Beli Saham Tanpa Caj Brokerage, Siap Dapat Baucar Membeli-Belah Lagi

Baru-baru ini, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd telah melancarkan kempen bernama ‘Buy Bye Brokerage, Hello Shopping Vouchers’. Ini bagi menggalakkan para pelabur untuk lebih bergiat aktif dalam pasaran saham.

Kempen yang dijalankan sehingga 30 Oktober 2020 adalah untuk akaun Islamik CGS-CIMB iTrade dan sah untuk setiap transaksi belian di Bursa Malaysia. Selama sebulan tak perlu bayar sebarang brokerage untuk transaksi belian, memang nak galakkan lebih ramai orang Bumiputera untuk terlibat dalam pelaburan saham ini.

Beli saham patuh Syariah, untung daripada saham pun dapat, jimat duit brokerage pun dapat, baucar membeli-belah bernilai sehingga RM1,000 pun boleh dapat.

Bursa Malaysia Catat Rekod Dagangan Saham Tertinggi Dalam Sejarah!

Ingat tarikh keramat 13 Mei 2020, kerana pada hari ini Bursa Malaysia telah mencatatkan jumlah dagangan saham yang tertinggi dalam sejarah. 9.59 bilion unit telah bertukar tangan dengan RM5.1 bilion telah diniagakan sepanjang hari tersebut.

Dengan adanya promosi dari CGS-CIMB ini, sudah pastinya lebih ramai pelabur runcit akan melibatkan diri dalam pelaburan saham. Market tengah cantik, rugi kalau kita tak rebut peluang yang ada.

Bukan setakat kempen ‘Buy Bye Brokerage, Hello Shopping Vouchers’ saja yang kita boleh dapat manfaat, banyak lagi kelebihan membuka akaun dengan CGS-CIMB iTrade.

Hanya Perlu Satu Akaun Untuk Trade Saham Bursa Dan Global

Kalau sebelum ini kita kena buka satu akaun trading untuk Bursa Malaysia dan satu lagi akaun trading untuk pasaran saham global; kini kita hanya perlu buka satu akaun saja dengan CGS-CIMB iTrade.

Dengan satu akaun trading ini, kita dah boleh melabur dan berdagang bukan sahaja di Bursa Malaysia; tetapi di Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura, Thailand dan Singapura.

Dapatkan Ilmu Pelaburan Secara Percuma

Di CGS-CIMB juga, banyak ilmu yang dikongsi di Facebook ITradeIslamic berkenaan pelaburan. Ada juga artikel mengenai ‘Market Outlook’ setiap hari untuk kita tahu perkembangan terkini dunia pelaburan.

Ada juga webinar yang dianjurkan setiap minggu untuk kita memantapkan ilmu pelaburan.

Macam-macam topik ada, dan macam-macam lagi topik menarik yang bakal diadakan pada masa hadapan.

Anda semua kena follow Facebook ITradeIslamic bagi mendapatkan ilmu berkenaan pelaburan dan kewangan, daripada orang dalam industri yang berpengalaman. Bila dah ada ilmu, barulah keuntungan dapat ditingkatkan dan kerugian dikurangkan.

Rebut peluang untuk buka akaun trading Islamik dengan CGS-CIMB iTrade untuk nikmati pelbagai manfaat yang disediakan.

Tinggalkan komen di CGS-CIMB iTrade Islamic Facebook Page untuk menikmati tawaran ini.

Ambil tahu juga 4 Kelebihan Trade Saham Global Dengan Akaun Islamik Daripada CGS-CIMB Securities. Dengan satu akaun trading, kita dah boleh trade Bursa Malaysia, Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura, Thailand dan Singapura. Patuh syariah pula tu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ACSR Keluar Laporan Kemampanan Ilustrasi untuk Membimbing Syarikat mengenai Piawaian ISSB

Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) hari ini mengeluarkan Laporan Kemampanan Ilustrasi (ISR) berdasarkan Piawaian ISSB , untuk menyokong pendedahan kemampanan di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Dua ISR tersebut disediakan untuk sektor perladangan dan pembinaan. Matlamat keduadua laporan adalah untuk menyediakan rujukan ilustrasi kepada syarikat apabila menggunapakai keperluan IFRS S1 dan IFRS S2 dalam pendedahan kemampanan mereka.

Laporan ini adalah sebahagian daripada PACE (Dasar, Andaian, Kalkulator, Pendidikan), iaitu inisiatif ACSR yang menyediakan panduan dan pembinaan kapasiti untuk pelaporan kemampanan.

ISR telah disediakan dengan memberi fokus kepada industri untuk mencerminkan laporan sejajar ISSB praktikal. Dalam membangunkan ISR, ACSR telah melibatkan pemain industri untuk memahami cabaran praktikal dalam keperluan pelaporan.

Pengerusi SC dan ACSR Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata, “ISR menawarkan panduan tepat pada masanya dan menyediakan contoh terperinci untuk membantu syarikat menyediakan laporan kemampanan mereka selaras dengan Piawaian ISSB.”

Inisiatif PACE lain termasuk Program Penyedia NSRF (NPP). RFN telah dilancarkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), cabang latihan SC. Sesi pertama telah dijalankan pada 15 Julai 2025, dengan sesi selanjutnya dijadualkan sepanjang tahun.

Ia termasuk modul mengenai pelaporan kemampanan menurut Laporan Kemampanan Ilustrasi, pengiraan dan pelaporan pelepasan GHG Skop 3, dan analisis senario berkaitan iklim.

ISR boleh didapati di www.sc.com.my/nsrf/resources. Untuk pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ACSR di [email protected].