Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Februari 2024

Antara perkara yang menarik perhatian ramai orang pada bulan Februari ini adalah prestasi Ringgit Malaysia yang tidak menentu dan semakin melemah.

Keresahan rakyat Malaysia boleh dilihat pada reaksi serta respon mereka yang dimuat naik di media sosial.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menjelaskan keadaan tersebut berkata situasi ekonomi Malaysia ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan pada 1998.

Ia kerana pada tahun 1998, kejatuhan ringgit berlaku seiring dengan kenaikan kadar inflasi, pengangguran meningkat dan tiada pelaburan asing masuk dalam negara.

Namun, pada masa kini Malaysia mencatat rekod pelaburan terbesar dalam sejarah, kadar inflasi terus menurun dan kadar pengangguran turut berkurangan.

Sumber: Berita Harian

Baca: Kerajaan Tidak Pandang Ringan Isu Penurunan Ringgit – PM Anwar

Walaubagaimanapun, prestasi pasaran saham boleh dianggap positif kerana indeks FBM KLCI terus menerus membuat kenaikan pada bulan Februari.

Jika dilihat pada satu sudut, Ringgit Malaysia yang semakin melemah sebenarnya juga menarik minat pelabur asing terhadap pasaran saham Malayia kerana kejatuhan ringgit membuatkan saham yang didagangkan di Bursa Malaysia semakin murah

Ia secara tidak langsung membuatkan pelabur asing melihat peluang di Bursa Malaysia dan kenaikan indeks juga didorong oleh kemasukan pelabur asing. 

Dalam kenaikan saham-saham Bursa Malaysia pastinya ada juga saham yang membuat kejatuhan. Mari kita lihat 10 saham patuh syariah paling rugi bulan Februari 2024.

  1. Sarawak Cable Berhad
Sumber: TradingView

Sarawak Cable Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Februari 2024 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak -21.28% dalam tempoh sebulan dagangan.

  1. YNH Property Berhad
Sumber: TradingView

YNH Property Berhad pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan Februari 2024 dengan kejatuhan harga sebanyak -19.08%.

  1. Magma Group Berhad
Sumber: TradingView

Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat Magma Group Berhad dengan kejatuhan sebanyak -18.52% dalam tempoh satu bulan dagangan.

  1. Widad Group Berhad
Sumber: TradingView

Widad Group Berhad berada di tangga keempat untuk saham paling rugi sepanjang bulan Februari 2024 dengan kejatuhan sebanyak -17.86%.

  1. Ekovest Berhad
Sumber: TradingView

Di tempat kelima pula adalah syarikat Ekovest Berhad yang mencatatkan kejatuhan sebanyak -17.27% untuk tempoh sebulan pada Februari 2024.

  1. Eonmetall Group Berhad
Sumber: TradingView

Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat Eonmetall Group Berhad dengan kejatuhan sebanyak -16.49% dalam tempoh sebulan dagangan.

  1. Ecoscience International Berhad
Sumber: TradingView

Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat Ecoscience International Berhad yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak -14.29% dalam tempoh sebulan dagangan pada Februari 2024.

  1. Top Glove Corporation Berhad
Sumber: TradingView

Top Glove Corporation Berhad pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan Februari 2024 dengan penurunan sebanyak -13.44%.

  1. Iskandar Waterfront City Berhad
Sumber: TradingView

Iskandar Waterfront City Berhad merupakan saham kesembilan paling rugi pada bulan Februari 2024 dengan kejatuhan sebanyak -11.98%.

  1. Hextar Capital Berhad
Sumber: TradingView

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat Hextar Capital Berhad dengan penurunan sebanyak -11.46% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Februari 2024.

Previous ArticleNext Article

Strategi Pasaran: Ketidaktentuan Dunia Menguntungkan Pasaran Pelaburan Yang Selamat

Nilai di ASEAN

Walaupun ramalan makroekonomi RHB optimis dan tahap kecairan dunia kukuh, faktor geopolitik tidak menentu dan kebimbangan akan gelembung kecerdasan buatan (AI) dan risiko-risiko pasaran kewangan AS menunjukkan pemindahan aset ke pasaran pelaburan selamat seperti Singapura diberikan penekanan lebih besar. Kami masih menyukai ekuiti Singapura kerana pertumbuhan perolehan bertahan, pulangan pemegang saham menarik dan sifat pasarannya yang selamat dan bertahan, namun pelabur harus mengambil pendekatan pemilihan saham lebih teliti, dan bukannya berdasarkan pendedahan indeks semata-mata.

Penilaian menarik sebagai prima facie untuk pasaran Indonesia mungkin memikat, tetapi pelabur mestilah berwaspada akan aspek kawal selia yang sering berubah-ubah, di samping risiko-risiko dasar. Kami terus melihat pasaran Malaysia sebagai sebuah pasaran perdagangan memandangkan ketahanan ekonomi yang baik dilemahkan oleh penilaian-penilaian saham yang premium.

Indonesia

Kami terus memandang baik akan pasaran ekuiti Indonesia meskipun persekitaran makroekonomi dan dasarnya lebih mencabar. Susulan penurunan mendadak pada 1H26, JCI kini diniagakan pada nilai antara paling menarik (-3SD daripada purata P/E lima tahun hadapan). Walaupun keadaan tidak menentu ini
mungkin berlarutan dalam jangka dekat, kami percaya ia menawarkan potensi pemulihan bermakna apabila keyakinan pelabur beransur-ansur naik. Kes asas sasaran JCI kami untuk akhir 2026 sebanyak 7,300 mata dibuat berdasarkan P/E FY26F 12.4x (-1SD daripada purata lima tahun), yang mencerminkan kerangka penilaian yang lebih konservatif dan premium risiko pasaran yang lebih tinggi.

Malaysia

Kami secara asasnya terus memberi pandangan membina dalam prospek ekuiti pasaran tanah air berpandukan andaian-andaian kes asas RHB. Sasaran akhir tahun 2026 kami untuk FBM KLCI terus berada pada paras 1,750 mata (EPS hadapan 15.5x). Melihat kepada faktor-faktor kekangan semasa yang ada bermakna potensi kenaikan mutlak akan terbatas, memandangkan prestasi pasaran terus terikat pada paras lingkungan tertentu. Asas-asas pasaran dan prestasi perolehan korporat akan menjadi faktor penentu utama kepada pertumbuhan pasaran ini.

Tahap kecairan kukuh dapat menawarkan sokongan apabila penurunan berlaku, sekali gus mewajarkan pendekatan pembelian saham semasa harga lemah yang dilindungi oleh sektor-sektor bertahan (tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, pengguna, REIT dan telekomunikasi). Sektor-sektor WAJARAN TINGGI lain termasuklah perbankan, minyak & gas (O&G), hartanah, pembinaan, bahan asas, teknologi dan pengangkutan. Perlu diingatkan bahawa portfolio pelaburan dijangka terus beralih kepada sahamsaham ketinggalan apabila pelabur mengamalkan pendekatan perdagangan taktikal.

Untuk Singapura

Ekuiti memasuki 3Q26 dengan penyertaan jumlah saham yang masih kecil setelah sektor perkhidmatan kewangan mengaut sebahagian besar keuntungan MSCI Singapura secara YTD. Prospek kami masih lagi optimis, namun menggemari strategi pemilihan saham secara teliti berbanding pendedahan indeks yang pasif, didorong oleh kes asas kami yang meramalkan gencatan senjata yang lama di Asia Barat, dasar Rizab Persekutuan AS (US Fed) yang tidak berubah, dan aliran kemasukan modal lebih kukuh pada 2026. Kami menjangkakan tarikan Singapura sebagai pasaran yang selamat akan menyokong kemasukan modal.

Kami juga menjangkakan momentum pertumbuhan perolehan akan berkembang di luar skop sektor perbankan, manakala REIT mendapat manfaat daripada kadar faedah lebih rendah. Tema-tema pelaburan terbaik kami ialah pulangan modal oleh pemain perkhidmatan kewangan, penerima manfaat AI, perlindungan daripada inflasi dan El Niño, tarikan Singapura sebagai pasaran selamat, dan REIT perindustrian dan pejabat terpilih, dengan memberikan keutamaan pada syarikat yang mempunyai perolehan bertahan, kuasa penetapan harga dan pulangan pemegang saham yang menarik.

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.