Tips membeli rumah melalui ejen hartanah

Beli hartanah guna ejen?

Urusan jual beli rumah subsale akan lebih mudah jika menggunakan khidmat ejen hartanah.

Setelah memeriksa rumah dan berminat dengan rumah tersebut, ejen akan meminta bayaran 3% @ 3.18% deposit daripada harga rumah sebagai earnest deposit / wang tanda jadi.

Ada juga yang perlu membayar “lock fee” terlebih dahulu sebagai tanda setuju untuk membeli rumah tersebut. Jumlahnya bergantung kepada agensi ejen tersebut. Kemudian, baru selesaikan lagi baki 6.82% @ 7% deposit semasa menandatangani SPA.

Apa yang kita perlu tahu apabila berurusan dengan ejen hartanah:

1. Pastikan berurusan dengan ejen hartanah yang berdaftar. Booking hendaklah dibayar ke akaun bank agensi ejen tersebut. Bukannya transfer duit booking ke akaun persendirian atau membayar tunai kepada ejen. Kalau ejen tersebut kita sudah kenal tak jadi masalah. Kita boleh mengambil tindakan terhadap agensi sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diduga.

Macam mana nak kenal dengan ejen hartanah yang berdaftar?

  • Biasanya ejen hartanah mempunyai kad kuasa tag berwarna merah. Dalam kad tersebut mengandungi nama, No. K/P dan nombor ID REN.
  • Semak di web Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia : http://lppeh.gov.my/. Klik “Search”.

Dapatkan nombor telefon beliau dan nombor telefon pejabat. Dapat bisnes kad lagi bagus. Berhati-hati, ada juga kes REN dah berhenti kerja lepas tu menyamar jadi REN. Sahkan sama ada REN tersebut masih bekerja di agensi tersebut.

2. Bayaran booking boleh dibuat menggunakan cek, bank draf, melalui mesin deposit, secara online ataupun melalui mesin ATM. Pastikan simpan segala bukti pembayaran.

3. Sebelum bayar booking, pastikan ada perjanjian antara kita dengan penjual. Ia dikenali sebagai Letter of Offer To Purchase (OTP). OTP ni borang persetujuan hitam putih antara penjual dengan pembeli di atas harga jualan hartanah tersebut.

4. Pastikan di OTP tersebut ada maklumat:
i. Jenis hartanah.
ii. Alamat penuh hartanah.
iii. Jumlah nilai booking yang perlu dibayar.
iv. Harga beli yang telah dipersetujui.
v. Tarikh.
vi. Tandatangan penjual dan pembeli berserta saksi (ejen hartanah).

5. Antara syarat lain yang terdapat dalam OTP ialah tempoh di antara tarikh booking dan tarikh menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA), biasanya antara 14-21 hari bekerja.

6. Dapatkan kepastian dengan ejen hartanah sekiranya pembiayaan perumahan tidak diluluskan. Kita perlu tahu apa akan jadi dengan duit booking tersebut. Sama ada dipulangkan ataupun hangus begitu sahaja. Biasanya jika pembiayaan perumahan oleh pihak bank tak lepas, deposit akan dipulangkan semula. Jadi, kena tanya ejen betul-betul.

7. Pastikan mendapat salinan OTP ini untuk simpanan.

8. Setelah peguam siapkan SPA, penjual dan pembeli akan menandatangani SPA ini. Sebagai pembeli kita perlu membayar baki 6.82%-7% sebagai baki wang deposit 10% kepada penjual.

Baki 90% harga jualan rumah pula perlu dibayar dalam masa 3 bulan daripada tarikh SPA ataupun mengikut tarikh yang dipersetujui.

9. Proses siapkan SPA akan dilakukan oleh peguam. Sentiasa follow up dengan peguam tersebut.

10. Peguam akan pastikan bahawa rumah yang dibeli tidak mempunyai tunggakan bil cukai pintu, cukai tanah, air, elektrik, penyelenggaraan dan sebagainya.

Setelah selesai kesemuanya, peguam akan menyerahkan baki harga jualan 90% kepada penjual dan dalam masa yang sama, penjual perlu menyerahkan kunci kepada peguam. Setelah itu, kunci akan diserahkan kepada pembeli.

Ingat, buat persediaan awal. Semak dulu CCRIS dan DSR sebelum beli hartanah. Semak kelayakan pembiayaan yang bank boleh bagi mengikut pendapatan. Takdelah lepas dah bayar booking, bank tolak permohonan loan kita.

Sumber asal : Amir Syahir

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bank Lebih Berhati-Hati, Kelulusan Pinjaman Perumahan Menurun

KUALA LUMPUR: Nilai kelulusan pinjaman bagi pembelian hartanah di Malaysia menyusut kepada RM24 bilion pada Mei 2026, mencerminkan cabaran yang semakin ketara dihadapi pembeli rumah apabila institusi kewangan mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam meluluskan pembiayaan.

Berdasarkan nota penyelidikan MBSB Research, nilai kelulusan pinjaman itu merosot 10.7 peratus berbanding bulan sebelumnya, sejajar dengan penyusutan jumlah permohonan pembiayaan yang diterima dalam tempoh sama.

Bagi asas tahunan, kelulusan pinjaman bagi pembelian hartanah turut merekodkan penurunan 8.1 peratus, sekali gus menunjukkan momentum pembiayaan perumahan masih perlahan.

Penganalisis MBSB Research, Jessica Low Jze Tieng, berkata kelembapan itu sebahagian besarnya berpunca daripada penurunan nisbah kelulusan pinjaman apabila bank memperketat proses penilaian kredit terhadap pemohon.

Beliau berkata, nisbah kelulusan pinjaman susut kepada 42.6 peratus pada Mei 2026 berbanding 46.5 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.

“Secara keseluruhannya, pinjaman yang diluluskan lebih rendah sebahagiannya disebabkan nisbah kelulusan yang menurun memandangkan pihak bank kini lebih ketat dalam meluluskan pinjaman,” katanya.

Walaupun berdepan proses pembiayaan yang lebih mencabar, sentimen pembelian hartanah secara keseluruhannya masih kekal stabil, namun jangkaan terhadap pasaran dilihat semakin sederhana.

Jumlah permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah menurun kepada RM56.5 bilion pada Mei 2026, susut 10.1 peratus berbanding bulan sebelumnya selepas mencatat pertumbuhan kukuh pada April.

Menurut MBSB Research, penyusutan permohonan secara bulanan itu berkemungkinan dipengaruhi faktor cuti umum dan cuti persekolahan sepanjang Mei.

Bagaimanapun, secara kumulatif, jumlah permohonan pinjaman bagi lima bulan pertama tahun ini masih meningkat 1.4 peratus kepada RM263 bilion, sekali gus menunjukkan minat terhadap pembelian hartanah masih berada pada tahap yang sihat.

Dari sudut makroekonomi, prospek sektor hartanah dijangka berdepan tekanan sederhana berikutan peningkatan kos sara hidup yang didorong kos elektrik lebih tinggi, turun naik harga bahan api dan peningkatan kos logistik.

“Walaupun impaknya masih terkawal setakat ini, faktor-faktor ini boleh membawa kepada perbelanjaan yang lebih berhati-hati oleh isi rumah pada masa hadapan,” jelas Jze Tieng.

Keadaan itu dijangka menyebabkan bakal pembeli mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam menilai kemampuan kewangan sebelum membuat komitmen pembelian hartanah untuk jangka panjang.

Sehubungan itu, MBSB Research mengekalkan saranan ‘Neutral’ terhadap sektor hartanah berikutan jangkaan pergerakan pasaran yang lebih sederhana dalam tempoh akan datang.

Menurut firma penyelidikan itu, penilaian sektor hartanah ketika ini berada sedikit melebihi purata sejarah, sekali gus mengehadkan potensi peningkatan nilai dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, prestasi saham syarikat hartanah kekal mengatasi pasaran apabila Indeks Hartanah Kuala Lumpur meningkat 4.5 peratus pada separuh pertama 2026 berbanding kerugian marginal 1 peratus yang dicatatkan FBM KLCI bagi tempoh sama.

Prestasi itu dipacu antaranya lonjakan 91.2 peratus saham MKH Bhd susulan Tawaran Am Mandatori oleh Batu Kawan Bhd, manakala GuocoLand Malaysia Bhd meningkat 86.3 peratus selepas proses penswastaan dimulakan oleh pemegang saham pengawalnya, GLL (Malaysia) Pte Ltd.

Dalam persekitaran pasaran yang lebih mencabar, segmen rumah mampu milik dijangka terus menjadi pemacu utama kepada prestasi syarikat pemaju.

MBSB Research turut mengekalkan Mah Sing Group Bhd, Matrix Concepts Holdings Bhd dan IOI Properties Group Bhd sebagai saham pilihan utama sektor itu, disokong kekuatan strategi pembangunan, pengewangan aset serta tumpuan terhadap projek perumahan mampu milik.

— Berita Harian