5 Kisah Gelandangan Akhirnya Berjaya Dan Kaya

Ada yang mengatakan bahawa asalkan gelandangan pasti akan dikaitkan dengan perkara yang tidak bermoral, namun adakah anda tahu, ada juga mereka yang hidup secara gelandangan ini mampu untuk berjaya dan kaya?

Walaupun mereka dilihat tidak mempunyai masa depan yang cerah, ada juga antara nama-nama besar pada masa kini asalnya merupakan gelandangan.

Apa yang pasti, mereka-mereka ini mampu untuk survive dan berupaya untuk mengubah kehidupan mereka yang jauh lebih baik daripada kita semua. Disini kami kongsikan 5 kisah gelandangan yang akhirnya berjaya dan kaya.

1. Mylo Kaye

Pada tahun 2007, Mylo Kaye telah dipecat dari pekerjaannya yang menyebabkan beliau kehilangan tempat tinggal. Beliau kemudiannya terpaksa tinggal di kawasan yang penuh dengan kaki dadah dan pemabuk yang sangat teruk. Cuba anda bayangkan betapa ngerinya tinggal di kawasan tersebut selama setahun, itulah yang terpaksa dilalui oleh Mylo Kaye.

Namun, segalanya telah berubah selepas beliau mengisi masa lapangnya di perpustakaan awam dan sering menggunakan komputer di sana kerana minatnya yang sangat mendalam terhadap komputer. Beliau telah menyertai kursus kolej tempatan untuk meningkatkan kemahirannya. Akhirnya, beliau lulus dengan mudah dan menyambung pelajarannya di sebuah universiti di Manchester.

Di sana, beliau bertemu dengan seorang jurusan perusahaan perniagaan bernama Jack Mason. Apa yang menariknya, mereka berdua mempunyai pemikiran yang sama untuk membina syarikat mereka sendiri. Dengan modal yang rendah, mereka mula membuat laman web untuk perniagaan kecil dan kemudian beralih kepada aplikasi mudah alih.

Kini, Kaye telah memenangi anugerah dan mempunyai perolehan tahunan melebihi USD 1.27 juta berkat usaha daripada perniagaannya. Selain itu, beliau juga aktif dalam pelbagai badan amal yang memerangi kemiskinan dan gelandangan di kawasan Manchester.

2. Dani Johnson

Gambar : Dani Johnson

Dani Johnson kehilangan tempat tinggal dan menjadi gelandangan pada usia 21 tahun. Selain itu, gaya hidupnya sangat teruk dan terlibat dengan ketagihan dadah. Namun, semuanya telah berubah ketika beliau sedar yang hidupnya akan musnah sekiranya tidak berubah.

Semasa termenung memikirkan cara untuk berubah, tiba-tiba satu idea telah datang kepadanya untuk menjual produk penurunan berat badan. Walaupun tidak mempunyai sebarang kelengkapan, beliau telah menumpang kedai arak sebagai tempat penghantaran produk tersebut. Dengan berkat kerajinannya, beliau memperolehi keuntungan sebanyak USD250,000 pada tahun pertamanya dan menjadi jutawan pada tahun berikutnya. 

Pada tahun 1996, beliau telah menjual perniagaan tersebut setelah mempunyai 18 pusat penurunan berat badan. Kini, beliau menjalankan 5 buah syarikat miliknya dan memberi bantuan kepada badan amal yang memerlukan.

3. Linda Singh

Gambar : Wikipedia

Kehidupan awal Linda Singh sangatlah sukar. Pada usia 15 tahun, beliau dihalau keluar dari rumah oleh ibu bapanya. Bagi menampung kehidupannya untuk belajar, beliau terpaksa bekerja di sebuah restoran. Namun, kehidupannya semakin teruk selepas majikannya tidak membayar gaji yang mencukupi sehingga beliau terpaksa berhenti sekolah dan kehilangan tempat tinggal.

Beliau telah menyertai tentera Amerika Syarikat untuk mengubah hidupnya. Selepas 30 tahun berada dalam bidang ketenteraan, ia berjaya mengubah hidupnya. Linda Singh juga bekerja sambilan dalam sebuah syarikat perunding, Fortune 500 Accenture sebagai Pengarah Pengurusan.

4. John Paul DeJoria

Gambar : Wikipedia

John Paul DeJoria adalah seorang gelandangan yang tinggal di kaki lima. Beliau hanya menjual kad krismas bagi menyara hidupnya untuk mendapatkan sesuap makanan. Selepas beberapa ketika menjual kad krismas, beliau telah menjual produk syampu. 

Pada tahun 1980, DeJoria dan rakan telah menubuhkan sebuah syarikat, John Paul Mitchell Systems dengan hanya bermodalkan USD700. Mereka mula menjaja produk mereka di seluruh salon. Pada 1989, rakan kongsinya telah meninggal dunia dan DeJoria bertanggungjawab ke atas syarikat tersebut sepenuhnya.

Kini, John Paul Mitchell masih menjalankan perniagaan miliknya yang mempunyai anggaran nilai bersih melebihi USD 3 bilion yang datang daripada Patrón Tequila, sebuah syarikat yang turut diasaskan oleh DeJoria.

5.  Chris Pratt

Gambar : Wikipedia

Sebut sahaja Chris Pratt, pasti ramai yang mengenali pelakon Hollywood ini. Asalnya, beliau juga merupakan seorang gelandangan yang tinggal di dalam sebuah van di Maui, Hawaii pada usia 19 tahun. Namun hidupnya telah berubah selepas menerima tawaran berlakon dalam sitkom televisyen.

Namanya semakin terkenal selepas membintangi beberapa filem besar seperti Avengers, Jurassic Park dan sebagainya.

Akhir kata, kehidupan 5 individu di atas menjadi berjaya dan kaya setelah satu titik perubahan berlaku dalam kehidupan mereka. Jadi, bagi anda di luar sana, untuk menjadi seorang yang berjaya mungkin memerlukan perubahan dan usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa. Insan yang berjaya adalah mereka yang sering membaiki diri mereka ke arah yang lebih baik.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.