Krisis Beras: Dunia Mengalami Gangguan Bekalan Beras Yang Kritikal

Untuk memahami krisis ini dengan lebih menyeluruh kita perlu faham mengenai keadaan geopolitik yang berlaku sekarang. Sejak perang antara Ukraine dan Rusia, dunia mengalami gangguan bekalan yang sangat meruncing kerana Ukraine dan Rusia merupakan antara pengeluar bahan asas makanan kepada penduduk dunia. Sejak Rusia mengumumkan sekatan ke atas pelabuhan Odesa di Ukraine, banyak negara yang memerlukan bahan seperti gandum terkesan. Bekalan makanan kepada negara-negara miskin di Afrika juga terputus.

Pelabuhan Odesa

Apabila gandum yang merupakan bahan asas makanan terjejas penduduk dunia mula mencari alternatif lain untuk meneruskan kehidupan. Perkara ini telah meletakan beras sebagai pilihan utama semua. India sebagai pengeluar beras terbesar juga mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan kadar eksport mereka sebanyak 40% untuk memastikan penduduk India terjamin dengan bekalan makanan.

Apabila India mengurangkan kadar eksport mereka, bekalan beras dunia berlaku renjatan dan berlaku peningkatan harga purata beras dunia. Melihat kepada keadaan domestik pula, Malaysia hanya mampu menyediakan 70% keperluan beras dalam negara manakala mengimport 30% beras daripada Thailand dan Vietnam. Krisis beras di Malaysia juga disebabkan isu penipuan dalam label beras tempatan dan import. Apabila kekurangan beras import, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengubah label beras tempatan kepada beras import. Hal ini menyebabkan stok beras tempatan hampir tiada di kebanyakan pasar raya di Malaysia.

Gambar: malaysiaaktif

Harga Purata Beras Dunia

Harga purata beras dunia kini telah mencapai RM8.6 per kg. Malaysia berada dalam negara pengimport dengan harga yang paling murah iaitu RM2.6 per kg. Negara pengimport beras terbesar seperti Singapura telah mencapai harga RM12 per kg. 

Data dari Indonesia lebih jelas kerana dalam datu kajian yang dilakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat penyusutan yang jelas dalam kadar pengeluaran beras di Indonesia. Indonesia menghasil hampir 55 juta tan metrik beras pada tahun yang lepas dan mereka hanya mengimport 5% beras mereka kepada luar negara.

Kadar Pengeluaran Beras Di Indonesia Juga Surut

Butang panik telah dibunyikan di Indonesia beberapa hari yang lalu kerana bukan saja terdapat penyusutan pada kadar pengeluaran beras di sana tetapi Indonesia juga gagal dalam mencapai tahap simpanan beras untuk sara diri negara. Indonesia meletakan nilai 2.4 juta tan sebagai paras terendah mereka untuk meyimpan beras.

Manakala Malaysia hanya meletakan nilai 0.29 juta tan. Stok beras yang ada di Malaysia hanya mampu untuk bertahan selama 7-8 bulan. Pada waktu ini, Indonesia memerlukan 700,000 tan metrik untuk memastikan stok penimbal sara diri negara berada dalam keadaan baik.

Thailand Umum Kenaikan Harga Beras Mendadak

Apabila Thailand yang merupakan pengeluar beras kedua terbesar mengumumkan kenaikan mendadak harga beras pada bulan lepas dari RM2350 per tan metrik kepada RM 3200 per tan metrik. Hal ini telah menyebabkan perebutan stok beras yang ada di pasaran. 

Perubahan Iklim Dunia

Perubahan iklim juga menyumbang kepada penyusutan hasil keluaran beras di seluruh dunia terutama negara-negara di Asia Tenggara yang berada pada garisan khatulistiwa. Satu kajian dalam Malaysia menunjukkan sejak tahun 2017, Malaysia menggunakan 700,000 hektar kawasan untuk penanaman padi. Sejak 2017, data menunjukan setiap tahun Malaysia kehilangan lebih 50,000 hektar disebab hujan dan banjir yang melanda negara.

Banyak perkara yang menyumbang kepada krisis beras di Malaysia. Perhatian yang serius perlu diberikan oleh semua pihak agar kita lebih peka dan melihat isu ini secara menyeluruh. Usaha untuk menyelesaikan isu ini perlu dititik beratkan supaya kita lebih bersedia di masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Setia Awan Jalin Kerjasama Strategik Bersama Jenama Runcit serta Makanan & Minuman Terkemuka Sempena Pelancaran Pusat Membeli-Belah Komuniti Pertama Di Bukit Ampang Permai

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah terkemuka, Setia Awan, hari ini secara rasmi telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) penting bersama sekumpulan rakan kongsi runcit dan gaya hidup. Majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Galeri Jualan Fona Vista itu melakar detik penting dalam pembangunan keseluruhan komuniti Bukit Ampang Permai, sekali gus memastikan bakal penduduk Fona Vista mendapat akses kepada kemudahan serta perkhidmatan premium di ambang pintu mereka.

Kolaborasi strategik ini menghimpunkan tujuh jenama terkemuka yang merangkumi sektor barangan runcit, penjagaan kesihatan, dan kuliner. Rakan-rakan kongsi ini termasuk B Grocer, Haji Basheer, CU Malaysia, Little Salty Café, Malaysia Chicken Rice (MCR), danAlpro Pharmacy. Pemilihan rakan kongsi yang dikuras dengan teliti ini mencerminkan komitmen Setia Awan dalam membina komuniti holistik yang mengutamakan keselesaan, kesihatan, dan kualiti hidup.

MoU ini menandakan hasrat bersama untuk menyepadukan jenama-jenama berkenaan ke dalam komponen komersial Avenue F yang bakal menyusul, iaitu pusat membeli-belah komuniti yang pertama di Bukit Ampang Permai. Pembangunan yang disasarkan siap menjelang Suku Ketiga (Q3) 2027 ini akan mewujudkan sebuah hab sosial yang rancak bagi komuniti Bukit Ampang Permai.

Melangkah ke hadapan, Setia Awan menyasarkan untuk membawa masuk gabungan pelbagai penyewa tambahan yang menarik bagi meningkatkan lagi kerancakan pusat membeli-belah tersebut serta memenuhi keperluan komuniti yang sentiasa berkembang.

“Majlis menandatangani perjanjian hari ini adalah lebih daripada sekadar pengaturan perniagaan; ia adalah satu langkah penting dalam menunaikan janji kami untuk mencipta nilai jangka masa panjang buat pemilik rumah kami,” kata Eric Chew, Ketua Pegawai Operasi – Projek, Setia Awan. “Melalui perkongsian dengan nama-nama terkemuka dan dipercayai seperti rakan kongsi kami hari ini kami memastikan gaya hidup di Bukit Ampang Permai adalah lancar dan sofistikated. Sambil itu kami terus mengalu-alukan lebih banyak jenama untuk menyertai kami, Avenue F benar-benar akan mentakrifkan semula keselesaan pinggir bandar dan kehidupan komuniti.”

Fona Vista merupakan projek kondominium lereng bukit bergaya pusat peranginan berkepadatan rendah yang terletak 145 meter di atas paras laut. Bersebelahan dengan Hutan Simpan Hulu Langat, ia menawarkan pemandangan hutan yang panoramik serta udara segar yang lebih nyaman, namun tetap berdekatan dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Selaras dengan strategi pertumbuhan agresif ini, Setia Awan juga baru-baru ini telah menandatangani perjanjian dengan Kumpulan Billion untuk dua projeknya di Melaka, sekali gus menawarkan kemudahan pilihan barangan runcit yang berkualiti kepada bakal penduduk. Momentum kolaborasi ini dijangka akan diperluaskan ke beberapa pembangunan akan datang di seluruh Lembah Klang, termasuk projek di Selayang dan Shah Alam, serta Tanjung Malim.

Untuk maklumat lanjut tentang Fona Vista, sila layari: fonavista.com.my. Untuk maklumat lanjut tentang Setia Awan, sila layari: setiaawan.com.