Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2024

Pejam celik pejam celik, sudah tiga bulan kita lalui di tahun 2024. Adakah anda sudah konsisten dengan pelaburan anda dalam tempoh 3 bulan ini?

Tidak banyak perkara yang berlaku pada bulan Mac selain pengumuman kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dan juga pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia.

Sebelum kita ke Malaysia, mari kita lihat apa yang diumumkan oleh Federal Reserve dahulu.

Sumber: Investing.com

Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan kadar faedah 5.5% walaupun inflasi mungkin kekal tinggi. Keputusan pengekalan kadar faedah ini diputuskan sebulat suara oleh 12 anggota Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC). Dengan pengekalan ini bermakna rakyat Amerika akan terus membayar kos pinjaman yang lebih tinggi buat masa ini ketika Fed berjuang untuk memperlahankan kenaikan harga yang mendadak.

Kita beralih pula ke Malaysia. 

Baca lagi: OPR Dikekalkan Pada 3.00% Buat Kali Kelima

Pada 7 Mac 2024 yang lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus, sejajar unjuran pasaran. BNM berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek inflasi dan pertumbuhan.

Terdapat laporan oleh BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sehingga akhir 2024.

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2024

Mari kita lihat saham patuh syariah yang paling untung untuk Mac 2024 ini. Antara senarai saham patuh syariah paling untung bulan Mac tahun 2024 adalah seperti berikut:

  1. MMAG Holdings Berhad
Sumber: TradingView

MMAG Holdings Berhad merupakan saham paling untung Mac 2024. Harga saham ini pada awal bulan adalah RM0.105 sahaja dan RM0.190 di penghujung bulan. Kenaikan dalam tempoh satu bulan adalah 80.95%.

  1. SP Setia Berhad
Sumber: TradingView

SP Setia Berhad merupakan saham kedua yang membuat kenaikan tertinggi bagi bulan Mac 2024. Harga seunit saham ini pada 1 Mac 2024 adalah RM0.860 dan diakhiri pada RM1.47 seunit pada 29 Mac 2024. Ini merupakan kenaikan sebanyak 70.93%.

  1. Southern Score Builders Berhad
Sumber: TradingView

Saham Southern Score Builders Berhad bermula dengan hanya RM0.220 dan saham ini terus membuat kenaikan sehingga ditutup pada RM0.345 di hujung bulan. Southern Score Builders Berhad mencatatkan kenaikan 56.82%.

  1. Master Tec Group Berhad
Sumber: TradingView

Master Tec Group Berhad baru sahaja disenaraikan pada tahun ini. Pada awalnya saham ini dilihat tidak berjaya menarik minat pelabur ketika IPO. Namun selepas disenaraikan, Master Tec mencatatkan kenaikan berterusan sehinggalah ditutup pada RM1.00 pada 29 Mac 2024.

Harga IPO Master Tec hanyalah RM0.39. Tahniah kepada pelabur yang masih menyimpan saham ini sejak IPO sehingga sekarang.

  1. Econpile Holdings Berhad
Sumber: TradingView

Econpile Holdings Berhad pula harganya bermula dengan RM0.345 pada awal Mac 2024 dan meningkat kepada RM0.520 seunit.

Ini merupakan kenaikan sebanyak 50.72% atau RM0.175 sebulan. 

  1. Seng Fong Holdings Berhad
Sumber: TradingView

Jika kita lihat pada carta, Seng Fong Holdings Berhad tidur untuk tempoh yang agak lama. Saham ini baru sahaja mula bergerak pada bulan Mac 2024. Pada 1 Mac 2024, harga sahamnya berada pada RM0.790. Di hujung bulan pula harga sahamnya adalah RM1.10.

  1. Marine & General Berhad
Sumber: TradingView

Harga saham Marine & General Berhad adalah RM0.195 pada 1 Mac 2024. Pada 29 Mac 2024, harganya telah meningkat sebanyak RM0.07 atau 35.90%.

  1. Apollo Food Holdings Berhad
Sumber: TradingView

Saham Apollo pasti dikenali semua orang. Mana tidaknya, Apollo sudah sinonim dengan snek yang membesar bersama-sama dengan kita. Zaman kecil-kecil dahulu mesti suka dengan Apollo. Bila dah besar kenapa tidak melabur dalam perniagaannya sekali?

Saham Apollo meskipun nampak mahal, tapi mampu membuat kenaikan yang agak padu. Saham ini naik dari RM5.48 sehingga mencecah RM7.39 pada bulan Mac 2024. Ini yang disebut sebagai saham mahal pun boleh naik jadi lebih mahal.

  1. Icon Offshore Berhad
Sumber: TradingView

Saham ini membuat kejatuhan yang agak besar pada 1 Mac 2024. Kita boleh nampak 1 batang candlestick merah yang panjang terbentuk pada hari tersebut. Harga Icon Offshore adalah RM0.59 di awal bulan. Namun, ia membuat kenaikan sebanyak RM0.195 dan berjaya ditutup pada RM0.785 pada hari terakhir Mac 2024.

  1. Dutch Lady Milk Industries
Sumber: TradingView

Selain Apollo tadi, Dutch Lady juga satu jenama yang hampir 99% orang tahu. Dutch Lady sinonim dengan minuman berasaskan susu. Saham Dutch Lady juga dikira mahal kerana lebih dari RM20 seunit.

Harga Dutch Lady adalah RM23.92 pada 1 Mac 2024 dan RM30.64 pada 29 Mac 2024. Saham ini melengkapkan senarai 10 saham paling untung bagi bulan Mac 2024. Ia membuat kenaikan sebanyak RM6.72 atau 28.09%.

Sama-sama kita lihat sekiranya ada lagi saham dari senari saham paling untung Mac 2024 akan tersenarai semula pada bulan April 2024.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.