Biar Betul KWSP Nak Bagi RM250 Percuma Setiap Tahun?

Rileks, baca dulu sampai habis. Kena tau dulu, anda layak ke tak sebab bukan semua orang boleh mencarum dalam skim ini. Sebab ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi. Penulis-penulis di www.majalahlabur.com ramai tak layak sebab makan gaji.

Apa Itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?

Merujuk kepada Laman web KWSP, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.

Apa Pula Definisi Bekerja Sendiri Dan Tiada Pendapatan Tetap?

Di antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap adalah:

  • Petani / nelayan / pemandu teksi
  • Peniaga kecil / penjaja / peniaga pasar malam / peniaga uptown
  • Baby-sitter
  • Ejen menerima komisyen seperti ejen insurans/takaful dan ejen hartanah
  • Freelancer seperti menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding
  • Pemilik perniagaan samada pemilik tunggal atau rakan kongsi yang membeli dan menjual barangan serta perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri seperti akauntan, doktor dan peguam
  • Surirumah
  • Pekerja Berpencen

Syarat-Syarat Kelayakan Lain

  • Warganegara Malaysia
  • ‘’Orang Yang Bekerja Sendiri” ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
  • Merupakan ahli KWSP; DAN
  • Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M)

Kena Simpan RM1,667 Baru Layak Dapat RM250 Setahun

Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022.

Jadi kalau nak dapat maksimum RM250 setahun tersebut, kena pastikan anda ada simpanan sebanyak RM1,667 dalam Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia ini.

2 Langkah Mudah Nak Mencarum Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia

  1. Muat turun Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia [KWSP 16G (1M)atau walk-in mana-mana cawangan KWSP dan isi borang tersebut
  2. Isi Borang KWSP 6A(2) dan buat bayaran minima RM50

Mudah bukan? Nak lagi senang, masukkan terus RM1,667. Kemudian tunggu setahun, dividen dapat, RM250 pun dapat.

Kalau tak nak bayar lump sum, pastikan anda membuat caruman bulanan. Guna perbankan internet dengan Maybank dan Public Bank pun boleh.

Mudah Saja Nak Dapat RM250 Daripada KWSP

Alhamdulillah, cukup mudah hanya dengan dua langkah saja dah boleh melayakkan anda dapat RM250 daripada KWSP melalui Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

Apa tunggu lagi? Jom buka akaun hari ini juga.

Baca juga Harapkan Duit Simpanan KWSP Tidak Cukup Untuk Bersara – Data KWSP

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).