Jenis Saham Paling Untung Ketika Ramadan

Nak saham paling untung ketika Ramadan, tapi bagaimana untuk mendapatkannya?

Mendapatkan saham yang paling untung ketika Ramadan, kita harus mendekatkan diri dengan Allah SWT dan sudah tentu ianya berkaitan dengan akhirat.

Bulan Ramadan adalah bulan yang membawa berkah dan terdapat saham yang paling untung ketika ketibaan bulan Ramadan. Mungkin ada diantara kita yang terlepas pandang untuk mendapatkan saham yang paling untung ketika Ramadan. Jadi dalam entri kali ini, kami akan kongsikan jenis saham paling untung ketika Ramadan.

1. Berkongsi Ilmu Yang Bermanfaat

Penggunaan media sosial pada masa kini sememangnya mengalami peningkatan yang sangat mendadak. Penambahbaikan kualiti pada media sosial juga telah ditambah agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna. 

Jadi, untuk mendapatkan saham paling untung ketika Ramadan, mungkin anda boleh berkongsi ilmu yang bermanfaat di media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram dan sebagainya.

Antara ilmu yang boleh anda kongsikan adalah tazkirah, bacaan Al-Quran, bacaan doa harian dan sebagainya. Ingat, semakin banyak anda kongsikan ilmu yang bermanfaat di bulan Ramadhan, semakin banyaklah pahala yang anda dapat.

2. Menyediakan Juadah Berbuka Puasa

Saham paling untung seterusnya di bulan Ramadan adalah menyediakan juadah berbuka puasa. Dengan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, pasti ianya akan memberikan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT. 

Bagi anda yang tiada idea untuk berkongsikan juadah berbuka puasa, mungkin anda boleh sediakan juadah berbuka puasa kepada jiran tetangga, ahli surau, pusat jagaan anak yatim dan sebagainya.

3. Berkongsi Hidangan Ketika Sahur

Menyediakan juadah sahur untuk keluarga sememangnya satu kewajipan untuk kita yang beragama Islam walaupun sahur adalah perkara yang sunat untuk dilakukan ketika di bulan Ramadan. Untuk mendapatkan saham yang paling untung ketika Ramadan, anda juga boleh berkongsi juadah sahur untuk orang lain sebagai sedekah di bulan Ramadan. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka mungkin mengalami kesukaran untuk makan sahur dan ada juga yang tidak bersahur kerana mengalami masalah kewangan.

Bagi anda yang mempunyai rezeki yang lebih, eloklah bersedekah kepada mereka dengan berkongsi juadah sahur. Insyaallah pahala anda akan bertambah dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara Islam.

4. Berkongsi Hidangan Berbentuk Takjil

Takjil adalah  merupakan hidangan berbuka puasa yang ringan yang biasanya mempunyai rasa manis. Pengambilan hidangan berbentuk takjil ini adalah sunat untuk didahulukan semasa berbuka puasa. Jadi, sepanjang bulan Ramadan, perkongsian hidangan berbentuk takjil boleh menjadi salah satu saham paling untung ketika Ramadan. 

Anda boleh berkongsi hidangan berbentuk takjil seperti kurma, bubur, kuih muih dan sebarang jenis hidangan yang manis kepada jiran, ahli surau dan sebagainya.

5. Bersedekah Kepada Yang Memerlukan

Anda juga boleh bersedekah kepada yang memerlukan untuk mendapatkan saham paling untung ketika Ramadan. Antara sedekah yang boleh dilakukan adalah memberikan sedekah kepada anak yatim, rumah orang tua dan juga fakir miskin yang memerlukan. 

Selain itu, anda juga boleh memberikan bantuan kepada pusat tahfiz, masjid dan juga surau, insyaallah dengan niat yang baik, dosa anda akan dihapuskan oleh Allah SWT.

Kesimpulannya, saham yang paling untung ketika Ramadan adalah amalan kebaikan yang dilakukan oleh kita. Sememangnya mencari rezeki itu merupakan ibadah wajib, namun amalan kebaikan yang dilakukan juga merupakan keperluan kita di akhirat kelak. Ingatlah bahawa dunia ini hanya persinggahan yang sementara, akhirat pula kekal selamanya.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.