Pembayaran Tanpa Tunai Adalah Masa Depan Warga Sekinchan

SEKINCHAN, 2 Sept (Bernama) — Hong Leong Bank Bhd (HLB) bekerjasama dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) untuk melancarkan ‘Projek Kampung Tanpa Tunai’ pertama Malaysia di Sekinchan, Selangor.

Projek tersebut menjadikan Sekinchan sebagai kawasan luar bandar pertama yang boleh melaksanakan sebarang pembayaran tanpa wang tunai dan tanpa sentuhan.

HLB berkata ia bertujuan untuk menjayakan keterangkuman kewangan di bandar kecil itu dengan memastikan penduduk Sekinchan mendapat akses sepenuhnya kepada kemudahan dan perkhidmatan perbankan sambil memperkasakan 800 pemilik perniagaan kecil untuk mendigitalkan perniagaan mereka.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Domenic Fuda berkata, langkah untuk mengubah Sekinchan menjadi kampung tanpa tunai pertama di Malaysia adalah selaras dengan strategi bank iaitu ‘Digital at the Core’ dan nilai alam sekitar, sosial dan tadbir urusnya bagi memacu keterangkuman digital dan kewangan dalam komuniti.

Projek ini bertujuan untuk merapatkan jurang di antara bandar dengan luar bandar dari segi penerimaan pembayaran tanpa tunai.

“Memandangkan Sekinchan adalah sebuah bandar kecil dan menjadi destinasi kegemaran dalam kalangan pelancong, saya menyokong sepenuhnya penggunaan transaksi tanpa tunai kerana kebanyakan pelancong lebih suka pembayaran tanpa tunai dan ini pada akhirnya membantu meningkatkan ekonomi tempatan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri, Ng Suee Lim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan media ke Sekinchan baru-baru ini, yang mana ahli media dapat menyaksikan dengan lebih dekat usaha untuk mengubah perkampungan nelayan terkenal itu menjadi ‘kampung tanpa tunai’.

Sementara itu, seorang penjual nasi lemak, A Jamal A Jalil, 66, yang telah berniaga di Sekinchan selama lebih 40 tahun berkata, sistem pembayaran tanpa tunai adalah lebih mudah kerana dia tidak perlu menyediakan wang pertukaran seperti sebelum ini. 

Selain daripada golongan peniaga, penerima faedah luar biasa bagi ‘Projek Kampung Tanpa Tunai’ ialah Kuil Na Tuk Gong Sekinchan.

Pengerusinya, Chia O Peng, 61, memberitahu Bernama bahawa pilihan pembayaran tanpa tunai menjadikannya jauh lebih mudah bagi penderma dan juga pengunjung untuk menderma di kuil itu.

“Peti derma kami pernah dicuri dari kuil sebelum ini, dan perkara baik tentang pembayaran tanpa tunai ialah derma yang kami peroleh daripada orang ramai tidak boleh lagi dicuri,” katanya.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/pembayaran-tanpa-tunai-adalah-masa-depan-warga-sekinchan/

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.