ShopeePay Day Kembali Dengan Pulangan Tunai Menarik

Terima lebih ganjaran dengan Shopee pada ShopeePay Day yang akan berlangsung pada 1 Mac 2022. Terhad untuk satu hari, pengguna ShopeePay boleh menikmati 12% pulangan tunai syiling apabila mereka melakukan pembayaran minimum RM25 dengan ShopeePay di kedai-kedai seperti Ninjaz, Tiger Sugar, GSC, Hometown Hainan Coffee, Ninso, dan banyak lagi.

ShopeePay juga menawarkan pulangan tunai 100% bagi baucar 1 Sen ShopeePay. Baucar-baucar ini boleh didapati pada ikon ShopeePay Near Me di dalam aplikasi Shopee. Pulangan tunai 100% ini akan berlangsung buat masa terhad dari jam 12 pagi sehingga 2 pagi dan dari 12 tengah hari sehingga 2 petang pada 1 Mac 2022. Jenama-jenama yang mengambil bahagian termasuklah; CU Malaysia, Sangkaya, Black Whale, Lotus’s, MR. DIY, Econsave, Guardian, KK Mart, FamilyMart, myNEWS, Eco-Shop, MR Dollar, Hero Market, Dao Desserts, A&W, dan Dunkin Donuts.

Selain tawaran pulangan tunai, ShopeePay juga menawarkan ganjaran sehingga 39,393 syiling Shopee kepada pengguna apabila mereka menambah nilai minimum RM30 ke dalam e-dompet pada 1 Mac 2022. Tambahan, sepanjang tempoh ini, ShopeePay juga bakal memberikan potongan 50% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM5 bagi pengguna telekomunikasi untuk baucar tambah nilai dan potongan 20% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM4 bagi setiap pembayaran bil menggunakan ShopeePay.

Berita baik bagi penggemar makanan, anda juga kini boleh menikmati tawaran istimewa ShopeeFood yang kini beroperasi di Johor Bahru. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Promosi Super sehingga potongan 50% ketika melakukan pesanan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay Day 1 Mac, layari, https://shopee.com.my/m/shopeepayday.

Belum Terlambat, Masih Sempat Untuk Belajar

Ingat, pasaran saham tidak kalis rugi. Harga saham akan bergerak. Naik, turun atau duk situ saja. Namun begitu, pelaburan saham telah lama terbukti menjadi salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan. Paling penting, gunakan modal dari duit lebihan sahaja supaya tidak serabut dan kusut bila rugi.

Nak melabur saham tapi tak tahu caranya?

Dah mula melabur tapi asyik rugi?

Nak tahu cara cari saham yang boleh dibeli?

Nak tahu analisis teknikal untuk ‘entry’?

Banyak ilmu pelaburan saham turut dikongsikan secara percuma di TheKapital. Jika anda ingin mendapatkan ilmu-ilmu eksklusif berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang lebih mendalam, dapatkan ilmu tersebut di sini >> Produk TheKapital

Previous ArticleNext Article

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.