Adakah Jumlah ‘Oversubscribed’ Penentu Prestasi IPO Pada Hari Pertama?

Dalam sesebuah IPO, antara tarikh yang dinanti-nantikan adalah tarikh undian atau balloting of application. 

Gambar: KLSE Screener

Hal ini kerana, pelabur ingin tahu keputusan undian dan berapa jumlah terlebih langganan IPO tersebut atau juga dikenali sebagai ‘oversubscribed’. 

Undian dilakukan oleh pihak Registrar dan keputusan biasanya dapat diketahui sekitar selepas 5 petang.

Di sebelah petang atau malam, maka para pelabur pun akan mula disajikan dengan berita keputusan undian serta adakah IPO tersebut terlebih langgan ataupun tidak.

Sebagai contoh di atas, IPO Optimax terlebih langgan sebanyak 82.07 kali daripada jumlah IPO yang ditawarkan. Tahun lepas, IPO Minox juga terlebih langgan sebanyak 143.76 kali daripada jumlah IPO yang ditawarkan. Ini bermakna IPO ini mendapat sambutan yang hebat dari para pelabur. Semuanya berkaitan dengan bekalan (supply) dan permintaan (demand).

Bekalan yang sedikit serta permintaan yang tinggi akan menyebabkan IPO tersebut terlebih langgan dalam jumlah yang tinggi.

Secara logiknya, mesti kita berpendapat bahawa jumlah terlebih langgan yang tinggi akan menyebabkan harga IPO ini dibuka pada harga yang tinggi pada hari pertama kelak.

Sumber: Berita Harian

Baca: Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Guna CGS-CIMB iTrade (TERKINI)

Namun persoalannya adakah benar jumlah terlebih langgan boleh dijadikan kayu pengukur kepada kekuatan harga IPO? 

Dalam artikel ini, penulis ingin membuat kajian terhadap kesemua IPO yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas (2023). Sebelum itu, mari lihat data di bawah.

Top 5 IPO Terlebih Langganan / Oversubsciption

  1. Gloxtrext Berhad (173.54x)
Sumber: Berita Harian

Gloxtrext Berhad terlebih langgan sebanyak 173.54 kali. Pada tahun 2023, Glostrext merupakan IPO yang mendapat permohonan paling banyak.

Jumlah permohonan yang tinggi mungkin disebabkan harga IPOnya yang murah iaitu RM0.19.

Gloxtrext dibuka pada RM0.650 pada hari pertama didagangkan. Kenaikan sebanyak 242% pada kemunculan pertama. Untung besar bagi yang jual sebaik sahaja ia dibuka.

Walaubagaimanapun, Gloxtrext ditutup pada RM0.255 dan premium sebanyak 34.21% sahaja. Untuk pengetahuan para pembaca, Gloxtrext Berhad adalah tidak patuh syariah.

  1. Edelteq Holdings Berhad (152.03x)
Sumber: TheKapital.my

Edelteq Holdings Berhad terlebih langgan sebanyak 152.03 kali. Penampilan pertama Edelteq Holdings Berhad di Pasaran ACE juga kukuh apabila dibuka pada harga RM0.750 dengan premium sebanyak RM0.51 atau 212.5% dengan harga tawaran awam permulaan pada RM0.240. 

Edelteq ditutup tidak jauh dari harga pembukaan iaitu pada harga RM0.730 atau 204.17%. Saham Edelteq berstatus patuh syariah

  1. Daythree Digital Berhad (129.20x)
Sumber: TheKapital.my

Daythree Digital Berhad terlebih langgan sebanyak 129.20 kali. Penampilan pertama Daythree Digital Berhad di Pasaran ACE juga kukuh apabila dibuka pada harga RM0.65 dengan premium sebanyak RM0.35 atau 117% dengan harga tawaran awam permulaan pada RM0.30. 

Daythree ditutup tidak jauh dari harga pembukaan iaitu pada harga RM0.625 atau 108.33%. Saham Daythree Digital Berhad berstatus patuh syariah.

  1. Cloudpoint Technology Berhad (112.94x)
Sumber: New Straits Times

Di tangga keempat, Cloudpoint Technology Berhad terlebih langgan sebanyak 112.94 kali. Dengar IPO dari sektor teknologi pastinya pelabur rambang mata ingin memohon IPO ini. Apatah lagi pada nama IPO itu sendiri ada perkataan “Technology”. 

Penampilan pertama Cloudpoint Technology Berhad di Pasaran ACE kukuh apabila dibuka pada harga RM0.75 dengan premium sebanyak RM0.37 atau 97.37% dengan harga tawaran awam permulaan pada RM0.38. 

Cloudpoint ditutup pada RM0.515 atau 35.53% daripada harga IPO. Pengambilan untung oleh para pelabur di hari pertama menyebabkan harga Cloudpoint ditutup rendah dari harga pembukaan. 

Saham Cloudpoint Technology Berhad berstatus patuh syariah.

  1. TT Vision Holdings Berhad (89.15x)
Sumber: Berita Harian

Di tangga kelima, TT Vision Holdings Berhad terlebih langgan sebanyak 89.15 kali. 

Debut TT Vision merupakan IPO yang paling cemerlang pada hari pertama kerana dibuka pada harga RM1.49 dengan premium sebanyak RM1.15 atau 338.24% dengan IPOnya hanya pada RM0.34. 

Ada suatu ketika pada debutnya, TT Vision pernah mencecah paras limit up iaitu 400% daripada harga IPO.

TT Vision ditutup pada RM1.28 atau 276.47% daripada harga IPO. Pelabur yang memegang IPO tersebut sehingga pasaran ditutup pada hari pertama juga masih untung besar.

Saham TT Vision Holdings Berhad berstatus patuh syariah

Bagaimana Pula IPO Yang Rugi Di Hari Pertama?

Setakat ini ada lima IPO yang ditutup rendah dari harga yang ditawarkan sebelum penyenaraian iaitu:

  1. DXN Holdings Berhad (3.2x)
  2. Radium Development Berhad (dilanggan sepenuhnya)
  3. Synergy House Berhad (14.02x) 
  4. Skyworld Development Berhad (0.19x) 
  5. MST Golf Berhad (5.28x)

Berdasarkan pemerhatian serta kajian, kelima-lima IPO ini mendapat sambutan yang rendah ketika IPO atau dalam kata lain permohonan untuk IPO ini adalah tidak begitu tinggi dari kalangan pelabur.

Baca juga: Cara Bayar IPO MITI Dengan Pihak Registrar

Kesimpulan

Berdasarkan data-data di atas, jumlah permohonan oleh pelabur memainkan sedikit sebanyak peranan terhadap prestasi harga IPO pada hari pertama didagangkan. Kebanyakan IPO yang terlebih langgan dalam jumlah yang tinggi menunjukkan prestasi yang amat baik pada hari pertama dan menguntungkan pelabur yang berjaya mendapat IPO tersebut.

Walabagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan satu-satunya kayu pengukur untuk prestasi IPO pada hari pertama. Minat dan permintaan pelabur boleh sahaja berubah pada hari pertama.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840