Bitcoin HARUS Untuk Melawan Inflasi Dan Jual Beli Barangan Sebenar

Alhamdulillah, dapat juga kita dengar kupasan daripada pakar kewangan Islam iaitu Dr Zaharuddin Abd Rahman yang bersiaran secara langsung di kaca TV baru-baru ini. Ianya bertujuan untuk merungkai persoalan yang sering bermain di minda orang ramai, tatkala harga Bitcoin telah mencecah paras $20,000 US Dolar berbanding hanya $1,000 pada awal tahun 2017.

Jom kita ikuti bersama, semoga beroleh manfaat.

NOTA RINGKAS: BITCOIN DAN WANG VIRTUAL

Selesai siaran langsung ulas topik bitcoin tetapi dek kerana masa terlalu pendek, dan ulasan juga tertakluk kepada soalan moderator banyak juga point penting tidak sempat disebut malah sehingga tersasul salah sebut harga semasa bitcoin juga.

Apapun semoga bermanfaat. Insha allah akan ulas khusus dalam video asing nanti.

Ringkasan yang sempat disebut hasil catatan beberapa pihak di media sosial dan saya edit sedikit agar tepati maksud saya yang tidak sempat disebut:-

  1. Bitcoin boleh dianggap sebagai wang walaupun ia bukan ‘legal tender’. Hal ini juga boleh dibaca dari kitab fiqh silam malah terdapat pengharaman menurut mazhab Hanbali khususnya bagi sesebuah kerajaan untuk membatalkan wang yang digunapakai oleh rakyatnya. sama ada hasil ciptaan pemerintah sebelum itu ataupun wang persendirian yang valid di sisi sesuatu komuniti. Panjang lagi huraian bab ini cuma tidak sesuai di ruang ini buat masa ini.
  2. Bitcoin juga disebut sebagai virtual currency menurut IMF. Boleh mainkan fungsi hampir serupa dengan wang kertas yang dikenali sebagai mata wang fiat.
  3. Mata wang fiat dan mata wang digital masing-masing tiada nilai instrinsik. Namun masih layak dianggap wang dalam dunia moden apabila ia mencukupi beberapa ciri wang yang disebut oleh ramai ulama silam dan moden.
  4. Bezanya, mata wang fiat dicipta oleh kerajaan dan nilainya berdasarkan banyak faktor ekonomi sesebuah negara dan juga demand supply.
  5. Manakala mata wang digital (bitcoin etc) dicipta oleh pihak ‘anonymous’ & nilainya juga melalui demand and supply. Cuma penciptaan terhad kepada 21 juta unit sahaja dan ini menjadikan nilainya hanya bergantung kepada demand supply dan keyakinan ramai terhadap sistemnya.
  6. Harus memiliki Bitcoin untuk simpan nilai dan melawan inflasi. Namun WAJIB TAHU risiko nilai sedia ada mungkin ‘burst’ seperti buih yang menngkat sangat tinggi dalam tempoh sangat cepat akhirnya meletup dan kerugian teruk adalah risiko juga.
  7. Harus memiliki Bitcoin untuk membeli barang kerana ada kedai yang menerima bitcoin sebagai bayaran.
  8. Pastikan beli bitcoin di exchange yang sah untuk mengelakkan ditipu. Tidak punyai info yang cukup berkenaan tempat membelinya serta kredibilitinya adalah suatu gharar yang MESTI dielakkan.
  9. Bitcoin melalui proses ‘penempaan’ (mining) yang ketat dengan teknologi ‘block chain’ yang mengikat setiap transaksi juga berdasarkan formula mathematik yang sukar dirosakkan atau ditipu. Ditambah lagi ‘distributed public ledger’ yang telus di antara pihak miner. Setakat pengkajian saya, tiada unsur gharar yang besar di sini. Juga terdapat teknik yang berfungsi seperti digital signature bagi setiap transaksi yang begitu rumit ditiru.
  10. Namun, unsur gharar boleh wujud jika tiada yang tepat dikeluarkan oleh exchange. Dan jika ditipu oleh pihak yang mendakwa menjual bitcoin atau menyediakan e-wallet bitcoin, tidak diketahui tempat untuk membuat aduan.
  11. Hukum hakam ketika penggunaan bitcoin sama seperti mata wang lain. hukum riba’ terpakai dalam urusan bitcoin JIKA TIDAK menepati contohnya syarat TUKARAN secara spot, pinjaman dengan faedah etc.
  12. DITEGAH & TIDAK HARUS memperdagangkan bitcoin untuk mendapat keuntungan dari perbezaan nilai secara spekulasi seperti forex trading. Keadah mendpat wang dengan cara terbabit TIDAK KAITAN dengan pertumbuhan real economy, serta ia bakal menjadikan wang sebagai komoditi dan bercanggah dengan tegahan riba yang tidak membenarkan wang disewakan kerana manfaatnya dengan pulangan wang.
  13. Bitcoin berisiko menjadi ‘tool’ scammer seperti emas, duit kertas dan lain-lain yang digunakan untuk menipu orang awam melalui skim-skim janji untung cepat kaya. WAJIBLAH jauhi SKIM sebegini.
  14. Bitcoin juga besar kemungkinan dijadikan sumber pembayaran penjenayah yang ingin melepasi tapisan kerajaan ketika memindahkan pembayaran. Justeru, itu mungkin menjadikan pihak berkuasa bimbang dengan wang digital ini dan perlu mengawalnya di dalam negara ini.Ini juga menjadikan risiko berurusan dengan bitcoin bertambah.
  15. Bitcoin digelar sebagai speculative asset yang belum stabil nilai sebenarnya dan memerlukan masa untuk lebih stabil, atas sebab itu, ia sangat berisiko tinggi.

NOTA TAMBAHAN

PERLU JELAS BACA catatan saya, kebiasaannya penyokong tegar bitcoin memerlukan pendapat HARUS BITCOIN agar mereka boleh hebahkan dan terus berdagang dan terus menerus berdagang serta berspekulasi atas kenaikan nilai bitcoin yang fluctuate (turun naik), PERLU JELAS, saya TIDAK BERSETUJU dengan hal terbabit.

Justeru jangan ‘spin’ nota dan kenyataan saya kepada hal yang tidak saya persetujui. dan jangan terpedaya dengan mereka yang cuba meyakinkan kalian kononnya saya meluluskannya.

Saya hanya hadkan keharuskan kepada a) simpan nilai b) jadikannya sebagai medium of exchange bagi transkasi pembelian barangan sebenar.

Itu pun dengan syarat telah pastikan ‘gharar’ dikecilkan pada maklumat tempat beli dan tempat jual serta walet adalah dari syarikat yang valid dan berdaftar.

Juga telah pastikan risiko nilai bitcoin jatuh dan lain-lain risiko lain sanggup ditanggung.

Sumber: FB Dr Zaharuddin Abd Rahman

Bitcoin Bukan Sejenis Pelaburan & Menjurus Kepada Scam

Sebelum ini juga kami telah berkongsi berkenaan dengan Bitcoin, dan ternyata ianya bukan sejenis pelaburan dan ada juga yang menjurus kepada scam.

Terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri baik buruk Bitcoin tersebut. Tiada tempat untuk anda mengadu sekiranya anda kerugian atau mata wang digital anda dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab, seperti mana yang berlaku baru-baru ini: Maafkan Kami, RM261 Juta Bitcoin Hilang Dicuri.

Tepuk dada, tanya selera.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.