Katakanlah 10 tahun yang lalu, anda ada $1,000 US Dolar dan telah melabur ke dalam salah satu saham syarikat gergasi Amerika Syarikat. Kami pasti pernah mendengar nama-nama syarikat ini.
Berikut merupakan pulangan yang anda akan perolehi.
Nama Saham
Pulangan Setakat 31 Oktober 2017
Keuntungan
% Keuntungan
Netflix
$51,966
$50,966
5096% untuk 10 tahun atau 509% setahun
Amazon
$12,398
$11,398
1398% untuk 10 tahun atau 139% setahun
Apple
$6,228
$5,228
522% untuk 10 tahun atau 52.2% setahun
Starbucks
$4,687
$3,687
368% untuk 10 tahun atau 36.8% setahun
Nike
$3,319
$2,219
221% untuk 10 tahun atau 22.1% setahun
Alphabet (Google)
$2,922
$1,922
192% untuk 10 tahun atau 19.2% setahun
Walt Disney
$2,824
$1,824
182% untuk 10 tahun atau 18.2% setahun
McDonald’s
$2,793
$1,793
179% untuk 10 tahun atau 17.9% setahun
Mylan
$2,374
$1,374
137% untuk 10 tahun atau 13.7% setahun
Microsoft
$2,260
$1,260
126% untuk 10 tahun atau 12.6% setahun
FedEx
$2,185
$1,185
118% untuk 10 tahun atau 11.8% setahun
Walmart
$1,931
$931
93% untuk 10 tahun atau 9.3% setahun
Coca-Cola
$1,489
$489
49% untuk 10 tahun atau 4.9% setahun
Pfizer
$1,425
$425
42% untuk 10 tahun atau 4.2% setahun
GE
$490
-$510
Rugi 51% untuk 10 tahun atau rugi 5.1% setahun
Kalau dilihat jadual di atas, terdapat:
14 saham yang untung manakala 1 kaunter yang rugi
2 saham untung > 100% setahun
9 saham untung 10-100% setahun
3 saham untung bawah 10% setahun
1 saham rugi
Semuanya KALAU…
Tidak perlu pandang ke Amerika, banyak saham syarikat di pasaran saham Bursa Malaysia yang memberi pulangan yang bagus. Persoalannya, bagaimana nak tengok saham mana yang berpotensi memberikan pulangan jangka masa panjang?
Ada beberapa perkara yang perlu dilihat iaitu Formula 3M, Analisa Prestasi Kewangan Syarikat dan Magic Number. Sebuah syarikat yang bagus, pasti mempunyai Fundamental Analysis yang bagus.
Tetapi…kalau rajin mengkaji saja, akaun CDS pun belum buka, tak guna juga.
Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan; Saham Pilihan Utama: Westports
Daripada tiga saham pengangkutan dan logistik yang kami kaji, Westports dan FM Global Logistics (FM) melaporkan keputusan kewangan yang menepati jangkaan, sedangkan perolehan teras FY26 (Mac) oleh TASCO gagal mencapai jangkaan kami. Melihat ke masa hadapan, kami meramalkan Westports untuk muncul sebagai penerima manfaat utama sekiranya genjatan senjatan di Asia Barat masih berlangsung, memandangkan harga-harga bunker dan diesel yang lebih rendah akan merendahkan kos-kos operasi. Dalam keadaan sebaliknya, kesan terhadap pengendali pengangkutan barangan secara amnya neutral kerana surcaj bahan api selalunya dialihkan kepada pengguna
Keputusan 1Q26 oleh Westports menepati jangkaan
Pertumbuhan YoY berpunca daripada kenaikan tarif secara berturutan. Walaupun impak penuh daripada peningkatan kos bahan api diramalkan dirasai pada 2Q26, kami percaya kesannya akan dapat dikawal kerana kenaikan tarif lebih daripada cukup untuk menampung kos-kos bahan api yang lebih tinggi.
FM menepati jangkaan namun TASCO tersasar
Untung teras sepanjang 9MFY26 (Jun) yang dicatatkan oleh FM mencapai jangkaan kami tetapi sedikit melepasi ramalan konsensus akibat GPM lebih kukuh dan kadar cukai berkesan (ETR) lebih rendah. Perolehan teras FY26 oleh TASCO sebaliknya gagal mencapai ramalan kami ekoran sumbangan perniagaan rantaian bekalan sejuk (CSC) yang lebih rendah daripada yang dijangkakan, selepas penarikan diri pelanggan-pelanggan F&B
Prospek
Keadaan konflik Asia Barat yang semakin mereda sepatutnya dapat menstabilkan harga minyak dan bahan api bunker, sekali gus mengurangkan kos operasi Westports yang mendapatkan diesel pada harga bukan bersubsidi untuk kegunaan kapal tunda, lori, dan kren kontenanya. Tambahan itu, tahap penggunaan bahan apinya dijangka akan menurun sekitar 10% pada 4Q25 susulan pengerahan 60 buah lori elektrik menjelang 3Q26. Sementara itu, syarikat ini dikecualikan daripada mekanisme Pelarasan Bahan Api Secara Automatik (AFA), lantas menghalangnya daripada terkena sebarang tempias kenaikan kos elektrik susulan konflik Asia Barat.
Kesesakan pelabuhan yang berlaku pada Jan 2026 sudahpun selesai sepenuhnya, dengan daya pemprosesan bagi Apr 2026 meningkat 3% YoY dan kadar penggunaan kawasan simpanan kontena baik pada kira-kira 70-80%. Sehubungan dengan itu, kami mengekalkan ramalan pertumbuhan daya pemprosesan pada 4.5% YoY yang menepati unjuran pihak pengurusan yang sama pada angka berdigit tunggal rendah.
Saham Pilihan Utama sektor
Kami bertindak mengekalkan saranan WAJARAN TINGGI terhadap sektor ini, selaras dengan saranan BELI yang diberikan kepada saham terbesar sektor. Westports masih menjadi Saham Pilihan Utama sektor kami. Kami terus menyukai saham ini disebabkan oleh
i) kenaikan berturutan dalam kadar tarif yang mengatasi kenaikan kos bahan api
ii) kadar kepadatan kawasan simpanan kontena yang baik yang berlegar kira-kira 70-80
iii) pertumbuhan jumlah pengangkutan yang bertahan, disokong oleh aliran perdagangan intra-Asia.
Oleh itu, kami menyarankan para pelabur untuk mengumpul saham ini semasa harga rendah kerana kami percaya risiko-risiko konflik sudah dimasukkan dalam penilaian. Westports diniagakan pada P/E kira-kira 16x untuk FY27F, dan kami masih menjangkakan adanya potensi untuk kenaikan sekiranya Kerajaan melaksanakan mekanisme pengalihan kos bahan api walaupun garis masa untuk pelaksanaan ini masih tidak jelas buat masa sekarang
Risiko-risiko utama
Jumlah TEU lebih rendah daripada jangkaan dan kos-kos operasi lebih tinggi daripada yang diramalkan.