Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Ogos 2022

Momentum kenaikan daripada bulan Julai dilihat sedikit sukar untuk diteruskan. Ini kerana pasaran saham dunia kebelakangan ini dilihat dalam keadaan tidak menentu.

Walaupun secara keseluruhan indeks pasaran saham tempatan mencatatkan kenaikan, namun masih ada kaunter yang rugi besar pada bulan Ogos ini.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Ogos tahun 2022. Senarai saham paling rugi untuk bulan Ogos tahun 2022 adalah seperti berikut:-

Sumber: TradingView

1. Jade Marvel Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Jade Marvel Group Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Ogos 2022 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 39.88% dalam tempoh sebulan dagangan.

Kejatuhan paling teruk pada sesi akhir dagangan bulan Ogos apabila kaunter ini membuat limit down pada hari tersebut.

2. Ivory Properties Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Ivory Properties Berhad pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan Ogos 2022 dengan kejatuhan harga sebanyak 38.89%.

3. Zen Tech International Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah kaunter syarikat Zen Tech International Berhad dengan kejatuhan sebanyak 37.50% dalam tempoh satu bulan dagangan.

4. Dnonce Technology Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Dnonce Technology Bhd berada di tangga keempat untuk kaunter saham paling rugi sepanjang bulan Ogos 2022 dengan kejatuhan sebanyak 34.38%.

5. Meridian Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat Meridian Berhad yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 33.33% untuk tempoh sebulan pada Ogos 2022.

6. Msian Genomics Res Centre Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah kaunter saham syarikat MSia Genomics Res Centre Bhd dengan kejatuhan sebanyak 29.33% dalam tempoh sebulan dagangan.

7. FSBM Holdings Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat ketujuh adalah kaunter saham syarikat FSBM Holdings Bhd yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 25.93% dalam tempoh sebulan dagangan pada Ogos 2022.

8. Hong Seng Consolidated Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat Hong Seng Consolidated Berhad pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan Ogos 2022 dengan penurunan sebanyak 23.58%.

9. BSL Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

BSL Corporation Berhad merupakan kaunter saham kesembilan paling rugi pada bulan Ogos 2022 dengan kejatuhan sebanyak 20.00%.

10. Bintai Kinden Corporation Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah kaunter daripada syarikat Bintai Kinden Corporation Bhd dengan penurunan sebanyak 20.00% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Ogos 2022.

Kejatuhan Saham Paling Rugi Ogos 2022 Melebihi 20%.

Jika kita perhatian jumlah peratusan kejatuhan saham-saham paling rugi bulan Ogos ini semuanya melebihi 20% kejatuhan. 

Kejatuhan saham-saham bulan Ogos ini dilihat lebih besar berbanding pada bulan sebelumnya.

Kepada pelabur dan perdagang semua, semoga anda dielakkan daripada kerugian yang sia-sia. Selamat melabur.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

PNB Institusi Pelaburan Keempat Terbaik Global Dalam Skor GSR

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatat pencapaian baharu apabila menduduki tempat keempat terbaik di peringkat global dalam Papan Skor Governance, Sustainability and Resilience (GSR) 2026 yang diterbitkan oleh Global SWF.

PNB turut mengekalkan kedudukan sebagai institusi pelaburan milik negara dengan penarafan tertinggi di Malaysia dalam penilaian yang membabitkan lebih 200 institusi pelaburan milik kerajaan di seluruh dunia.

Dalam penarafan itu, PNB memperoleh markah keseluruhan 88 peratus, merangkumi 90 peratus bagi tadbir urus, 100 peratus untuk kelestarian dan 60 peratus bagi aspek daya tahan.

Pencapaian berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan ke-17 yang direkodkan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan usaha berterusan organisasi memperkukuh tadbir urus serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Menurut PNB, skor penuh bagi komponen kelestarian diberikan berdasarkan kekuatan rangka kerja tadbir urus, ketelusan pendedahan maklumat, komitmen terhadap agenda iklim dan penerapan pertimbangan kelestarian dalam aktiviti pelaburan.

PNB juga memaklumkan bahawa pihaknya memperbaharui Rangka Kerja Kelestarian dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik iaitu Kelestarian Organisasi, Kepengurusan Bertanggungjawab dan Pembangunan Negara.

Selain itu, antara faktor yang menyokong pencapaian itu ialah kejayaan memenuhi sasaran Perusahaan Sifar Bersih bagi pelepasan Skop 1 dan Skop 2 pada 2025 serta usaha memperkukuh aspirasi Portfolio Sifar Bersih menjelang 2050.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata peningkatan daripada tangga ke-17 kepada tangga keempat global dalam tempoh setahun mencerminkan usaha kolektif organisasi memperkukuh tadbir urus dan daya tahan institusi.

“Pencapaian ini mencerminkan kemajuan yang telah kami capai dalam memperkukuh tadbir urus, menerapkan amalan yang bertanggungjawab dan membina organisasi yang lebih berdaya tahan.

“Pencapaian skor kelestarian sempurna ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada PNB kerana ia mencerminkan komitmen dan usaha berterusan kami untuk mengintegrasikan pertimbangan kelestarian ke dalam cara kami beroperasi, melabur dan melaksanakan kepengurusan.

“Menerusi Rangka Kerja Kelestarian yang telah diperbaharui, kami terus memperkukuh pendekatan yang lebih holistik, berteraskan kelestarian organisasi, kepengurusan bertanggungjawab dan pembangunan negara,” katanya.

— Berita Harian