Kenali 21 Syarikat Bermasalah di Bursa Malaysia

Seperti diketahui umum, terdapat 907 syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Namun begitu, bukan semua syarikat ini membuat keuntungan atau berada dalam prestasi yang baik.

Bagi syarikat yang bermasalah, Bursa Malaysia akan kategorikan syarikat ini di bawah status pemerhatian. Bermasalah dari sudut kewangan, laporan kewangan yang tidak tepat, pihak pengurusan yang bermasalah, dan indikator yang paling penting adalah syarikat tersebut mengalami kerugian yang teruk.

Status Practice Note 17 (PN 17) diberi bagi syarikat (kaunter) yang tersenarai di papan utama, manakala Guidance Note 3 (GN3) bagi kaunter didalam ACE Market. Senarai kaunter PN17 dan GN3 ini akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Jika sesebuah syarikat telah diumumkan berstatus PN17 atau GN3, mereka perlu mengemukakan pelan perancangan penstrukturan semula syarikat kepada Bursa Malaysia. Tujuannya adalah untuk membetulkan semula operasi syarikat agar dapat mencapai semula keuntungan. Selepas pelan tersebut dilaksanakan, syarikat berkenaan boleh membuat permohonan rayuan untuk dikeluarkan dari senarai pemerhatian.

Sekiranya syarikat berkenaan gagal berbuat demikian, Bursa Malaysia berhak untuk menggantung urusniaga saham syarikat tersebut dan berkemungkinan akan dinyah senarai daripada pasaran. Jika ada para pelabur yang masih memegang saham syarikat yang telah dinyah senarai ini, risikonya sangat tinggi. Anda berkemungkinan akan kehilangan keseluruhan wang pelaburan jika syarikat tidak dapat membuat bayaran pulangan.

Jika anda mempunyai trading platform, anda boleh mengenal pasti syarikat PN17 atau GN3 apabila terdapat tanda seru ‘!’. Contoh disertakan seperti dibawah.

Senarai penuh syarikat berkenaan seperti dibawah: (Kemaskini terakhir pada 31 Oktober 2017)

Kaunter PN17

  1. ASIA KNIGHT BERHAD (AKNIGHT)
  2. BERJAYA MEDIA BERHAD (BJMEDIA)
  3. CN ASIA CORPORATION BERHAD (CNASIA)
  4. EKA NOODLES BERHAD (EKA)
  5. HB GLOBAL LIMITED (HBGLOB)
  6. KINSTEEL BHD (KINSTEL)
  7. KUANTAN FLOUR MILLS BERHAD (KFM)
  8. LION DIVERSIFIED HOLDINGS BERHAD (LIONDIV)
  9. MAA GROUP BERHAD (MAA)
  10. MALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD (MPCORP)
  11. MAXWELL INTERNATIONAL HOLDINGS BERHAD (MAXWELL)
  12. MULTI SPORTS HOLDINGS LTD (MSPORTS)
  13. NAKAMICHI CORPORATION BERHAD (NAKA)
  14. PERISAI PETROLEUM TEKNOLOGI BERHAD (PERISAI)
  15. PETROL ONE RESOURCES BERHAD (PETONE)
  16. STONE MASTER CORPORATION BERHAD (STONE)
  17. TH HEAVY ENGINEERING BERHAD (THHEAVY)
  18. YFG BERHAD (YFG)

Kaunter GN3

  1. PARLO BERHAD (FORMERLY KNOWN AS CYBERTOWERS BERHAD) (PARLO)
  2. R&A TELECOMMUNICATION GROUP BERHAD (R&A)
  3. WINTONI GROUP BERHAD (WINTONI)

Untuk mendapatkan senarai terkini, anda boleh rujuk laman web Bursa Malaysia di PN17 and GN3 Companies.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stratus Global: Memanfaatkan Fasa Kenaikan Capex Semikonduktor

Nilai saksama (FV) sebanyak MYR1.55 diberi berdasarkan P/E 24x FY27F (Mac)

Stratus Global merancang untuk mengumpul MYR285j daripada IPO, dengan tujuan utama untuk membiayai usaha pengembangan fasiliti, pejabat luar negara dan usaha R&D. Disokong oleh rekod prestasi selama 28 tahun dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih untuk industri semikonduktor dunia, margin yang kukuh dan kitaran menaik jangka panjang dalam capex semikonduktor, kami menjangkakan pertumbuhan perolehan yang teguh kelak. Pada P/E FY28F 12.4x, penilaiannya tampak menarik apabila dibandingkan dengan purata lima tahun Indeks Teknologi Bursa Malaysia (KLTEC) dan CAGR perolehan tiga tahunnya sebanyak 24%.

Dilindungi oleh pengetahuan kejuruteraan yang mendalam

Sejak 1998, kumpulan ini telah membina AMHS berasaskan penyampai proprietari, AMHS hibrid dan penyelesaian ASRS, yang dilengkapi dengan perisian sistem kawalan peralatan (TCS) dalaman miliknya, untuk industri semikonduktor dunia. Penyelesaiannya menerima pensijilan ISO 9001, ISO 14001 dan ISO 45001, dan diguna pakai oleh pelanggan multinasional bahagian depan (untuk mengendalikan pembikin wafer 200mm dan juga 300mm) dan pelanggan semikonduktor bahagian belakang merentasi benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Stratus menjalankan reka bentuk, pembikinan, pemasangan dan pengujian hampir kesemuanya secara dalaman, tidak seperti syarikat pesaing yang menggunakan sumber luar. Hal ini menawarkan perbezaan penting yang menyokong marginnya yang lebih tinggi, sementara syarat-syarat ketat untuk mengendalikan wafer menetapkan halangan tinggi untuk kemasukan pasaran.

Pengembangan fasiliti dan geografi bakal mendorong pertumbuhan

Usaha pengembangan fasiliti Bayan Lepas milik Stratus yang sedang berjalan, dengan sasaran siap pada 3QCY28, akan menambah ruang lantai sebanyak 150-200% dan meningkatkan kapasiti hasil kumpulan daripada USD50-100j sekarang (1 syif kepada 2 syif) kepada USD200-400j selepas pengembangan selesai.

Perkara ini menyokong pelaksanaan buku pesanan belum bayarnya bernilai MYR108.4j (setakat 3 Jun 2026; MYR75.4j akan diiktiraf pada FY27F dan MYR33.0j pada FY28F), di samping pertanyaan yang kukuh dan pengembangan kapasiti bagi pelanggan-pelanggan sedia ada. Pada masa yang sama, kumpulan ini merancang untuk menubuhkan pejabat sokongan jualan dan kejuruteraan di Jepun, Taiwan, Jerman dan AS, sekali gus meluaskan capaian semikonduktor bahagian depan dan belakangnya.

Fasa kenaikan berstruktur semikonduktor memperkukuh permintaan

SEMI menjangkakan capex akan terus diperuntukkan untuk menyokong kapasiti fabrikasi wafer 300mm sehingga tahun 2030, sekali gus menaikkan peratusan penguasaan keupayaan wafer terpasang dunia. WSTS meramalkan industri semikonduktor secara amnya akan berkembang 89.9% pada tahun 2026 berikutan permintaan E&E dan pusat data (DC) yang berpacukan kecerdasan buatan (AI), dengan QYResearch mengunjurkan industri AMHS semikonduktor dunia akan meningkat pada kadar CAGR 5.4% sehingga 2031 kepada paras USD4.5bn.

Dengan mengoperasikan fasilitifasiliti wafer 300mm lebih awal daripada beberapa pesaing AMHS lain, Stratus berkedudukan baik untuk memanfaatkan fasa peningkatan ini, dibantu oleh Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia dan Rancangan Malaysia yang Ke-13.

Ramalan dan penilaian

Kami memperoleh FV MYR1.55 dengan mengenakan P/E 24x pada EPS 6.45 sen untuk FY28F, selaras dengan P/E purata 5 tahun yang direkodkan oleh KLTEC dan CAGR perolehan tiga tahunnya 24% (PEG 1x). Risiko utama, penumpuan pada pelanggan tunggal, kitaran capex semikonduktor, hasil tidak menentu berasaskan projek, dan turun naik FX kerana hasilnya diniagakan dalam USD.

Perihal Syarikat

Stratus Global merupakan syarikat yang menyediakan penyelesaian automasi kilang yang bertapak di Pulau Pinang. Ia berkepakaran dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih bagi industri semikonduktor dunia.

Gambaran Am Kewangan Dan Penilaian

Gambaran Am Syarikat

Rancangan Dan Strategi Masa Depan

  • Pengembangan fasiliti.
  • Pengembangan perniagaan pasaran dari segi geografi
  • Pengembangan pasaran dalam rantaian nilai semikonduktor.

Butiran IPO

Risiko Utama

i. Ketiadaan perjanjian bekalan berjangka panjang;
ii. Kitaran capex semikonduktor;
iii. Penangguhan projek;
iv. Kebergantungan pada pasukan pengurusan utama dan jurutera berkepakaran;
v. Turun naik FX kerana hasil yang diniagakan dalam mata wang USD.