Pelaburan Kegemaran Rakyat Malaysia, Ini Prestasi Harga Emas 5 Tahun Terkini

“Pelaburan yang paling selamat adalah pelaburan emas”.

Emas, merupakan instrumen simpanan atau pelaburan yang popular sejak zaman nenek moyang kita lagi. Sampai hari ini, bangsa kita sangat sinonim dengan pelaburan atau simpanan emas untuk kegunaan masa hadapan. 

Namun, disebabkan hal ini juga ramai yang terpedaya dengan pelaburan palsu yang menggunakan emas sebagai alat memancing mangsa. Hairannya, rakyat kita masih mudah tertipu dengan pelaburan emas palsu.

Mengapa kita mudah tertipu dengan pelaburan emas? Sebab kita tidak faham. Apa mitos yang disampaikan nenek moyang kita, percaya bulat-bulat tanpa usul periksa. 

Betul Ke Harga Emas Sentiasa Naik Tidak Akan Turun?

Sebagai orang awam yang cetek ilmu pengetahuan, mungkin kita percaya dengan cerita ejen-ejen bahawa harga emas akan sentiasa naik dan tidak akan turun. 

Hakikatnya, emas ini adalah komoditi dan harga emas ini juga bergantung kepada penawaran dan permintaan (supply and demand). Sama macam pelaburan yang lain. Ada masa harga dia naik, ada masa dia jatuh disebabkan pelbagai faktor. 

Sekarang kita tahu bahawa harga emas ini juga ada turun naiknya, jom kita lihat prestasi harga emas untuk lima tahun terkini. Kita mulakan dengan melihat prestasi harga emas secara tahunan bermula pada tahun 2019. 

Prestasi Harga Emas Tahun 2019

Sumber:TradingView

Pada 1 Januari 2019, harga emas dibuka pada paras USD1,282.20 untuk setiap Auns. Pada akhir tahun 2019, harga emas ditutup pada paras USD1,517.18 setiap Auns. Untuk tempoh satu tahun, harga emas ini naik sekitar 18.30%. 

Boleh tahan, kita lihat prestasi untuk tahun seterusnya pula. 

Prestasi Harga Emas Tahun 2020

Sumber:TradingView

Harga pada awal 2020 adalah pada paras USD1,517.70 satu Auns dan menutup tirai pada tahun 2020 pada paras USD1,897.90 satu Auns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 25.05%.

Lagi dasyat daripada tahun 2019, jom kita lihat tahun seterusnya.

Prestasi Harga Emas Tahun 2021

Sumber:TradingView

Harga dibuka pada tahun 2021 adalah pada paras USD1,898.07 per Auns. Kali ini harga ditutup lebih rendah di akhir tahun pada paras USD1,829.24 per Auns. Jatuh sebanyak 3.63%. 

Fuh, ingatkan naik takkan jatuh harga emas ni. Jom lihat tahun berikutnya. 

Prestasi Harga Emas Tahun 2022

Sumber:TradingView

Harga emas pada awal Januari 2022 adalah pada paras USD1,801.10 satu Auns dan ditutup pada hujung Disember 2022 pada paras USD1,822.79 satu Auns. Perubahan harga sekitar 1.20%.

Nak kata naik sikit sangat, nak kata jatuh tidak. Baik jom lihat prestasi tahun seterusnya. 

Prestasi Harga Emas Tahun 2023

Sumber:TradingView

Untuk tahun 2023, harga dibuka pada paras USD1,823.58 satu Auns dan ditutup pada paras USD2,062.68 satu Auns. Harga emas pada tahun 2023 naik sebanyak 13.11%.

Baik, kita dah lihat prestatsi harga emas setiap tahun sejak tahun 2019, sekarang mari kita lihat prestasi harga emas dalam tempoh 5 tahun. Naik atau menurun?

Prestasi Harga Emas Dari Tahun 2019 Hingga Tahun 2023

Sumber:TradingView

Harga emas pada awal Januari 2019 adalah pada paras USD1,282.20 satu Auns dan pada hujung tahun 2023 harga emas ini berada pada paras USD2,062.68 satu Auns. 

Untuk tempoh 5 tahun, harga emas telah naik sebanyak 60.87%. Banyak juga jika kita tidak masukkan spread harga jual beli emas ini. 

Prestasi Emas Dalam Ringgit Untuk Lima Tahun Terkini

Lepas lihat carta dan harga di atas, bukan semua faham harga dalam bentuk Auns kan. Jangan risau, kami sertakan sekali harga dalam Ringgit untuk satu gram emas sepanjang 5 tahun terkini.

Prestasi dari awal tahun 2019 hingga awal tahun 2024, harga emas telah naik sekitar 55% untuk tempoh lima tahun terkini.

Beli Emas, Mesti Kena Dapat Emas

Sama dengan mana-mana pelaburan, bila kita beli kita mesti dapat apa yang kita beli. Jangan terpedaya dengan skim pelaburan emas jika kita sendiri tidak faham apa yang kita laburkan. 

Inagat, beli emas mesti dapat emas. Tak semestinya diterima dalam tangan tetapi emas tersebut ada disimpan di mana-mana peti besi yang boleh disahkan oleh pihak berautoriti.

Baca juga Pelaburan Emas, Sesuai Untuk Anda Atau Tidak?

Penafian: Perbincangan mengenai emas dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau pelaburan yang diperibadikan. Pelaburan emas – sama ada dalam bentuk emas fizikal, akaun emas, ETF atau dana berkaitan emas – tertakluk kepada risiko pasaran dan turun naik harga. Nilai pelaburan anda boleh naik dan boleh juga turun, dan sebarang pulangan tidak dijamin. Sebelum melabur, pembaca digalakkan memahami struktur produk, kos terlibat (spread, caj pengurusan, caj jual beli) dan mendapatkan nasihat daripada pihak berlesen jika perlu.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

5 Faktor Harga Emas Boleh Terus Jatuh

Ramai orang melihat emas sebagai aset yang sentiasa selamat dan nilainya hanya akan meningkat dari masa ke masa. Persepsi ini menyebabkan ramai menganggap emas sebagai “simpanan kebal” yang tidak terkesan dengan keadaan ekonomi.

Namun hakikatnya, harga emas tetap bergerak mengikut kitaran pasaran dan boleh jatuh untuk tempoh yang panjang jika faktor-faktor tertentu berlaku serentak.

USD Menguat Akan Tekan Harga Emas

Harga emas mempunyai ‘hubungan songsang’ dengan kekuatan dolar Amerika Syarikat. Apabila USD mengukuh, emas menjadi lebih mahal kepada pelabur di luar Amerika, sekali gus mengurangkan permintaan global. Dalam keadaan ini, tekanan jualan akan meningkat dan harga emas boleh menurun.

Sebagai contoh, apabila nilai USD meningkat dengan ketara berbanding ringgit Malaysia, pelabur tempatan mungkin melihat harga emas dalam USD tidak banyak berubah, tetapi dari sudut global, permintaan semakin lemah. Situasi ini pernah berlaku apabila USD berada dalam fasa pengukuhan agresif, menyebabkan harga emas global bergerak mendatar atau menurun walaupun sentimen terhadap emas masih positif.

Kadar Faedah Tinggi Kurangkan Tarikan Emas

Emas tidak memberikan sebarang pulangan berkala seperti dividen atau faedah. Oleh itu, apabila kadar faedah meningkat, pelabur akan mula beralih kepada instrumen yang menawarkan pulangan tetap dan lebih stabil. Ini menjadikan emas kurang menarik dalam persekitaran kadar faedah tinggi.

Sebagai contoh, ketika kadar faedah meningkat dan bank menawarkan pulangan simpanan tetap sekitar 4 hingga 5 peratus setahun, pelabur konservatif mungkin memilih untuk mengunci pulangan tersebut berbanding memegang emas yang tidak memberikan sebarang aliran tunai. Peralihan ini secara berperingkat akan mengurangkan permintaan terhadap emas dan memberi tekanan kepada harganya.

Ekonomi Stabil Kurangkan Keperluan “Safe Haven”

Emas biasanya mendapat permintaan tinggi ketika berlaku ketidaktentuan ekonomi atau krisis geopolitik. Namun apabila keadaan kembali stabil, pelabur cenderung untuk mengambil risiko dan beralih kepada aset yang menawarkan pulangan lebih tinggi seperti saham.

Sebagai contoh, dalam tempoh pasaran saham global sedang berkembang pesat, ramai pelabur akan mengalihkan dana daripada emas ke pasaran ekuiti untuk mengejar keuntungan yang lebih besar. Pergerakan dana ini menyebabkan permintaan terhadap emas menurun, sekaligus menekan harga walaupun tiada perubahan besar dalam penawaran fizikal.

Jualan Oleh Bank Pusat Tingkatkan Penawaran

Bank pusat merupakan antara pemegang emas terbesar di dunia. Sebarang perubahan dalam polisi pegangan emas oleh institusi ini boleh memberi kesan besar kepada pasaran. Jika bank pusat menjual sebahagian daripada rizab emas mereka, penawaran dalam pasaran akan meningkat dengan ketara.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah negara besar membuat keputusan untuk mengurangkan pegangan emas dan menjual sebahagian rizabnya, lambakan emas dalam pasaran boleh berlaku dalam masa yang singkat. Jika permintaan tidak meningkat pada kadar yang sama, harga emas akan mengalami tekanan menurun.

Terkini, laporan Bloomberg menyatakan bank pusat Turki telah menjual dan menukar 60 tan emas bernilai lebih USD8 bilion sebagai sebahagian daripada usaha mempertahankan mata wang mereka. Menariknya, sebahagian daripada emas tersebut bukan sahaja dijual secara langsung, tetapi juga digunakan dalam bentuk “swap” untuk mendapatkan kecairan dalam mata wang asing.

Kes ini jelas menunjukkan bahawa emas bukan sekadar aset “disimpan”, tetapi boleh menjadi alat kecemasan yang digunakan oleh negara apabila berdepan tekanan ekonomi. Namun pada masa yang sama, apabila emas dilepaskan ke pasaran dalam jumlah besar, ia berpotensi menambah penawaran dan memberi tekanan kepada harga emas global.

Sentimen Pasaran dan Tindakan Pelabur Besar

Pergerakan harga emas dalam jangka pendek juga sangat dipengaruhi oleh sentimen pasaran dan tindakan pelabur institusi. Kadangkala, perubahan harga berlaku bukan kerana faktor ekonomi yang jelas, tetapi disebabkan oleh aliran keluar masuk dana dalam skala besar.

Sebagai contoh, apabila dana besar atau ETF emas mengalami pengeluaran dana secara mendadak, ia boleh mencetuskan gelombang jualan dalam pasaran. Pelabur lain yang melihat pergerakan ini mungkin turut mengambil tindakan sama, menyebabkan harga jatuh dengan lebih cepat walaupun asas ekonomi tidak berubah secara signifikan.

Kesimpulan

Emas bukanlah aset yang sentiasa meningkat nilainya tanpa risiko. Ia berfungsi dengan baik sebagai alat perlindungan nilai dalam jangka panjang, tetapi tetap terdedah kepada turun naik harga dalam jangka pendek. Memahami faktor-faktor ini penting supaya pelabur tidak meletakkan jangkaan yang tidak realistik terhadap emas.

Namun begitu, terdapat juga naratif yang sering dimainkan dalam kalangan ejen emas iaitu “jangan fokus kepada harga, tetapi fokus kepada jumlah gram yang dimiliki”. Walaupun pendekatan ini kelihatan menenangkan dan sesuai untuk membina disiplin simpanan, ia boleh menjadi mengelirukan jika difahami secara literal. Hakikatnya, setiap pembelian emas tetap melibatkan penggunaan wang dan harga memainkan peranan penting dalam menentukan nilai yang diperoleh pada sesuatu masa. Mengabaikan harga seolah-olah menafikan konsep asas dalam pelaburan, iaitu hubungan antara kos dan nilai.

Dalam dunia kewangan, tiada aset yang bergerak sehala sepanjang masa. Yang lebih penting adalah memahami peranan setiap aset dan bagaimana ia boleh digunakan secara strategik dalam membina portfolio yang seimbang.

Baca juga 7 Platform Yang Ada Untuk Kita Melabur Emas