Jutawan Hartanah Ini Berkongsi Kenapa Masih Biarkan Si Isteri Bekerja

Zaman kini, suami isteri perlu saling membantu dengan sama-sama bekerja untuk menyara kehidupan keluarga. Ada juga di mana suaminya mampu untuk menampung keperluan perbelanjaan keluarga, namun isteri masih lagi bekerja.

Ikuti perkongsian Tuan Faizul Ridzuan

Nampak macam mampu tanggung semua. Tapi…

Kan Dah Kaya, Kenapa Isteri Perlu Bekerja?

Berkali saya ditanya oleh ramai orang, kenapa saya masih biarkan my better-half (isteri saya) bekerja.

Padahal, ramai berpendapat, pendapatan saya sekarang, mampu tanggung segala keperluan asas. Kami boleh nikmati gaya hidup kelas pertengahan yang selesa.

Baru-baru ni, kecoh tentang seorang artis pukul bini yang sedang dalam pantang. Kes ni dah pun viral, dan banyak menimbulkan kemarahan netizen.

Tergerak saya untuk menulis pandangan, kenapa pasangan patut dibiarkan bekerjaya selepas mendirikan rumah tangga.

Lebih Suka Bini Jaga Anak Dekat Rumah?

Dalam kes saya, pandangan ini banyak berpunca daripada pengalaman daripada keluarga saya sendiri.

Ayah saya seorang yang tradisional. Beliau lebih suka mak saya tak bekerja dan menjaga anak-anak di rumah.

Waktu tu, beliau bekerja sebagai boilerman dekat sebuah hotel di Kuala Lumpur, dan buat bisnes menjual kereta terpakai pada masa yang sama.

Mak saya pula, kerja ‘gomen’ untuk ROC dan lebih suka untuk membina pendapatan sendiri.

Lepas dah berbincang banyak kali tentang perkara ni, mak saya bersetuju dengan pilihan bapa saya dan ambil keputusan untuk berhenti kerja.

14 hingga 18 bulan, terpaksa hidup susah.

Pendekkan cerita, nasib rakyat Malaysia tak berapa baik pada tahun 1997 dan 1998. Krisis kewangan Asia ‘melanggar’ kita.

Bapa saya kehilangan kerja di hotel dan bisnes kereta terpakai tadi, terpaksa gulung tikar akibat terkesan oleh krisis ini.

Segala simpanan yang susah-payah dikumpul sebelum ni, habis dipakai untuk survive.

Dan kami sekeluarga takde sumber pendapatan sebab ayah dah tak bekerja, dan mak pula dah bersara setahun dua sebelum Malaysia dilanda krisis kewangan ini.

Tempoh 18 hingga 24 bulan yang seterusnya, memang susah untuk kami sekeluarga. Kebanyakan masa, kami hanya makan nasi dengan telur saja.

Siapa Boleh Jangka Masa Depan?

Dengan pengalaman yang pernah saya tempuh ni, saya bagithau teman ‘bekas teman wanita’ saya (sekarang dah jadi isteri), yang saya galakkan beliau ada karier sendiri.

Saya tak minta pun beliau berhenti kerja, walaupun beliau tau saya mampu untuk tanggung semua benda.

Sebab apa saya cakap macam ni?

Kita tak pernah tau apa yang bakal berlaku pada masa depan. Dan kalau sebarang perkara buruk terjadi kat saya, keluarga saya tak terkesan sangat sebab beliau masih ada lagi sumber pendapatan.

Dan kalau ada sebarang perkara buruk yang berlaku kat diri saya, 2 puteri kesayangan saya tak perlu hadapi kesusahan yang pernah saya lalui sebelum ni.

Adakah ini keputusan terbaik untuk keluarga saya? Terus-terang, saya tak tahu.

Adakah keputusan ini ideal? Sekali lagi, terus-terang saya cakap, saya tak tahu.

Tapi ini apa yang saya tahu:

1. Terpaksa Bermula Dari Zero

Sesetengah perkahwinan, tak kekal untuk tempoh waktu yang lama.

Pasangan yang dah berkorban untuk berhenti kerja (kes mak saya), terpaksa mencari kerja semula dan bermula daripada zero.

2. Hilang Sumber Pendapatan Utama

Sentiasa ada kemungkinan, pencari nafkah utama keluarga boleh diberhentikan kerja pada bila-bila masa.

3. Mungkin Nasib Kita Tak Berapa Baik

Malang sentiasa tak berbau. Pencari nafkah utama keluarga ada kemungkinan terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Atau lebih teruk lagi, cacat kekal dan tak mampu nak bekerja.

4. Ada Masa Kat Atas, Ada Masa Kat Bawah

Bisnes saya mungkin cemerlang buat duit untuk tempoh setahun dua ini. Dan masih ada kemungkinan, juga bisnes saya tak buat untung untuk tahun yang mendatang.

Kalau takde simpanan yang cukup, ahli keluarga saya yang kena tanggung derita. Ini yang saya tak sanggup nak terima.

5. Masalah Yang Paling Ramai Orang Tak Suka

Atau lebih teruk lagi, jadi macam kes pasangan artis baru-baru ni. Dah jumpa pasangan baru, terus lupa pasangan yang lama.

Kesian yang lama teraniaya.

Yang si suami pergi karaoke dengan teman wanita baru semasa isteri sedang berpantang anak pertama. Siap bantai lagi isteri dia bila kantoi.

Disclaimer : Saya tulis ni, bukan berniat nak hentam atau berlaga dengan mana-mana pihak. Cuma sekadar contoh semata-mata.

Takde apa yang terjamin sampai bila-bila.

Ya, isteri saya masih bekerja semasa artikel ni sedang ditulis. Beliau ada karier sendiri.

Beliau bekerja bersungguh-sungguh setiap hari, sebab takde satu pun perkara dalam dunia ni terjamin. Beliau bekerja sehingga hari ni untuk pastikan masa depan anak-anak kami, terjamin.

Takpe. Saya tak kisah walaupun beliau tak banyak luangkan masa bersama saya. Pada saya, ini jugak salah satu tindakan yang membuktikan kasih sayang beliau.

Kalau si suami minta korang bekerja, tak bermakna dia berharap kat gaji korang tu. Cuba untuk buka minda kita sikit dan pandang pada sudut yang lain buat seketika.

Mungkin si suami risau, takut apa-apa yang buruk berlaku kat keluarga.

Dan kalau si isteri tu bekerja, tak bermakna beliau takde usaha nak jadi seorang mak atau isteri yang baik.

Mungkin niat isteri kita, nak sediakan keluarga kalau (minta dijauhkan) apa-apa perkara buruk berlaku pada suami.

Kasih sayang, bukan takat bersama ke mana-mana macam belangkas.

Tapi juga berkongsi tanggungjawab, tak gitu?

This image has an empty alt attribute; its file name is webinar-faizul-ridzuan-1.8.2021-700x399.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 15 Ogos 2021, jam 9 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.