Deposit Nak Beli Rumah Tak Cukup? Bantuan Sehingga RM30,000 Kini Dibuka!

Sudah lama berhajat nak beli rumah tapi belum cukup dana untuk bayar 10% deposit rumah tersebut? Kini peluang terbuka untuk dapatkan bantuan sehingga RM30,000 dengan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit).

Apa Itu Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)?

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang merupakan satu insentif kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman di mana peruntukan sebanyak RM200 juta akan disediakan oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit.

Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara iaitu bagi meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini akan diselaraskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara.

Syarat Dan Kelayakan Permohonan MyDeposit

Syarat –syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan KPKT :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun ke atas (tiada had umur maksima);
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;
  • Pendapatan isi rumah :

– Pendapatan kasar antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan.

(Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain);

  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli; dan
  • Carta alir permohonan Skim MyDeposit bagi projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale) adalah seperti di lampiran A dan B.

Kriteria Pembelian Projek Perumahan Yang Dibenarkan

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit:

  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale);
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan

Surat Tawaran Bersyarat SKIM MyDeposit.

Surat tawaran bersyarat akan dikeluarkan kepada pemohon yang telah ditapis dan diperakukan untuk ditawarkan Skim MyDeposit:

  • Tempoh tawaran bersyarat yang diberikan adalah 30 hari daripada tarikh surat dikeluarkan untuk pemohon untuk memenuhi perkara-perkara berikut :
  1. Menandatangani Surat Setuju Terima Pembiayaan Deposit Rumah Pertama; dan
  2. Menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan pemaju perumahan atau pemilik rumah.
  • Sekiranya pemohon gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari tersebut, surat tawaran bersyarat ini adalah BATAL dan Kerajaan berhak untuk menolak tuntutan bayaran yang dikemukakan. Kos pembelian rumah tersebut hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon tersebut.

Kaedah Pembayaran Dibawah Skim MyDeposit

Pembayaran Insentif Skim MyDeposit akan dilaksanakan dengan cara berikut :

  • Jumlah insentif MyDeposit bagi satu kelulusan adalah sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksima sebanyak RM30,000 yang mana lebih rendah;
  • Bayaran ini akan dibayar kepada Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) bagi pembelian projek baharu atau Akaun Peguam Perjanjian Jual-Beli Pembeli bagi pembelian pasaran sekunder (subsale); dan
  • Tuntutan bayaran insentif hendaklah dibuat oleh pemohon yang diluluskan dengan mengemukakan dokumen tuntutan seperti berikut :
  1. Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara;
  2. Surat Setuju Terima Tawaran yang lengkap dan ditandatangani;

iii. Akuan Bersumpah yang lengkap dan ditandatangani;

  1. Perjanjian Jual-Beli;
  2. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan yang telah diakui terima; dan
  3. Maklumat berkaitan nama dan nombor Akaun Pemaju Perumahan atau nama dan nombor Akaun Firma Guaman Jual Beli pembeli.

Moratorium

  • Tempoh sekatan moratorium yang dikenakan selama 10 tahun;
  • Syarat moratorium dimasukkan ke dalam surat tawaran pembeli dan surat perjanjian jual beli; dan
  • Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Kaedah Permohonan

  • Permohonan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak. Permohonan boleh dibuat secara online dengan membuka akaun di http://ehome.kpkt.gov.my
  • Permohonan yang lengkap adalah dengan memuat naik semua dokumen yang diperlukan iaitu :
  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Salinan kad pengenalan pasangan;
  • Salinan kad pengenalan / Sijil Kelahiran anak-anak dan tanggungan;
  • Salinan surat nikah/ Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian;
  • Penyata gaji terbaru pemohon;
  • Penyata gaji terbaru pasangan;
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon;
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan;
  • Akaun Bersumpah/ berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan pemohon dan pasangan yang berkerja sendiri dan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah;
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan;
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan; dan
  • Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau tanggungan (jika berkaitan).

Hubungi Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN)

Cawangan Pengurusan Perumahan (MyDeposit)

– 03-8891 4025/ 4026/ 4051/ 4057

Melalui emel

– Pertanyaan Skim MyDeposit: [email protected]
– Masalah Aplikasi: [email protected]

Jom Beli Rumah Pertama Sekarang

Dengan adanya Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit), jom beli rumah pertama anda sekarang. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dana RM200 juta yang diperuntukkan pun dah habis.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sime Darby Property: Strategi Pemilikan Aset Rendah Untuk Kembangkan Portfolio Aset

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.15 dikekalkan, harga saham berpotensi menaik 51% dengan kadar hasil dividen kira-kira 3% untuk FY26F

Kami memandang baik akan pelancaran New Economy Venture Fund (NEVF) oleh Sime Darby Property yang bernilai MYR1.25bn. Dengan adanya dana ini, SDPR akan mempunyai platform lebih besar untuk mempercepat usaha-usaha pembangunan pusat data (DC) dan aset-aset industri dan logistik yang lain tanpa membebankan kunci kira-kiranya. Dengan jangka hayat dana selama lima tahun, kami ramalkan SDPR akan mencapai pulangan lebih besar selepas penutupan dana tersebut, dan mungkin dengan menyuntik aset-aset yang dipegang dalam dana tersebut ke dalam aset REIT-nya yang akan datang.

Melonjakkan keyakinan

Dibangunkan dengan struktur patuh syariah secara menyeluruh, platform pelaburan bukan keperluan utama, NEVF mempunyai dana sehingga MYR1.25bn (dana utama: MYR1bn, dana sampingan: MYR250j). Dana ini menyaksikan pelibatan menggalakkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) (GELM).

Makluman: GELM juga pernah terlibat dalam Dana Pembangunan Perindustrian (IDF) milik SDPR pada tahun 2022. SDPR selaku rakan kongsi dan penaja am kepada NEVF, telahpun mengesahkan pelaburan bernilai MYR500.1j sebagai pelabur bersama pada penutupan pertama. Komitmen modal lain masing-masing ialah MYR100j + MYR250j (dana sampingan) daripada KWSP, MYR200j daripada LTAT, dan MYR199.9j daripada GELM.

Tumpuan pada aset-aset DC dan industri

Penubuhan NEVF dirangkakan dengan penuh strategik dan ia akan membuat pelaburan dalam bangunan DC yang dibina mengikut kehendak pelanggan untuk tujuan pajakan, dan juga pembangunan industri dan logistik dalam projek-projek SDPR. Pada pandangan kami, dana ini merupakan satu pencapaian penting lebih-lebih lagi apabila Taman Perniagaan Elmina (EBP) semakin mendapat keuntungan sementara pihak pengurusan mengutamakan model pembinaan yang sesuai dengan kehendak penyewa untuk tujuan pajakan bagi pembangunan-pembangunan industri yang akan datang untuk mengembangkan portfolio pendapatan berulangnya.

SDPR juga giat membangunkan taman-taman perindustrian lain seperti Bandar Bukit Raja, Vision Business Park, Bandar Universiti Pagoh, maka ada banyak peluang untuk ia mengembangkan portfolio asetnya. Semakin banyak pemain dan syarikat multinasional dilihat membina fasiliti penyimpanan di taman-taman perindustrian milik SDPR. Selain DC2, kami fikir pusat pengedaran automatik milik Mydin yang bernilai MYR450j (kawasan binaan: 786,000kps) di EBP mungkin akan dimasukkan dalam NEVP ini.

Lebih banyak suntikan aset akan dilaksanakan

Walaupun NEVP bernilai MYR1.25bn ini akan membentuk bahagian “ekuiti” dalam pelaburan aset, berdasarkan nisbah hutang berbanding ekuiti sebanyak 70:30, NEVP mungkin akan membuat hutang berjumlah MYR2.9-3bn. Hal ini sekali gus menjadikan jumlah saiz dana selepas hutang (atau modal) mencecah sekitar MYR4.25bn. Dengan ini, ia akan berupaya menyerap lebih banyak aset industri (yang akan dibangunkan) kelak. IRR untuk dana ini adalah sekitar 10-15%.

Kesan minimum pada perolehan jangka dekat

Kami meramalkan SDPR akan mengiktiraf keuntungan penjualan aset sebaik sahaja aset-aset berkaitan disuntikkan ke dalam dana ini. Pendapatan berasaskan bayaran semasa jangka hayat NEVP sepatutnya agak rendah.

Asas Penilaian

Penilaian SOP kami melibatkan:
i. Diskaun 30% pada RNAV untuk segmen hartanah
ii. DCF untuk pelaburan pusat datanya.

Faktor Pemacu Utama

Pemilikan bank tanah yang besar

Risiko Utama

Keadaan pasaran lebih lemah daripada jangkaan

Profil Syarikat

Sime Darby Property ialah pemilik tanah tebesar antara semua pemaju yang tersenarai, dengan pelbagai perbandaran, dan juga pembangunan komersial dan bersepadu.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.