“Tak Hensem Takpe, Janji Kaya” – 8 Sebab Anda Kena Hadir ‘Menang Saham Online’

Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ini dirasai oleh hampir semua lapisan masyarakat. Pastinya ramai yang terkesan dan hilang sumber pendapatan. Ada yang kehilangan pekerjaan dan ada juga yang terpaksa tutup perniagaan.

Kita sebenarnya ada pilihan sama ada untuk tidak berbuat apa-apa, atau bangkit membuat perubahan.

Jom kita tengok 8 sebab mengapa kita perlu beramai-ramai luangkan masa untuk sertai seminar yang mungkin menjadi turning point dalam hidup kita.

1. Menampilkan Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK)

Siapa yang tak pernah dengar tagline “Tak Hensem Takpe, Janji Kaya” yang sering keluar di corong-corong radio?

Ianya sungguh catchy sehingga terngiang-ngiang dalam kepala.

Tahukah anda, suara orang yang mengungkapkan kata-kata hikmah tersebut adalah Dato’ Dr. Nazri Khan atau lebih dikenali dengan gelaran DDNK?

Dato’ Dr. Nazri Khan (No. Lesen: eCMSRL/B9561/2019) atau lebih dikenali dengan gelaran DDNK berkelulusan Ijazah Ekonomi dan Kewangan dari Universiti Manchester, United Kingdom. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengurus Wang Bertauliah Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd. (204709-U), sebuah syarikat pengurusan wang berdaftar dan berlesen.

Dengan pengalaman dan kepakaran lebih 24 tahun dalam industri ekonomi, kewangan dan pelaburan, kredibiliti dan kewibawaan Dato’ Dr. Nazri Khan terus mendapat pengiktirafan Malaysia dan Dunia apabila baru-baru ini dianugerahkan 2 Anugerah Berprestij Dunia, iaitu:

“Fastest Growing Investment Management Company” – Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd.

https://awards.internationalfinance.com/award-winners/winners-of-financial-awards-2020/

dan

“Best New Asset Management CEO” – Dr. Nazri Khan

https://awards.internationalfinance.com/award-winners/winners-of-leadership-awards-2020/

Bukan itu saja, Sebuah Majalah Kewangan Terkemuka Dunia, iaitu MAGAZINE FINANCE INTERNATIONAL telah memaparkan wajah Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) sebagai muka hadapan bersama 10 muka surat khas (muka surat 32-41) yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

https://internationalfinance.com/digital-issue-january-2021/

Kejayaan dan peribadi Dato’ Dr. Nazri Khan sewajarnya dihargai dan dihormati apabila semangat resmi padi “makin berisi makin tunduk” terus tersemat dalam dirinya. Tiada istilah “putus asa” dalam membantu dan membangunkan anak bangsa dan bumi Malaysia tercinta.

Hal ini terbukti apabila puluhan ribu rakyat Malaysia dan Asia Tenggara termasuk dari seluruh dunia terus dibantu dengan pendedahan ilmu yang digunakan olehnya sendiri sehingga mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa.

Inilah kehebatan anak Malaysia yang wajar dicontohi oleh semua orang tak kira siapa pun kita.

2. Azam Tahun Baru

Masih tidak terlambat rasanya untuk kita mencuba sesuatu yang baru.

“The definition of insanity is doing the same thing over and over again, but expecting different results.”

– Albert Einstein

Kalau selama ini kita tak ambil tahu langsung tentang pelaburan saham, jangan pula merungut sekiranya pulangan daripada pelaburan kita tak pernah cecah dua angka setahun. Asyik dapat 6% setahun atau 8% setahun saja.

Jadikan tahun 2021 yang baru saja bermula ini untuk tambah satu ilmu baru.

3. Seminar Pecah Panggung

Kalau sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia, sebelum adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia, semua seminar yang menampilkan DDNK – semuanya sold-out. Setiap kali buat event, mesti beribu-ribu yang datang.

Dewan sepatutnya muat hanya 2,000 orang, tapi yang datang sampai 6,000 orang sehinggakan penganjur Vega Hermosa terpaksa buka dewan ekstra untuk tampung jumlah peserta yang hadir. Ada yang terpaksa berdiri sepanjang program, sebab dah penuh sangat. Ada juga yang terpaksa dengar dari luar dewan, tapi setia sampai ke penghujungnya.

4. Belajar Secara Online

Sekarang kita pun dah tak boleh berkumpul beramai-ramai, ambil peluang untuk belajar secara online di depan monitor desktop atau laptop, paling tidak pun depan skrin telefon pintar.

Mungkin ada yang kata tak feel belajar secara atas talian, tapi nak buat macam mana kan?

Daripada kita sibuk main online game, lebih baik kita belajar saham secara online.

5. Separuh Hari Yang Berinformasi

Walaupun ianya berlangsung selama beberapa jam saja, tapi kita akan belajar:

Memburu Dan Membeli Syarikat ‘Monster Stocks’?

Rahsia tingkatkan kewangan 10x ganda dengan memburu saham-saham syarikat 100 baggers seperti Apple, Facebook, Nike, Starbucks, McDonalds’, Nvidia, Tesla, Google yang patuh syariah yang naik 10x ganda dalam masa 10 setahun.

Apa Strategi Luar Biasa?

Buat duit ketika pasaran saham naik dan turun. Ketahui teknik dan strategi gandakan keuntungan minimakan kerugian. Blueprint step-by-step jalankan pelaburan sendiri yang Mudah, Sah, Selamat di sisi undang-undang dan paling penting Patuh Syariah.

Pelabur vs Pedagang

Bagaimana untuk jadi pelabur atau pedagang. Ada yang berjaya raih rezeki dalam tempoh singkat, ada yang buat duit dalam 5 minit sahaja atau lebih.

6. Buat Waktu Cuti

Kebanyakan seminar atau sesi perkongsian ilmu oleh DDNK akan diadakan pada hari Sabtu atau Ahad. Maklumlah, kalau buat hari bekerja – tak ramai yang dapat turut serta.

Kini tiada alasan lagi untuk tidak bersama ribuan lagi peserta lain. Tak mungkin kita akan berjaya tanpa melakukan pengorbanan.

Sacrifice sikit hujung minggu anda. Kalau biasanya bangun lambat, kini mulakan hari anda dengan sesuatu yang luar biasa pula.

7. Tahun 2021 Dijangka Ekonomi Akan Pulih

‘History repeat itself’. Sekiranya kita lihat kepada kegawatan ekonomi yang berlaku sebelum ini, ianya tak kekal lama.

Siapa masih ingat Krisis Kewangan Asia tahun 1997?

Siapa masih ingat Krisis Subprime yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2008? Sangat dahsyat ketika itu sehingga bank pun boleh gulung tikar.

Kita semua pastinya terkesan dengan pandemik Covid-19 yang berlaku. Ketika PKP pertama berlangsung pada 18 Mac 2020, ekonomi Malaysia jatuh teruk. Pasaran saham jatuh merudum.

Tetapi selepas itu, ekonomi membuat ‘V shape recovery’. Dia jatuh cepat, dia naik semula pun cepat.

Dan katanya tahun 2021 dijangkakan ekonomi akan kembali pulih. Apabila vaksin mula diedarkan seluruh dunia, apabila pintu sempadan negara dibuka semula, apabila rakyat mula berbelanja; pastinya ekonomi akan pulih.

8. Masuk Adalah Percuma

Masih tak terbuka hati untuk belajar tentang pelaburan saham? Seminar Menang Saham Online ini adalah percuma!

Ya, tak perlu keluar satu sen pun untuk belajar. Tak perlu keluar rumah menghadap jem dan bersesak-sesak untuk dapatkan ilmu. Kita belajar menjadi pemburu peluang dengan memburu saham-saham gergasi dunia (Monster Stock) Patuh Syariah yang dipopularkan oleh DDNK sendiri selama 5 tahun.

Sambil kita santai-santai di rumah, sambil kita minum kopi, sambil kita belajar dan dengar peluang yang ada.

Buat julung-julung kalinya, Majalah Labur dan Vega Hermosa International akan berkolaborasi dalam menjayakan Seminar Menang Saham Online yang bakal diadakan pada

Hari: Ahad

Tarikh: 14 Februari 2021

Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang

*Program ini bertujuan pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Stratus Global: Memanfaatkan Fasa Kenaikan Capex Semikonduktor

Nilai saksama (FV) sebanyak MYR1.55 diberi berdasarkan P/E 24x FY27F (Mac)

Stratus Global merancang untuk mengumpul MYR285j daripada IPO, dengan tujuan utama untuk membiayai usaha pengembangan fasiliti, pejabat luar negara dan usaha R&D. Disokong oleh rekod prestasi selama 28 tahun dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih untuk industri semikonduktor dunia, margin yang kukuh dan kitaran menaik jangka panjang dalam capex semikonduktor, kami menjangkakan pertumbuhan perolehan yang teguh kelak. Pada P/E FY28F 12.4x, penilaiannya tampak menarik apabila dibandingkan dengan purata lima tahun Indeks Teknologi Bursa Malaysia (KLTEC) dan CAGR perolehan tiga tahunnya sebanyak 24%.

Dilindungi oleh pengetahuan kejuruteraan yang mendalam

Sejak 1998, kumpulan ini telah membina AMHS berasaskan penyampai proprietari, AMHS hibrid dan penyelesaian ASRS, yang dilengkapi dengan perisian sistem kawalan peralatan (TCS) dalaman miliknya, untuk industri semikonduktor dunia. Penyelesaiannya menerima pensijilan ISO 9001, ISO 14001 dan ISO 45001, dan diguna pakai oleh pelanggan multinasional bahagian depan (untuk mengendalikan pembikin wafer 200mm dan juga 300mm) dan pelanggan semikonduktor bahagian belakang merentasi benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Stratus menjalankan reka bentuk, pembikinan, pemasangan dan pengujian hampir kesemuanya secara dalaman, tidak seperti syarikat pesaing yang menggunakan sumber luar. Hal ini menawarkan perbezaan penting yang menyokong marginnya yang lebih tinggi, sementara syarat-syarat ketat untuk mengendalikan wafer menetapkan halangan tinggi untuk kemasukan pasaran.

Pengembangan fasiliti dan geografi bakal mendorong pertumbuhan

Usaha pengembangan fasiliti Bayan Lepas milik Stratus yang sedang berjalan, dengan sasaran siap pada 3QCY28, akan menambah ruang lantai sebanyak 150-200% dan meningkatkan kapasiti hasil kumpulan daripada USD50-100j sekarang (1 syif kepada 2 syif) kepada USD200-400j selepas pengembangan selesai.

Perkara ini menyokong pelaksanaan buku pesanan belum bayarnya bernilai MYR108.4j (setakat 3 Jun 2026; MYR75.4j akan diiktiraf pada FY27F dan MYR33.0j pada FY28F), di samping pertanyaan yang kukuh dan pengembangan kapasiti bagi pelanggan-pelanggan sedia ada. Pada masa yang sama, kumpulan ini merancang untuk menubuhkan pejabat sokongan jualan dan kejuruteraan di Jepun, Taiwan, Jerman dan AS, sekali gus meluaskan capaian semikonduktor bahagian depan dan belakangnya.

Fasa kenaikan berstruktur semikonduktor memperkukuh permintaan

SEMI menjangkakan capex akan terus diperuntukkan untuk menyokong kapasiti fabrikasi wafer 300mm sehingga tahun 2030, sekali gus menaikkan peratusan penguasaan keupayaan wafer terpasang dunia. WSTS meramalkan industri semikonduktor secara amnya akan berkembang 89.9% pada tahun 2026 berikutan permintaan E&E dan pusat data (DC) yang berpacukan kecerdasan buatan (AI), dengan QYResearch mengunjurkan industri AMHS semikonduktor dunia akan meningkat pada kadar CAGR 5.4% sehingga 2031 kepada paras USD4.5bn.

Dengan mengoperasikan fasilitifasiliti wafer 300mm lebih awal daripada beberapa pesaing AMHS lain, Stratus berkedudukan baik untuk memanfaatkan fasa peningkatan ini, dibantu oleh Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia dan Rancangan Malaysia yang Ke-13.

Ramalan dan penilaian

Kami memperoleh FV MYR1.55 dengan mengenakan P/E 24x pada EPS 6.45 sen untuk FY28F, selaras dengan P/E purata 5 tahun yang direkodkan oleh KLTEC dan CAGR perolehan tiga tahunnya 24% (PEG 1x). Risiko utama, penumpuan pada pelanggan tunggal, kitaran capex semikonduktor, hasil tidak menentu berasaskan projek, dan turun naik FX kerana hasilnya diniagakan dalam USD.

Perihal Syarikat

Stratus Global merupakan syarikat yang menyediakan penyelesaian automasi kilang yang bertapak di Pulau Pinang. Ia berkepakaran dalam penyelesaian sistem pengendalian bahan automasi (AMHS) bilik bersih bagi industri semikonduktor dunia.

Gambaran Am Kewangan Dan Penilaian

Gambaran Am Syarikat

Rancangan Dan Strategi Masa Depan

  • Pengembangan fasiliti.
  • Pengembangan perniagaan pasaran dari segi geografi
  • Pengembangan pasaran dalam rantaian nilai semikonduktor.

Butiran IPO

Risiko Utama

i. Ketiadaan perjanjian bekalan berjangka panjang;
ii. Kitaran capex semikonduktor;
iii. Penangguhan projek;
iv. Kebergantungan pada pasukan pengurusan utama dan jurutera berkepakaran;
v. Turun naik FX kerana hasil yang diniagakan dalam mata wang USD.