Bekalan Yang Pelbagai Lindungi Malaysia Daripada Gangguan Minyak Serta-Merta – MPRC

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) –Bekalan minyak Malaysia kekal stabil, disokong oleh penyumberan minyak mentah dan produk yang pebagal, serta infrastruktur penyimpanan laut dalam dan terminal di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Presidendan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) Mohd Yazid Jaafar berkata Malaysia kekal berdaya tahan dari segi operasi dan bekalan domestik, disokong oleh Petrolam Nasional Bhd (Petronas), pengurusan stok negara serta kemudahan sedia ada di PIPC dan lokasi lain.

MPRC lalah agensi Kementerian Ekonomi yang diberi mandat untuk membangunkan dan mempromosikan sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas Malaysia, termasuk memperkukuh keupayaan industri, menarik pelaburan dan menyokong pengantarabangsaan penyedia perkhidmatan tenaga Malaysia.

Mekanisme di peringkat dasar juga boleh diaktifkan sekiranya keadaan memerlukan, katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Mohd Yazid berkata walaupun rizab minyak Malaysia bukan satu perkara yang membimbangkan namun negara ini seperti kebanyakan ekonomi lain tidak sepenuhnya terlindung daripada pergerakan harga minyak mentah global.

Ini kerana Malaysia masih mengimport sebahagian besar minyak mentah dan produk petroleum bertapis, katanya.

“Kita terdedah kepada pergerakan harga minyak global walaupun kita menghasilkan dan mengeksport minyak mentahgred lebih tinggi.

“Secara amalannya, ini bermakna ketersediaan fizikal di dalam negara kekal stabil, manakala harga di pam dan perbelanjaan subsidi dipengaruhi oleh penanda aras antarabangsa,” katanya.

Sektor penapisan Malaysia lazimnya mengimport minyak mentah gred lebih berat yang sesuai untuk pemprosesan domestik, di samping mengeksport minyak mentah ringan dan rendah sulfur yang dihasilkan di luar pesasar, yang sebahagiannya menjelaskan keperluan berterusan untuk mengimport walaupun negara ini merupakan pengeluar minyak.

Isu ini kembali menjadi perhatian susulan kebimbangan terhadap bekalan minyak global selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menganjurkan mesyuarat menteri tenaga Kumpulan Tujuh (G7) awal minggu ini.
IEA bersetuju melepaskan rizab minyak kecemasan susulan gangguan pengeluaran dan eksport berkaitan konflik di Asia Barat terus memberi tekanan kepada pasaran global.

Penghantaran melalu Selat Hormuz turut terganggu, memaksa sebahagian pengeluar di rantau itu mengurangkan pengeluaran. Kira-kira 20 peratus daripada bekalan hartan minyak dunia dan sekitar 20 peratus daripada penghantarangas asli cecair (LNG) global melalu laluan sempit itu menjadikannya antara titik laluan paling utama dalam perdagangan tenaga global.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pengeluaran minyak mentah dan kondensat Malaysia meningkat 1.1 peratus kepada 183.6 Juta tong pada 2025.

Berdasarkan suku tahunan, pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat 4.5 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2025, berbanding pertumbuhan 7.9 peratus yang dicatatkan pada suku ketiga.
Jumlah pengeluaran mencecah 478 juta tong pada suku keempat 2025, meningkat daripada 451 juta tong pada suku ketiga. Nilal eksport petroleum mentah dan kondensat meningkat kepada RMS.1 bilion pada suku keempat 2025 daripada RM53 bilion pada suku sebelumnya.

Pada masa sama, eksport LNG meringkat kepada RM13.5 billion dalam sukuyang sama daripada RM12.2 bilion sebelumnya.

Import petroleum mentah dan kondensat turun kepada RMII.5bilion pada suku keempat 2025 daripada RM16.0 bilion yang dicatatkan pada suku ketiga 2025.

Berdasarkan data rizab dan pengeluaran global, Malaysia mempunyai rizab minyak terbukti sebanyak 2.7 bilion tong setakat 2023, menjadikannya pemilik rizab minyak kedua terbesar di Asia Tenggara.
Walaupun rizab berkurangan sejak 2022, namun sebanyak 19 penemuan baharu direkodkan pada 2023 yang berpotensi menambah lebih satubilion tong setara minyak.

Daripada jumlah itu, 16 penemuan terletak di Sarawak manakala tiga lagi di Sabah.

Mengulas langkah IEA itu, Mohd Yazid berkata keputusan agensi tersebut untuk melepaskan rizab minyak boleh membantu meredakan kekanganbekalan segera di pasaran global.

“Namun, situasi geopolitik akan terus memberi tekanan kepada persekitaran bekalan. Aliran maritim melalui Selat Hormuz serta sebarang gangguan lanjut terhadap loji penapisan dan logistik di rantau Asia Barat masih menjadi faktor utama yang perlu diperhatikan.

“Pelepasan stok memberi sedikit masa dan mengurangkan kejutan, tetapi kelegaan mengenai harga yang berkekalan akhirnya bergantung kepada keselamatan aliran bekalan fizikal yang kembali pulih.

“Ini mungkin mengambil masa walaupun selepas situasi stabil kerana rantaian bekalan memerlukan masa untuk kembali normal,” katanya.

Mohd Yazid berkata Malaysia bukan anggota IEA, oleh yang demikian negara ini tidak terikat untuk menyertai tindakan pelepasan stok secara kolektif.

“Sebaliknya, sebagai negara rakan, Malaysia bekerjasama dengan IEA dalam aspek dasar tenaga dan keterjaminan tenaga,” katanya.
— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Signature Memperkasa Pusat Kechara Soup Kitchen Di Jalan Imbi Untuk Memperluas Impak Komuniti

KUALA LUMPUR: Signature International Berhad (“Signature”) hari ini memperkenalkan Pusat Dapur Pengagihan Makanan & Pemerkasaan 2-dalam-1 yang pertama seumpamanya diterajui oleh korporat, hasil kerjasama bersama Kechara Soup Kitchen (KSK).

Inisiatif ini menyaksikan pusat KSK di Jalan Imbi dinaik taraf menjadi sebuah kemudahan khusus yang menggabungkan pengagihan makanan dengan pemerkasaan komuniti.

Inisiatif ini mencerminkan kepercayaan Signature bahawa perniagaan mampu mewujudkan impak sosial yang lebih besar dengan menerapkan kepakaran yang telah dibangunkan selama bertahun-tahun.

Bagi Signature, yang telah memberi tumpuan kepada penyediaan ruang kediaman berfungsi selama lebih tiga dekad, projek ini memberi peluang untuk menyumbangkan keupayaan dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan serta pengurusan projek bagi menyokong keperluan KSK yang terus berkembang.

Dilaksanakan menerusi Signature Cares, platform tanggungjawab korporat jangka panjang Kumpulan, inisiatif ini memperluaskan kepakaran Signature melangkaui ruang kediaman dan ke dalam komuniti.

Signature mereka bentuk semula pusat Jalan Imbi berdasarkan keperluan operasi organisasi tersebut, di samping mewujudkan ruang yang mampu menyokong program pemerkasaan pada masa hadapan.

Selama hampir dua dekad, pusat Kechara Soup Kitchen di Jalan Imbi telah menjadi salah satu hab komuniti utama organisasi tersebut, menyediakan makanan, bantuan kebajikan serta sokongan kepada individu dan keluarga yang berdepan kesukaran.

Seiring dengan perkembangan usaha jangkauan komuniti, keperluan terhadap sebuah kemudahan yang mampu menyokong pengagihan makanan secara lebih cekap serta program yang melengkapkan penerima manfaat dengan kemahiran praktikal untuk mencapai kebergantungan diri yang lebih tinggi turut meningkat.

Dengan pengalaman lebih 30 tahun sebagai penyedia penyelesaian Total Home & Living terkemuka di Malaysia, Signature telah mereka bentuk semula dan menaik taraf keseluruhan pusat tersebut berdasarkan keperluan operasi organisasi tersebut bagi menambah baik aliran kerja, fungsi ruang serta pengalaman sukarelawan, kakitangan dan penerima manfaat.

Teras utama usaha pemerkasaan ini ialah Pusat Dapur Pengagihan Makanan & Pemerkasaan 2-dalam-1, sebuah konsep inovatif yang membolehkan ruang khusus yang sama menjalankan dua fungsi saling melengkapi. Dalam operasi harian, pusat ini menyokong penyediaan dan pengagihan makanan secara lebih cekap kepada komuniti yang memerlukan.

Selain perkhidmatan penyediaan makanan, ruang ini turut berfungsi sebagai pusat pemerkasaan yang membolehkan program memasak, membakar serta pembangunan kemahiran lain dijalankan bagi melengkapkan penerima manfaat dengan kebolehan praktikal, meningkatkan keyakinan diri dan membuka laluan ke arah kehidupan yang lebih berdikari dalam
jangka panjang.

Reka bentuk fleksibel ini membolehkan KSK memaksimumkan penggunaan satu kemudahan sepanjang hari, memenuhi keperluan komuniti semasa sambil mewujudkan peluang untuk pelaksanaan program pemerkasaan jangka panjang dalam ruang yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature, Encik Lau Kock Sang, berkata projek ini menunjukkan bagaimana perniagaan boleh mencipta perubahan bermakna dengan memanfaatkan kepakaran yang dimiliki.

“Apabila kami pertama kali mengunjungi pusat Kechara Soup Kitchen di Jalan Imbi, kami melihat sebuah organisasi yang telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dengan penuh dedikasi selama lebih 20 tahun.

Persoalan bagi kami bukanlah sama ada kami perlu membantu, tetapi bagaimana kami boleh menyumbang dengan cara yang paling bermakna menggunakan kepakaran yang telah kami bina selama lebih tiga dekad.

“Kepercayaan tersebut menjadi asas kepada Signature Cares. Setiap perniagaan memiliki keupayaan yang melangkaui produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Apabila keupayaan tersebut dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan komuniti sebenar, ia mampu mencipta nilai berpanjangan yang jauh melangkaui satu-satu projek,” katanya.

Pengurus Besar Kechara Soup Kitchen, Encik Justin Cheah Kok Leong, berkata kemudahan yang telah dinaik taraf ini merupakan pencapaian penting dalam usaha berterusan organisasi tersebut untuk membantu komuniti yang memerlukan.

“Pusat yang telah dinaik taraf ini membolehkan kami menyediakan dan mengagihkan makanan dengan lebih cekap, di samping menyediakan persekitaran khusus untuk program yang membantu penerima manfaat membina kemahiran praktikal serta keyakinan diri. Ia memberikan kami fleksibiliti yang lebih besar untuk memenuhi keperluan semasa sambil melabur dalam usaha pemerkasaan jangka panjang,” jelasnya.

Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Sumbangan Bank Makanan Signature (Signature Food Bank Donation Initiative), para Signatorians turut bersama-sama menyumbangkan barangan makanan kering asas berdasarkan senarai keperluan yang disediakan oleh Kechara Soup Kitchen.

Barangan yang dikumpulkan akan diserahkan kepada Kechara Soup Kitchen bagi menyokong usaha berterusan organisasi tersebut dalam membantu komuniti yang memerlukan.

Kerjasama ini menandakan permulaan kepada perkongsian jangka panjang antara Signature dan Kechara Soup Kitchen, dengan kedua-dua organisasi meneroka peluang bagi inisiatif sukarelawan, aktiviti penglibatan komuniti serta program pemerkasaan pada masa hadapan di bawah Signature Cares.