpur. Tetapi cuba tanya mereka yang dah pernah memohon melalui MITI, mesti berpeluang cerah untuk dapat IPO tersebut.

Pengguna MITI Sedia Ada Perlu Reset Kata Laluan

Bagi mereka yang telah pun mendaftar sebagai pengguna sistem MITI yang lama, anda perlu reset dulu password.

1. Log masuk lawan web MITI. Masukkan ID Pengguna (biasanya Nombor MyKad anda)

2. Klik ‘Terlupa kata laluan?’, kerana sistem baru ini anda tidak boleh guna password lama. Kemudian semak emel yang berdaftar dengan MITI, semak juga folder Spam sekiranya tidak masuk di dalam Inbox.

3. Login guna ID Pengguna & Kata Laluan di dalam emel anda. Dah berjaya masuk, perlu kemaskini dulu profil – maklumlah sistem baru kan.

Wah, siap ada fungsi Chatbot MITI lagi tu. Memang canggih Sistem Peruntukan Saham Khas Bumiputera MITI Version 2.0 yang baru dilancarkan pada 6 Disember 2021 ini.

Bila dah siap kemaskini profil, barulah boleh teruskan untuk buat permohonan IPO secara online lepas ini.

Bagi mereka yang belum mendaftar lagi, boleh rujuk Video Manual Pendaftaran Pelabur bagi Sistem Peruntukan Saham Khas Bumiputera MITI Version 2.0 di bawah ini:

Rahsia Nak Lulus IPO Dengan Mudah

Kenapa nak kena beli IPO ni? Syarikat dapat duit modal, kita pula dapat saham mereka. Macam mana kita nak buat untung? Kita jual kepada orang lain yang nak beli saham tadi.

Memang power siapa yang dapat beli IPO ni, ada yang naik beratus peratus pada hari syarikat disenaraikan.

Jika nak tahu, pada hari pertama sesuatu IPO itu disenaraikan, harga sahamnya boleh naik sehingga 400%.

Baca lagi Apa Itu Limit Up (Paras Tertinggi) Di Bursa Malaysia?

Tapi sebelum nak apply IPO ni, pastikan kita tahu rahsia nak senang lulus IPO. Patutlah ada orang asal mohon IPO je konfem dapat, kita yang tak tahu rahsianya mungkin susah sikit nak dapat.

Nak tahu rahsianya, jemput baca Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia. Tapi lepas dah tahu rahsia, jangan cerita kat orang lain pula ya.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Southern Cable Peroleh Kontrak Tambahan RM403.6 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR: Pengeluar kabel dan wayar, Southern Cable Group Bhd terus mengukuhkan aliran tempahan bagi menyokong pengembangan infrastruktur tenaga Malaysia selepas memperoleh kontrak tambahan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Syarikat dalam satu kenyataan berkata kontrak yang dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Southern Cable Sdn Bhd itu merangkumi bekalan kabel kuasa bawah tanah dan pengalir kepada Bahagian Rangkaian Pengagihan TNB.

Perjanjian berkenaan merupakan pelaksanaan opsyen tambahan di bawah kontrak asal yang diberikan pada Februari 2025, sekali gus melanjutkan tempoh bekalan selama satu tahun tambahan bermula Ogos 2026 hingga Ogos 2027.

Dengan kontrak baharu itu, jumlah tempahan dalam tangan kumpulan meningkat melebihi RM1 bilion, sekali gus memberi visibiliti pendapatan yang jelas sehingga 2027.

Pengarah Urusan Southern Cable Group Bhd, Tung Eng Hai berkata kontrak tambahan itu mencerminkan permintaan berterusan terhadap kabel kuasa serta mengesahkan keupayaan teknikal syarikat dalam memenuhi piawaian kebolehpercayaan ketat untuk grid nasional.

Beliau berkata sektor tenaga Malaysia terus mencatat pertumbuhan kukuh dipacu integrasi tenaga boleh baharu, perkembangan pesat pusat data serta pembangunan industri.

“Walaupun kami mengekalkan penghantaran konsisten bagi tempahan sedia ada, kami terus memperluas kapasiti dan portfolio produk untuk merebut peluang pertumbuhan,” katanya.

Southern Cable berkata prospek pertumbuhan jangka panjang syarikat disokong oleh inisiatif pengembangan, termasuk pengukuhan peranannya dalam pembangunan infrastruktur tenaga di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Sejak 2025, kumpulan itu telah memperoleh kontrak dengan TNB berjumlah lebih RM900 juta.

Selain itu, syarikat itu baru-baru ini memperoleh pensijilan produk bagi kabel penghantaran bawah tanah berkapasiti tinggi dengan saiz konduktor sehingga 1,600 milimeter persegi, sekali gus meningkatkan keupayaan untuk menyokong pembangunan grid masa depan.

Bagi menyokong tempahan jangka panjang, rancangan penambahan kapasiti sebanyak 5,000 kilometer menjelang akhir 2026 dijangka memperkukuh keupayaan memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.