Sub Topik
Hari ini, semakin ramai mampu menjana pendapatan sampingan dengan menyewa rumah. Ada yang untung daripada segi capital gain, iaitu kenaikan harga rumah untuk satu tempoh masa; tetapi terpaksa menanggung aliran tunai negatif, iaitu kadar sewa lebih rendah daripada instalment bulanan.
Jom kita tengok beberapa tips untuk memaksimumkan keuntungan rumah sewa anda.
1. Sewa Bilik
Biasa kita dengar, tuan rumah sewakan rumah mereka sepenuhnya. Ianya adalah mudah tetapi keuntungan mungkin tak seberapa.
Bagi penyewa individu yang masih bujang, pastinya mereka ini akan menyewa bilik. Dan kadar sewa mengikut bilik adalah lebih tinggi berbanding kita sewakan seunit rumah.
Namun tidak ramai tuan rumah yang berani menggunakan cara ini kerana mereka khuatir untuk berdepan dengan penyewa yang mempunyai pelbagai ragam. Tetapi percayalah, cara ini dapat membantu anda untuk meraih pulangan yang lumayan.
2. Tempoh Sewa

Biasanya kita sewa untuk setahun terus, senang nak kira. Tetapi baru-baru ini, dilihat ada penyewa yang lebih gemar untuk menyewa untuk satu tempoh yang lebih singkat.
Ada yang mungkin nak sewa setakat 6 bulan, 3 bulan, ada yang nak sewa sebulan saja pun ada. Ini mungkin disebabkan mereka dapat tawaran bekerja secara kontrak atau teman ahli keluarga yang sedang belajar atau terlantar sakit di hospital.
Memang nampak macam letih nak kena sentiasa cari penyewa baru, tetapi golongan ini pastinya sanggup bayar lebih untuk tempoh sewaan yang singkat.
3. Perabot
Jika dibandingkan kadar sewa bagi rumah yang fully-furnished atau penuh dilengkapi perabot, adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar sewa bagi rumah yang semi-furnished atau kosong.
Boleh sediakan kelengkapan seperti sofa, katil, penghawa dingin, televisyen, peti ais, mesin basuh, internet berkelajuan tinggi dan bermacam-macam lagi.
Sama ada penyewa tersebut adalah bujang atau sudah berkeluarga, pasti mereka ini gemar semua benda serba-serbi ada dan tiada masalah untuk membayar kadar sewa yang lebih tinggi.
Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.
- Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
- Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
- Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?
Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.
Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.
Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.
Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:
✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis
Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo






















