Ini Bahana Judi Bola Yang Anda Kena Tahu

Bila sebut bola sepak, boleh dikatakan semua orang tahu pasal sukan ini. Sekarang kita dah tak kena kuarantin, maka orang mula kembali bersesak tengok World Cup di kedai mamak. Dari sinilah ada yang ambil kesempatan untuk jadikan perlawanan (game) ini sebagai medium pertaruhan.

Asalnya orang terjebak dengan judi bola ini sebab suka-suka, walaupun tahu ia adalah haram. Ada juga orang yang main judi ini sebab dia nampak keuntungan berlipat kali ganda. Tak kisah halal haram. Contohnya, dalam satu kumpulan tu ada 20 orang, setiap sorang bet untuk RM50. Kalau salah sorang daripada lima orang ini dapat keseluruhan duit yang terkumpul, dari situ sahaja dah boleh dapat RM1,000.

Itu baru satu game. Kalau dua game? Dah dapat RM2,000. Tapi, itu cerita kalau menang. Kalau kalah, lagi berlipat kali ganda kesan kerugian yang anda kena tanggung. Jadi, kepada yang gatal nak berjinak-jinak, ini perkara yang anda kena tahu sebelum terperangkap dengan judi bola.

Apa Itu Judi Bola?

Gambar: Twitter @MyFanJago

Sumber: Sapa Malaysia

Dulu-dulu, orang selalu panggil judi bola dengan istilah tikam bola. Selalunya, judi bola ni bermula dengan pengaruh kawan-kawan. Terutamanya bila ada game bola yang popular seperti Piala Dunia, EPL, Liga Super Malaysia, Piala Asia.

Orang yang akan dicari untuk urusan pertaruhan adalah “bookie”. Bookie ni yang akan buat tawaran untuk pertaruhan dalam game bola itu. Contoh pertaruhan yang biasa dibuat:

  • Pertaruhan 1×2 
  • Totals Over Under
  • Skor Separuh Masa 
  • Skor Yang Betul (Correct Score)
  • Penjaring gol pertama/terakhir 
  • Pertaruhan keputusan perlawanan
judi bola

Zaman sekarang lagi advanced, siap hantar tawaran judi guna SMS, Telegram dan segala rangkaian media sosial yang ada.

Ramai yang terjebak cuma fikirkan nak dapat untung dengan senang. Hinggakan sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk benda yang belum tentu dapat.

Sebab itu ada yang sampai berhutang dengan ah long semata-mata nak lampiaskan nafsu judi mereka. Sekali cuba mana nak cukup, kan? Tapi anda kena ingat, langit tak selalunya cerah.
 

Hukuman Main Judi Bola

loanstreet-judi-bola

Kesalahan Judi dalam Undang-Undang Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Di bawah Akta 559, pada seksyen 18 memperuntukkan:

Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan bila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”

loanstreet-judi-bola
Gambar: Sinar Harian

Dalam seksyen ini, “rumah judi” ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup, yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran kemahiran dan nasib, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapatkan wang atau nilai wang.

 Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953:

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, dan boleh juga dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun”

“Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953:
Yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 jika sabit kesalahan.”

Sebaliknya, jika anda didapati bersubahat menyediakan tempat untuk berjudi, PDRM dengan kerjasama syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat bekalan air akan bertindak drastik dengan memotong bekalan elektrik dan air terhadap premis yang digunakan.

Masa inilah anda akan rasa, betapa peritnya azab untuk bayar denda sebab poket duit sendiri tadi sudah habis licin buat main judi bola. Bila dah terbeban, anda berkemungkinan akan mengalami gangguan mental yang boleh menyebabkan kemurungan atau lagi teruk bunuh diri!
 

Kalau Terjebak Dengan Judi Bola, Macam Mana?

Sekiranya ada yang terjebak dengan judi bola dan dibelenggu dengan masalah hutang keliling pinggang, anda boleh berjumpa dengan badan bertauliah atau organisasi bukan kerajaan (NGO), contohnya macam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Jangan salah faham pula, walaupun nama organisasi macam itu, mereka akan tolong tak kira bangsa atau agama.

Selain dari tu, bagi yang memang dah ketagih teruk dengan judi bola, anda boleh berjumpa dengan pakar psikologi untuk bincangkan masalah ini.

Tiada apa pun yang nak dimalukan sebab kita semua buat silap. Jangan risau, ruang untuk perbetulkan kesilapan itu sentiasa ada. Diharapkan dengan ilmu yang kami kongsikan, sedikit sebanyak dapat membuka mata anda tentang buruknya kesan judi bola ini.

*Artikel ini diolah semula dari artikel “CHUP! Ni Bahana Judi Bola yang Korang Kena Tahu” yang diterbitkan kali pertama di loanstreet.com.my. Artikel di atas bertujuan untuk memberi pendidikan dan maklumat sahaja. Majalah Labur tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Previous ArticleNext Article

Hyundai Motor Malaysia Pratonton ‘Wehicle’ Keluarga Baharu Hyundai STARGAZER di KLIMS 2026, Kini Dibuka Untuk Tempahan

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2026 – Hyundai Motor Malaysia (HMY) menyuntik keterujaan baharu ke dalam Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2026 yang sedang berlangsung menerusi pratonton eksklusif pertengahan acara bagi Hyundai STARGAZER yang dinanti-nantikan. Sebagai pratonton awam untuk tempoh terhad, pameran khas ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri perkembangan rangkaian mobiliti Hyundai serta hala tuju produk masa depan yang progresif untuk pasaran Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada naratif pertumbuhan HMY selepas penubuhannya sebagai subsidiari langsung, pengenalan Hyundai STARGAZER baharu mengukuhkan komitmen jenama tersebut dalam menawarkan kenderaan yang versatil, inovatif dan berorientasikan gaya hidup yang memenuhi keperluan pengguna tempatan.

Pratonton di KLIMS 2026 ini menyerlahkan keupayaan Hyundai untuk mempelbagaikan portfolio tempatan dengan pantas, daripada kenderaan elektrik berprestasi tinggi kepada kenderaan keluarga serba guna, sekali gus memastikan terdapat sebuah kenderaan Hyundai premium dan inovatif yang sesuai untuk setiap fasa kehidupan rakyat Malaysia.

“Hyundai STARGAZER baharu ialah apa yang kami panggil sebagai sebuah ‘Wehicle’,” kata Puan Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia. “Ia bukan sekadar sebuah kereta, tetapi tentang orang yang berada di dalam dan di sekelilingnya. Kami percaya bahawa ‘WE’ dalam ‘WEhicle’ adalah bahagian yang paling penting. Oleh sebab ‘WE’ itu penting, Hyundai mereka bentuk kenderaan ini sebagai teman perjalanan yang pintar dan melindungi keluarga moden di Malaysia. Hyundai STARGAZER baharu menawarkan kelebihan dari segi keselamatan, teknologi dan kemudahan untuk setiap ahli keluarga.”

Rangkaian Produk Yang Semakin Berkembang

STARGAZER baharu yang bakal dilancarkan dijangka memperkukuh lagi landskap mobiliti keluarga di Malaysia. Direka dengan penekanan terhadap penggunaan ruang yang selesa, reka bentuk futuristik, kepraktisan harian dan teknologi pintar, ia dibangunkan sebagai teman gaya hidup ideal untuk perjalanan jauh, perjalanan harian dan aktiviti keluarga.

Dibina Untuk Keluarga Malaysia

Hyundai STARGAZER baharu tampil berbeza daripada reka bentuk konvensional dengan siluet aerodinamik yang moden serta lampu LED penuh berbentuk “H” di bahagian belakang yang menjadi identiti Hyundai.

Bagi memenuhi citarasa keluarga muda yang mahukan penampilan lebih berani, HMY turut memperkenalkan varian STARGAZER X di KLIMS. Varian berinspirasikan SUV ini dilengkapi bampar sporty, spoiler belakang sporty, overfender dan elemen penjenamaan berwarna hitam.

Di bahagian dalaman, kabin tiga baris tempat duduk direka sebagai ruang yang luas dan selesa untuk kehidupan keluarga moden, bukan sekadar kenderaan penumpang biasa. Ia menawarkan kemudahan premium menerusi teknologi yang mudah diakses dan mesra gaya hidup, termasuk paparan digital sehingga 10.25 inci, pengecas peranti tanpa wayar serta meja lipat terbina pada belakang tempat duduk untuk keselesaan penumpang.

Dikuasakan oleh enjin Smartstream 1.5 liter bersama transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT) yang lancar, kenderaan ini mengutamakan keselamatan keluarga melalui pakej bantuan pemanduan Hyundai SmartSense ADAS, yang menawarkan ciri-ciri seperti Smart Cruise Control dengan fungsi Stop & Go.

Hyundai STARGAZER baharu juga akan hadir dengan jaminan yang mengubah landskap segmennya iaitu jaminan 8 tahun atau 160,000 kilometer.

Pratonton Eksklusif di MITEC

Pratonton Hyundai STARGAZER baharu merupakan antara tarikan utama KLIMS 2026 yang berlangsung dari 11 hingga 21 Jun 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Hyundai STARGAZER baharu kini dibuka untuk tempahan dengan tiga pilihan varian dan anggaran harga seperti berikut:

  • Style 7 tempat duduk: RM99,XXX
  • Prime 7 tempat duduk: RM109,XXX
  • X 6 tempat duduk: RM121,XXX

Pengunjung juga boleh memandu uji “WEhicle” terbaharu Hyundai ini bermula 16 Jun 2026 serta membuat tempahan terus di acara tersebut.

Pameran khas ini memberikan satu lagi sebab menarik untuk pembeli kereta dan keluarga mengunjungi pameran tersebut serta melihat sendiri Hyundai STARGAZER baharu dari dekat sebelum ia membuat kemunculan rasmi di bilik pameran dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hyundai.com/my/en