Cara Mudah Mulakan Bisnes Online

Sejak pandemic Covid-19, ramai yang telah hilang sumber pendapatan. Sedih bila mendengar rintihan golongan wanita terutamanya dalam kalangan suri rumah terpaksa membanting tulang demi membantu suami menjana pendapatan demi kelangsungan hidup.

Jadi untuk menampung kos sara hidup yang semakin mencabar anda perlu mencari peluang untuk mengubah hidup.

Apa yang kami lihat, terdapat dua cadangan iaitu:

•  Memulakan bisnes online

•  Menukar bisnes sedia ada dari cara lama ke bisnes online

Kita perlu menerima hakikat bahawa cara menjalankan bisnes telah berubah dan mereka yang tidak mahu menyesuaikan diri akan terus ketinggalan.

Ini kerana pengguna juga akan memilih untuk membeli dalam talian (online) seperti yang dipraktikkan ketika PKP. Pengguna ingin melihat dan tengok produk melalui online, justeru transaksi pembayaran juga dilakukan secara online.

Banyak kisah kejayaan bisnes online yang kita dengar. Nampak macam biasa, tapi ramai yang mampu menjana ribuan ringgit sehari hasil dari perniagaan online

Namun bila nak mulakan bisnes online ini, bukan pejam mata boleh terus jalan. Bagi usahawan antara cabaran dihadapi adalah masalah peranti (laptop atau smartphone yang mahal), serta paling utama talian internet yang sendu. 

Sebab itu Celcom Business nak bantu para usahawan untuk mudahkan perniagaan secara online.

1. Internet Laju Tanpa Had Dengan Business Wireless

Bila buat bisnes online, syarat wajib ada adalah talian internet. Talian internet kena ‘power’ tak kira di mana anda berada. Dengan Celcom Business, para usahawan boleh melanggan pakej internet laju dan tanpa had dalam satu pakej bulanan yang mampu milik. 

Nak pasang pun mudah dengan adanya fungsi ‘Plug and Play’. Siap boleh guna dekat pelbagai peranti. Boleh guna untuk laptop, tablet atau smartphone.

2. Terima Bayaran Dengan Kod QR

Sekarang adalah zaman orang tak nak bawa duit tunai. Semua benda kalau boleh nak scan. Haa, berita baiknya jika anda ada gerai atau kedai makan, sekarang bolehlah menerima bayaran daripada pelanggan dengan memanfaatkan aplikasi MESINKIRA yang datang sekali dalam pakej Celcom Business tadi. Dengan adanya MESINKIRA, usahawan boleh menerima bayaran secara debit/kredit dan eTunai dengan senang. Hanya guna kod QR!

3. Upgrade Internet Dengan Business Fibre

Kalau tadi rasa internet biasa tak cukup laju dan nak upgrade ke Internet fibre pun boleh dengan Celcom Business. Dapatkan internet berkelajuan tinggi tanpa had dan lebih stabil dengan Celcom Business FibreTM. Sekarang siap dapat percuma Google Workspace lagi!

Dekat Google Workspace boleh bangunkan macam-macam extension Gmail untuk mengautomasikan kerja bagi menjimatkan masa dan duit. 

4. Promosi dan Hebahan

Semua orang tahu pentingnya ada database dalam bisnes. Dengan fungsi ini, peniaga boleh hantar SMS kepada lebih ramai pelanggan secara serentak. Senang nak hantar SMS promosi terkini atau pelancaran produk baharu dan macam-macam lagi.

5. Dapatkan Pelanggan Baharu Mengikut Lokasi 

Disamping itu, Celcom Business turut menawarkan Location Based Advertising. Fungsi ini dapat membantu para peniaga untuk mengiklankan dan promosi bisnes dengan lebih berkesan. Contohnya usahawan boleh menyasarkan pelanggan berdasarkan lokasi tertentu (dekat dengan area kedai) dan menghantar SMS kepada mereka dengan maklumat tentang kedai dan promosi terbaharu. 

6. Pelan data & Pakej Peranti Terbaik

Akhir sekali, semua langkah di atas tidak akan berjaya jika peniaga tiada peranti yang baik untuk memulakan bisnes online. Celcom Business menawarkan pelbagai pelan pakej peranti mudah alih seperti telefon pintar untuk membantu para usahawan memulakan bisnes. Boleh pilih ikut bajet dan kemampuan masing-masing.

Makin mudah nampaknya untuk kita setup bisnes online. Cubalah Celcom Business hari ini.

Previous ArticleNext Article

Malaysia Akan Menganjurkan Persidangan E-Dagang ASEAN Pertama

Bersempena dengan Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada tahun ini, Malaysia bakal menjadi tuan rumah Persidangan E-Dagang ASEAN 2025 (ASEAN E-Commerce Conference 2025) yang akan berlangsung pada 24 hingga 25 November 2025 di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Persidangan dua hari ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik bersama Malaysia E-Commerce Chapter di bawah Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI).

Persidangan yang bertemakan “ASEAN E-Commerce Transformation: Bridging Gaps, Enhancing Competitiveness” yang julung kalinya diadakan ini akan menghimpunkan penggubal dasar, agensi-agensi kawal selia, pemain-pemain industri dan usahawan dalam talian dari seluruh negara ASEAN untuk membincangkan hala tuju strategik transformasi e-dagang serantau yang dinamik dan berdaya saing. Persidangan ini turut disokong oleh pemain-pemain industri e-dagang terkemuka dalam negara seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop, Mudah.my dan Carousell serta penaja bersama yang lain.

Kerjasama strategik antara KPDN dan pemain utama industri e-dagang ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kepercayaan digital, mendorong inovasi serta memastikan pertumbuhan ekonomi digital yang inklusif di peringkat serantau. Persidangan ini turut menekankan aspek pengukuhan kawal selia perlindungan pengguna serta pembangunan ekosistem digital yang mampan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (ASEAN Digital Economy Framework Agreement, DEFA) yang kini sedang dimuktamadkan.

Objektif persidangan ini ialah menjadikan e-dagang sebagai pemacu utama ekonomi ASEAN dan memperkukuh kawal selia perlindungan pengguna. Fokus utama terbahagi kepada dua teras utama berikut:

  • Mewujudkan pasaran e-dagang yang diyakinimeliputi usaha memperkukuh perlindungan pengguna dalam talian, cabaran kawal selia rentas sempadan, isu berkaitan cetak rompak digital dan penjualan barangan tiruan; dan
  • Memperkasa ekosistem digitalsebagai peluang untuk memperkukuh ekonomi digital ASEAN termasuk mempertingkatkan jaringan logistik last-mile, akses kepada kewangan digital seperti Buy Now Pay Later (BNPL) dan usaha memperkasa usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui e-dagang.

MICCI yakin bahawa e-dagang berupaya mengubah ekonomi, memperkasa komuniti dan membina daya tahan di seluruh ASEAN. Namun, ia memerlukan kesepakatan dari aspek peraturan, kesiapsiagaan ekosistem, dan kerjasama rentas sempadan. Persidangan ini bakal menjadi platform untuk memperkukuh dialog antara industri dan pengawal selia, serta membina ekosistem inklusif di mana semua, daripada platform global hingga PMKS luar bandar, mampu berkembang.

Persidangan ini dijangka menarik penyertaan lebih 350 peserta termasuk wakil-wakil dari negara-negara ASEAN dan akan menampilkan Sesi Perbincangan Panel dan Sesi Perkongsian bersama tokoh industri dan penggubal dasar yang akan berkongsi pandangan strategik berkaitan dasar, inovasi serta cabaran industri
e-dagang sejajar dengan matlamat memperkukuh ekosistem e-dagang serantau. Sebanyak 14 sesi melibatkan 33 ahli panel merangkumi gabungan sektor awam serta swasta dari dalam dan luar negara telah dijadualkan.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ucaptama akan disampaikan oleh Encik James Dong, Presiden, International Marketplace, Alibaba International Digital Commerce Group, barisan penceramah berprofil tinggi daripada sektor awam dan swasta, termasuk tokoh-tokoh penting yang akan berkongsi pandangan dan pengalaman dalam bidang e-dagang serta transformasi digital seperti berikut:

  • YBhg. Datuk Roziah binti Abudin

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) KPDN;

  • Encik Zhou Jun Jie

Ketua Pegawai Komersial, Shopee (Singapore) Pte Ltd;

  • YBhg. Dato’ Indrani Thuraisingham

Naib Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA);

  • Puan Wimonrat Rukkhaworakul Teriyapirom

Pengarah

International Cooperation Section, Office of the Consumer Protection Board of Thailand

  • Encik Eric Pelletier

Naib Presiden

Ketua Hal Ehwal Kerajaan Antarabangsa, Alibaba Group;

  • Cik Saovanee Somchit

Pengarah

Shopee Malaysia

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), nilai pendapatan tahunan sektor e-dagang mencatatkan peningkatan saban tahun dengan rekod bagi tahun 2024 mencecah nilai RM1,230.6 bilion. Terkini, untuk suku pertama dan kedua tahun 2025 sahaja; pendapatan e-dagang sudah mencapai RM625 bilion. Angka ini sahaja sudah RM13.5 bilion lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Di peringkat ASEAN, Laporan e-Conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Bain & Company melaporkan ekonomi digital ASEAN menjana pendapatan sebanyak USD11 bilion pada tahun 2024, hampir tiga kali ganda berbanding tahun 2022. Nilai ekonomi digital serantau dijangka mencapai USD1 trilion menjelang 2030, dengan e-dagang sebagai sektor paling pesat berkembang.

Ia diunjurkan mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 22%, dengan nilai dagangan kasar (Gross Merchandise Value – GMV) mencecah sekitar USD230 bilion menjelang 2026.

KPDN ingin mengalu-alukan penyertaan semua pihak yang berminat daripada agensi-agensi kerajaan, pemain industri, ahli akademik, usahawan e-dagang dan badan-badan bukan kerajaan untuk turut sama menyertai persidangan ini. Pendaftaran bagi Persidangan E-Dagang ASEAN 2025 kini dibuka kepada semua pihak yang berminat dan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web rasmi berikut https://www2.micci.com/asean-e-commerce-conference-2025. Promosi harga tiket awal (Early Bird) juga akan ditawarkan sehingga 15 Oktober 2025. Penyertaan semua pihak dalam persidangan ini amat penting bagi memperkukuh ekosistem digital serantau serta melonjakkan agenda ekonomi digital negara. KPDN kekal komited sebagai pemangkin kerjasama strategik, perlindungan pengguna dan pembangunan e-dagang yang mampan demi manfaat rakyat dan kesejahteraan serantau.