Sebelum Nak Untung Dalam Pelaburan Saham Kena Sanggup Buat 3 Perkara Ini

Lihat orang lain main saham, untung besar, terdetik dalam hati nak ikut join sekali. Tapi cuba tanya, berapa banyak kerugian yang mereka tanggung sebelum mendapat hasil keuntungan.

Kalau tak berani rugi dan tak boleh konsisten mendalami ilmu, jangan sesekali terlibat dalam saham.

Tahukah anda, pelaburan saham adalah merupakan pelaburan yang berisiko tinggi. 2 perkara yang anda perlu bersedia, untung dan rugi.

Kalau untung mungkin boleh tersenyum sampai telinga, tapi kalau rugi, macam mana pula? Bersedih dan menyalahkan orang lain.

Betul-betul rasa dah bersedia ke nak melabur saham? Baca 3 perkara asas ini dulu.

1. Sanggup Rugi

Mereka yang melabur dalam saham adalah individu yang berani berdepan dengan kerugian. Mereka berani berhadapan dengan risiko kerugian.

Ada orang boleh tahan tengok saham dia jatuh sampai 30%. Tapi ada orang saham dia jatuh 3% pun dah tak senang duduk.

Jika anda hendak melabur saham, asingkan siap-siap duit modal khas.

Jangan pula sibuk tengok duit modal orang lain.

Pelaburan saham berisiko tinggi dan sebab itu pulangannya juga tinggi setimpal dengan risiko yang bakal dihadapi.

Jadi belajar beranikan diri mengambil risiko. Yang lebih penting belajar mengawal risiko. Buat eksperimen pada skala yang mana kalau gagal ia tidak memberikan kesan besar sehingga kita susah untuk bangun semula.

Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Infografik ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

2. Sanggup Buat Kajian

Memang menjadi masalah kepada pelabur saham apabila mereka sering kali keliru untuk membeli saham syarikat mana. Bukan satu dua syarikat saham yang wujud. Dan tidak semua yang wujud itu, akan memjamin pelaburan yang telah dilaburkan.

Silap-silap, jika salah membeli terang-terang dah nampak rugi. Inginkan saham yang berkualiti, bermakna sebagai pelabur saham anda juga perlu bijak memilih syarikat yang berkualiti.

Jika syarikat memperolehi keuntungan berlipat kali ganda, makanya harga saham juga akan berlipat kali ganda. Sebab itu, pelabur saham ini kerjanya hanya membuat analisis tentang syarikat saham daripada pelbagai sumber.

3. Sanggup Tunggu

Kita melabur saham sebab nak buat duit lebih.

Dan biasa orang yang kami jumpa, hari ini melabur esok nak terus untung. Tak ketinggalan pula yang hari ini melabur, esok nak jadi jutawan. Itu yang ada sampai sanggup masuk skim cepat kaya yang akhirnya makan diri sendiri.

Kebiasaannya, pelaburan yang ambil masa panjang ini lebih terdedah kepada risiko yang rendah. Pasaran saham naik turun dengan cepat. Tempoh satu bulan pun dah boleh dikira satu tempoh yang panjang dalam pelaburan saham.

Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Infografik ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Sanggup Belajar?

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Southern Cable Peroleh Kontrak Tambahan RM403.6 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR: Pengeluar kabel dan wayar, Southern Cable Group Bhd terus mengukuhkan aliran tempahan bagi menyokong pengembangan infrastruktur tenaga Malaysia selepas memperoleh kontrak tambahan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Syarikat dalam satu kenyataan berkata kontrak yang dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Southern Cable Sdn Bhd itu merangkumi bekalan kabel kuasa bawah tanah dan pengalir kepada Bahagian Rangkaian Pengagihan TNB.

Perjanjian berkenaan merupakan pelaksanaan opsyen tambahan di bawah kontrak asal yang diberikan pada Februari 2025, sekali gus melanjutkan tempoh bekalan selama satu tahun tambahan bermula Ogos 2026 hingga Ogos 2027.

Dengan kontrak baharu itu, jumlah tempahan dalam tangan kumpulan meningkat melebihi RM1 bilion, sekali gus memberi visibiliti pendapatan yang jelas sehingga 2027.

Pengarah Urusan Southern Cable Group Bhd, Tung Eng Hai berkata kontrak tambahan itu mencerminkan permintaan berterusan terhadap kabel kuasa serta mengesahkan keupayaan teknikal syarikat dalam memenuhi piawaian kebolehpercayaan ketat untuk grid nasional.

Beliau berkata sektor tenaga Malaysia terus mencatat pertumbuhan kukuh dipacu integrasi tenaga boleh baharu, perkembangan pesat pusat data serta pembangunan industri.

“Walaupun kami mengekalkan penghantaran konsisten bagi tempahan sedia ada, kami terus memperluas kapasiti dan portfolio produk untuk merebut peluang pertumbuhan,” katanya.

Southern Cable berkata prospek pertumbuhan jangka panjang syarikat disokong oleh inisiatif pengembangan, termasuk pengukuhan peranannya dalam pembangunan infrastruktur tenaga di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Sejak 2025, kumpulan itu telah memperoleh kontrak dengan TNB berjumlah lebih RM900 juta.

Selain itu, syarikat itu baru-baru ini memperoleh pensijilan produk bagi kabel penghantaran bawah tanah berkapasiti tinggi dengan saiz konduktor sehingga 1,600 milimeter persegi, sekali gus meningkatkan keupayaan untuk menyokong pembangunan grid masa depan.

Bagi menyokong tempahan jangka panjang, rancangan penambahan kapasiti sebanyak 5,000 kilometer menjelang akhir 2026 dijangka memperkukuh keupayaan memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.