Bank Rakyat Sasar Kumpul Dana Baharu RM100 Juta Menerusi i-Rizq Plus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Bank Rakyat menyasar mengumpul dana baharu berjumlah sehingga RM100 juta menerusi produk akaun Pelaburan-i Rizq Plus bagi tahun ini.

Ketua pegawai eksekutifnyat Datuk Mohammad Hanis Osman berkata sehingga 31 Dis, 2023, sebanyak RM202 juta pelaburan berjaya direkodkan daripada akaun tersebut.

“Sehingga 31 Dis lalu, kita dah ada sebanyak 35 ribu akaun yang aktif, maknanya lebih kurang 35 ribu pengguna dengan jumlah pelaburan sebanyak RM202 juta.

“Jadi, untuk tahun ini kita sasar tambahan RM100 juta pelaburan daripada i-Rizq Plus ini,” katanya semasa sidang media selepas majlis penyampaian hadiah kempen akaun pelaburan i-Rizq Plus Bank Rakyat, di sini, hari ini.

Bank Rakyat sebelum ini dilaporkan menyasar pengumpulan dana keseluruhan sebanyak RM300 juta menerusi akaun Pelaburan-i Rizq Plus menjelang akhir 2024.

Mengenai perancangan bagi tahun ini, Mohammad Hanis berkata Bank Rakyat bakal menyediakan pelbagai produk baharu yang inovatif dan bermanfaat terutama berkaitan dengan pelaburan.

“Selama ini kita ada produk yang bersifat biasa, dan akan datang kita akan sediakan produk yang lebih berasaskan aset,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, seorang jururunding diumum sebagai pemenang kategori cabutan hadiah utama akaun pelaburan i-Rizq Plus dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

FCPO: Momentum Kenaikan Pasaran Diteruskan

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO melanjutkan kenaikannya buat kali kedua dengan mengekalkan lantunannya daripada paras sokongan MYR4,400 untuk ditutup pada harga lebih tinggi sebanyak MYR4,495. Komoditi ini memulakan sesi dagangan pada harga MYR4,491, kemudian ia mereda ke paras terendah intrahari pada MYR4,444 buat seketika, sebelum berterusan menaik ke arah paras tertinggi sesi pada MYR4,517 dan ditutup dengan corak lilin menaik. Pergerakan harga yang kukuh yang dilihat menerusi pergerakan positif kedua ini mengesahkan bahawa sentimen kenaikan sedang menguasai pasaran dengan teguhnya.

Paras rintangan terdekat sekarang ditambat pada MYR4,800, sekali gus memberi ruang untuk pergerakan menaik sekarang diteruskan. Komoditi ini kini didagangkan di atas kedua-dua garisan SMA 50 dan 200 hari, yang menandakan keadaan teknikal menaik masih berlangsung. Walau bagaimanapun, sekiranya kegiatan pengambilan untung berlaku, FCPO mungkin melantun daripada paras sokongan pertama MYR4,400, seiring dengan paras henti rugi kami. Melihat pada struktur kenaikan yang bertahan, kami tetap berpegang pada bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama sekarang berada pada MYR4,400, diikuti oleh paras MYR4,250. Paras rintangan terdekat sekarang pula adalah pada MYR4,800, disusuli oleh paras seterusnya iaitu pada MYR4,925.