4 Tips Untuk Anda Yang Kerap Berkunjung Ke Pasar Malam

Pasar malam sering menjadi tumpuan ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama. Pastinya, kunjungan mereka ini ke pasar malam hanyalah dengan satu tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan dan kuih-muih yang dijual oleh peniaga.

Bagi peniaga pula, pastinya ia melihat ini sebagai satu bentuk keuntungan bagi pendapatan mereka. Walaupun begitu, sebagai pembeli yang berhemah, anda perlu lebih berhati – hati dengan sikap keterujaan anda ketika berkunjung ke pasar malam.

Jika ianya tidak dibendung, sikap keterujaan tersebut bakal memberikan kemudharatan kepada diri anda sendiri hingga menyebabkan kewangan anda rabak.

Berikut merupakan 4 tips mudah untuk anda yang kerap berkunjung ke pasar malam. Semoga bermanfaat anda.

1. Buat Senarai Menu

Sebelum ataupun ketika sedang dalam perjalanan anda ke pasar malam, sebaiknya untuk anda membuat senarai menu yang ingin anda ingin makan sahaja. Cara ini dapat mengelakkan anda untuk membeli makanan-makanan yang tidak anda perlukan hingga mendatangkan pembaziran sekiranya anda beli dan tidak dimakan.

Buat senarai menu yang tepat dan tidak mengikut serakah nafsu makan semata-mata.

2. Tetapkan Bajet

Ada baiknya jika anda membawa duit tunai yang tidak banyak ketika berkunjung ke pasar malam. Contohnya di sini, anda boleh  menetapkan untuk membawa not RM10 ataupun RM15 sahaja dan tidak boleh lebih daripada nilai tersebut.

Cara begini, dapat membantu anda daripada dipengaruhi oleh nafsu lapar dan nafsu keinginan yang hanya mendorong anda untuk terlebih beli daripada sasaran bajet anda.

3. Beli Makanan Yang Berkhasiat

Sudah namanya pasar malam, pasti pelbagai jenis makanan yang dijual. Apa yang menjadi keutamaan adalah bagaimana cara anda memilih makanan yang sihat dan berkhasiat untuk dibeli.

Elakkan membeli makanan yang mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi, makanan yang berminyak juga berlemak.

Jika anda benar-benar teringin, pastikan anda membeli 2-3 jenis juadah sahaja. 1 juadah yang berat dan 1 juadah lagi yang ringan.

4. Catatkan Pembelian

Setelah balik daripada pasar malam, sebaiknya anda membuatkan catatan ringkas pada buku nota kecil anda berkenaan jumlah keseluruhan perbelanjaan anda di pasar malam.

Cara ini dapat memastikan anda mengetahui tahap pengeluaran duit anda semasa berelanja ketika di pasar malam. Ia juga boleh digunakan sebagai rujukan ketika anda membuat perbelanjaan seterusnya ketika berkeunjung ke pasar malam kelak.

Dah seronok ke pasar malam, jangan abaikan SOP. Pakai mask dan jaga jarak anda dengan orang lain. Kita masih berperang dengan COVID-19.

Selamat membeli!

Previous ArticleNext Article

Jenama Continental: General Tire Secara Rasminya Dilancarkan di Malaysia

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia. Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama. General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Fasa pertama rangkaian produk General Tire, khusus untuk pemandu Malaysia termasuklah:

Rangkaian ProdukCiri-ciriSaiz Tire
Altimax GC5Bunyi rendah, pemanduan selesa, dan penggunaan bahan api yang efisien14” –  15”
Altimax GS6Pemanduan senyap, cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan jangka hayat tayar lebih lama15” – 19”
Grabber AT6Pemanduan di luar jalan raya yang mantap, dan bunyi rendah16” – 18”
Grabber HT6Keteguhan cengkaman brek di jalan basah, selesa, dan jangka hayat lebih lama 16” – 20”

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups. General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan. Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

General Tire bukan sekadar tayar. Ia mengubah setiap pemanduan menjadi satu pengalaman baharu. Jenama ini menyasarkan pemandu yang menikmati kebebasan untuk meneroka, mencari pengembaraan tanpa batasan, dan bergantung kepada tayar yang boleh dipercayai.

Dengan rangkaian produk yang luas kini tersedia di Malaysia, General Tire berazam untuk mengembangkan kehadirannya ke seluruh negara, disokong oleh pemasaran yang menyeluruh dan bersepadu melalui platform digital serta rangkaian pengedar Continental.

Tayar-tayar ini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta melalui Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web kami https://www.generaltire-tyres.com/my/en/, dan ikuti kami di Facebook.