Rehda: Cadangan Hadkan Pembelian Rumah Boleh Jejaskan Sektor Perumahan, Ekonomi


KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) memberi amaran cadangan untuk mengehad bilangan unit kediaman yang boleh dibeli oleh rakyat Malaysia untuk pelaburan boleh menyebabkan keruntuhan sektor perumahan.

Presidennya Datuk Ir Ho Hon Sang berkata persatuan itu menyokong bantahan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming terhadap cadangan baru-baru ini untuk mengenakan had sedemikian.

“Rehda bersetuju pengenalan langkah sedemikian boleh menyebabkan keruntuhan industri perumahan, yang juga akan memberi kesan kepada 180 industri huluan dan hiliran dalam ekosistem, dan kelaknya akan turut menjejaskan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ho berkata pembelian hartanah menyediakan pelbagai tujuan selain sebagai perlindungan, seperti melindung nilai terhadap inflasi dan memelihara kekayaan.

“Kita juga perlu mempertimbangkan rakyat Malaysia yang tidak mampu membeli rumah, dan sebaliknya menyewa rumah daripada pemilik rumah,” kata Ho sambil menambah situasi penyewa berbeza-beza mengikut keperluan dan keadaan mereka.

“Sesetengah orang menyewa kerana kekangan kewangan, manakala yang lain berbuat demikian kerana gaya hidup nomad, kerap berpindah kerja atau lebih suka melabur atau berbelanja di tempat lain,” katanya.

Selain itu, katanya, menyekat pelaburan hartanah hanya akan menyebabkan pengeluaran rumah berkurangan sedangkan jumlah penduduk terus bertambah.

“Apabila permintaan melebihi bekalan, ia boleh menyebabkan kenaikan harga rumah serta sewa, malah boleh menyebabkan kehilangan tempat tinggal,” katanya memberi amaran.

Ho mencadangkan daripada mengawal bilangan rumah yang boleh dibeli oleh seseorang sebagai cara untuk menangani isu perumahan, kerajaan sebaliknya perlu menyediakan lebih banyak insentif untuk lebih banyak rumah dibina di lokasi yang betul.

Dalam pasaran yang berdaya saing, harga rumah akan menjadi kompetitif untuk manfaat penduduk secara keseluruhan, katanya.

“Rehda akan terus menggalakkan ahlinya untuk memainkan peranannya menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti untuk rakyat yang tepat pada masa dan mampan,” katanya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Kemas Kini Mei 2026)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang berkuatkuasa 29 Mei 2026. Aktiviti ini pada kebiasaannya akan dijalankan pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Ada beberapa nama-nama besar yang kini dah tak patuh syariah.

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah

Jom kita tengok syarikat-syarikat yang baru masuk dalam senarai saham patuh syariah pada bulan Mei 2026.

Ada sebanyak 44 syarikat kini dah patuh syariah, termasuklah beberapa IPO yang baru seperti Empire Premium Food Bhd dan EI Power Bhd.

Berikut pula merupakan saham-saham yang terkeluar daripada senarai patuh syariah yang terkini. Contohnya Azam Jaya Bhd dan Malayan Flour Mills Bhd.

886 Atau 81% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah, Meningkat Sedikit Daripada November 2025 Lalu.

PENTING! Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Baca dulu: Tutorial Buka Akaun Online Dengan Webull, Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Selain daripada merujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Sumber rujukan: Suruhanjaya Sekuriti