3 Sebab Impian Masih Belum Tercapai

Pernah atau tidak anda mempunyai impian yang belum tercapai? Sering rasa berputus asa apabila susah sangat nak mencapainya?

Setiap pencapaian yang kita impikan atau pun yang telah berjaya kita gapai, adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa, pastinya impian tersebut akan jadi kenyataan jua satu hari nanti.

Tapi pernahkah anda kaji mengapa anda ada impian yang masih belum tercapat? Jom tengok 3 sebab berikut:

1. Minda Yang Negatif

Apa beza orang yang berjaya dengan orang yang gagal? Perbezaannya adalah daripada segi mindset. Jika anda lihat dengan teliti, mereka yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berfikiran positif.

Mereka yang berada dalam golongan ini sentiasa melihat peluang kejayaan berada di hadapan. Tidak kira berapa kali mereka jatuh tersungkur, mereka akan bangkit dan terus berusaha sehingga berjaya.

Disebabkan pemikiran yang sentiasa memandang sudut positif inilah yang menjadikan mereka akhirnya berjaya menggapai impian.

Jika pada hari ini anda masih di takuk lama dengan mempunyai pemikiran yang negatif, bersedialah untuk berubah. Dengan menukar mindset kepada ingin berjaya, segala-galanya pun jadi mungkin.

2. Sering Merungut

Halangan paling besar yang acapkali dipandang remeh, adalah dengan mempunyai sikap yang sentiasa merungut. Buat kerja sedikit dah merungut, kata penatlah, bosanlah dan sebagainya.

Selagi anda mempunyai sikap yang sentiasa merungut, sampai bila pun anda tidak akan berjaya mencapai impian.

Mula dengan bersyukur dengan apa yang anda ada, dan fokus kepada kelebihan yang anda miliki. Lagi banyak anda bersyukur, lagi banyak Pemberi Rezeki akan melipat gandakan pemberian-Nya.

3. Tiada Keyakinan Diri

Selagi kita belum mencuba sesuatu, selagi itu kita tidak akan dapat lihat hasilnya. Bagaimana kita hendak nampak hasil jika kita tidak berani dan tiada keyakinan diri? Bagaimana nak maju kalau masih berasa malu-malu kucing?

Pupuk keyakinan dalam diri untuk berhadapan dengan pelbagai situasi dan keadaan. Apabila anda mempunyai keyakinan yang tinggi, secara automatik anda telah mengorak satu langkah ke hadapan untuk mencapai impian anda.

Cuba bergaul dengan orang yang dah berjaya dan cari rakan-rakan yang boleh membimbing anda dan memberi kata-kata semangat. Lama-kelamaan, anda pasti berjaya seperti mereka juga.

Mulakan perubahan hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PROTON Cemerlang Jual 16,995 Unit Pada Mei, Saga Model Terlaris Malaysia Bulan Lalu

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) terus menguasai pasaran automotif Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 16,995 kenderaan pada Mei.

Prestasi itu dicapai walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia dianggarkan susut 15.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Prestasi kukuh itu meningkatkan jualan PROTON bagi setakat tahun ini kepada 84,294 unit dalam lima bulan pertama 2026.

Jumlah itu mewakili peningkatan 38 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan memberikan syarikat pegangan pasaran dianggarkan 26.7 peratus.

Pertumbuhan itu dicatatkan ketika TIV keseluruhan dianggarkan menguncup 1.4 peratus dalam tempoh yang sama, sekali gus menunjukkan keupayaan pengeluar automotif itu untuk meningkatkan pegangan pasaran dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

Pemacu utama prestasi Mei ialah kebangkitan semula model Proton Saga, yang kembali menjadi kenderaan paling laris di Malaysia dengan 7,398 unit didaftarkan pada bulan lalu, sekali gus meningkatkan jualan setakat tahun ini sebanyak 41 peratus kepada 37,375 unit.

Syarikat itu turut melaporkan permintaan kukuh bagi model Proton S70 dan Proton X50, masing-masing mencatat jualan 2,350 unit dan 2,793 unit.

Jualan terkumpul Proton S70 meningkat kepada 10,525 unit, manakala Proton X50 mencapai 12,967 unit, sekali gus menjadi model dengan jualan tertinggi dalam segmen kenderaan utilitik sukan (SUV).

Sementara itu, Proton X90 terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV D dengan jualan mencecah 402 unit pada Mei, menjadikan jumlah jualan YTD meningkat 38.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Abdul Rashid Musa, berkata prestasi itu mencerminkan keyakinan pengguna yang berterusan terhadap kenderaan yang menawarkan nilai, teknologi dan pengalaman pemilikan yang baik.

Selain itu, perniagaan kenderaan elektrifikasi PROTON turut mencatat keputusan memberangsangkan apabila penghantaran gabungan model e.Mas mencecah 3,022 unit pada Mei merangkumi pasaran domestik dan eksport.

Jualan bagi model e.Mas setakat tahun ini pula mencapai 14,687 unit selepas lima bulan pertama tahun ini.

Model hibrid plug-in (PHEV) baharu Proton e.Mas 7 PHEV mencatat jualan 1,181 unit pada Mei, iaitu bulan kedua berturut-turut mencipta rekod baharu, sekali gus menjadikannya PHEV paling laris di Malaysia.

Jualan terkumpul model itu mencecah 2,936 unit sejak dilancarkan pada Februari lalu.

Versi elektrik sepenuhnya Proton e.Mas 7 turut kembali menjadi EV paling laris di Malaysia bagi bulan berkenaan, dengan penghantaran melonjak kepada 958 unit selepas pengeluaran pemasangan tempatan mencapai tahap yang lebih stabil.

Sementara itu, Proton e.Mas 5 kekal sebagai EV paling laris di negara ini bagi tempoh setakat tahun ini, dengan 9,357 unit telah dihantar setakat ini pada 2026.

Penghantaran bulanan model itu sedikit menurun kepada 883 unit menjelang permulaan operasi pemasangan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata permintaan pengguna terhadap EV dan PHEV mencerminkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap mobiliti elektrifikasi di Malaysia.

“Ketika operasi pemasangan tempatan untuk Proton e.Mas 7 terus dipertingkatkan dan pemasangan tempatan Proton e.Mas 5 mula dijalankan, kami sedang memperkukuhkan keupayaan untuk memenuhi permintaan pelanggan sambil menyokong pembangunan ekosistem EV Malaysia,” katanya.