KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan Malaysia dijangka kekal di antara lima hingga enam peratus pada 2023 bersandarkan kepada ekonomi negara yang stabil yang akan menyokong kepercayaan kredit perniagaan dan pengguna Malaysia, kata S&P Global Ratings.
Katanya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang pada 6.6 peratus pada 2022 dan purata 4.5 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Dalam Ulasan Prospek Bank 2023 oleh S&P Global Ratings yang dikeluarkan hari ini, firma penyelidikan itu berkata bank juga boleh mengatasi risiko kualiti aset yang semakin meningkat kerana permodalan yang kukuh dan penimbal peruntukan mampu mengimbangi tekanan kualiti aset.
Permodalan kukuh bank-bank Malaysia setakat 30 Jun, 2022 ialah pada 14.3 peratus nisbah ekuiti biasa Tahap-1, dan penampan peruntukan sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah pinjaman akan membantu mereka menyerap peningkatan tekanan kredit yang sederhana, katanya.
Walau bagaimanapun, ia menyatakan bahawa kualiti aset dijangka merosot dan nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) industri mungkin akan meningkat kepada 2.5 hingga 3.0 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang daripada 1.8 peratus pada akhir Jun 2022 berikutan tamatnya tempoh program moratorium.
”Pinjaman kepada isi rumah berpendapatan rendah dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang bergelut untuk pulih daripada pandemik mungkin berisiko. Inflasi yang lebih tinggi dan kadar faedah menyebabkan ia menjadi lebih teruk. Penampan peruntukan tinggi bank juga harus mengehadkan keperluan dalam peruntukan tambahan walaupun NPL meningkat.
“Sementara itu, kos kredit pula akan menurun kepada 30 hingga 40 mata asas (bps) tetapi kekal lebih tinggi daripada paras prapandemik kerana institusi perbankan berkemungkinan kekal berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan global,” katanya.
Ia berkata bagaimanapun, pendapatan bank boleh menghampiri tahap prapandemik bermula 2023, dengan margin yang lebih tinggi, kos kredit yang disederhanakan dan kadar cukai yang dinormalkan akan mendorong dalam peningkatan itu.
“Dalam kes asas kami, kami meramalkan pulangan purata aset sebanyak 1.3 hingga 1.4 peratus, berbanding 1.1 hingga 1.2 peratus yang dianggarkan untuk 2022,” katanya.
S&P Global Ratings juga menekankan bahawa risiko pasaran hartanah harus dikekalkan walaupun isu lebihan bekalan dalam pasaran hartanah kekal sebagai cabaran berstruktur.
“Namun begitu, pertumbuhan sederhana dalam harga hartanah pada beberapa tahun kebelakangan ini, nisbah pinjaman kepada nilai berhemat bank dan pinjaman yang berhati-hati kepada risiko mengehadkan segmen komersial daripada sektor ini,” katanya.
Melangkah ke hadapan, ia berkata pada tahun depan, inflasi dan kadar faedah yang lebih tinggi boleh menjejaskan permintaan kredit dan meningkatkan risiko mungkir bagi sesetengah pengguna yang berpendapatan rendah serta kepada PKS.
“Kami melihat risiko ini sebagai masih boleh diurus. Walaupun ia bukan kes asas kami, peningkatan mendadak dalam pengangguran juga boleh meningkatkan risiko kualiti aset untuk sektor perbankan.
“Beberapa bank digital baharu boleh melancarkan operasi pada 2023. Walaupun kami percaya bank yang besar akan mengekalkan bahagian pasaran mereka, ia akan menjadi menarik untuk melihat bagaimana model perniagaan mereka berkembang untuk bertindak balas dengan persaingan digital,” katanya.
Melihat secara lebih meluas lagi terhadap sektor perbankan global, ia berkata sektor perbankan akan menjadi lebih sukar pada 2023. Walaupun sebahagian besar penilaian bank adalah stabil, S&P Global menjangkakan penimbal penting yang telah dibina oleh bank sepanjang 10 tahun yang lalu akan diuji kali ini.
Margin faedah bersih semakin “gemuk” dalam banyak bidang kuasa berdasarkan kadar faedah yang lebih tinggi. Rangsangan ini, bersama-sama dengan kualiti aset yang kukuh dan permodalan yang teguh, terus menyokong pandangan secara keseluruhan yang stabil merentas sektor perbankan global.
Asas deposit yang kukuh disokong oleh lebihan simpanan hasil daripada pandemik COVID-19 turut membantu, katanya.
Ia juga menekankan bahawa inflasi berada pada paras tertinggi 40 tahun dalam beberapa bidang kuasa perbankan, dan ini memberi kesan kepada kos pinjaman yang lebih tinggi. Inflasi juga bertindak seperti brek pada prospek pertumbuhan ekonomi.
Persamaan bagi bank boleh berubah pada inflasi yang lebih tinggi secara material di luar kes asas semasa S&P Global, atau kemelesetan yang lebih mendalam atau lebih lama mengakibatkan penguncupan pertumbuhan yang lebih teruk daripada jangkaan dan pengangguran yang lebih tinggi, katanya.
“Risiko utama kepada penarafan bank ialah munculnya keadaan ekonomi dan pembiayaan yang lebih teruk daripada kes asas kami. Risiko utama tambahan ialah insolvensi korporat yang berpotensi lebih tinggi diburukkan lagi oleh pinjaman korporat yang besar, pinjaman kerajaan yang tinggi dan sektor hartanah yang melemah.
“Kami menjangkakan peningkatan dalam perbezaan kredit antara yang kuat dan lemah. Cabaran mungkin lebih akut dan pantas untuk institusi kewangan bukan bank, dan bank tertentu di pasaran sedang pesat membangun. Entiti di negara yang paling terdedah kepada sekatan tenaga juga mungkin menghadapi cabaran,” tambahnya.
Kalau setiap minggu kita masukkan duit ke tabung masjid, niatnya memang untuk bersedekah.
Tapi tahukah anda, bukan semua derma atau sumbangan kepada masjid boleh digunakan untuk mendapatkan potongan cukai?
Di sinilah pentingnya kita kenal Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Di bawah peruntukan ini, institusi, organisasi atau tabung tertentu yang mendapat kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri boleh memberikan manfaat cukai kepada penderma.
Sebagai contoh untuk Tabung Pengurusan Rumah Ibadat (TPRI) yang diluluskan, penderma boleh mendapat potongan daripada pendapatan agregat, tertakluk kepada had yang ditetapkan. Bagi derma yang layak di bawah Subseksyen 44(6), hadnya ialah 10% daripada pendapatan agregat.
Jadi, apa bezanya?
Contohnya, anda ada pendapatan agregat sebanyak RM100,000 setahun.
Anda kemudian membuat sumbangan tunai sebanyak RM5,000 kepada tabung masjid yang telah mendapat kelulusan di bawah Subseksyen 44(6).
Jika sumbangan tersebut memenuhi syarat dan disokong dengan resit rasmi yang sah, RM5,000 itu boleh diambil kira sebagai potongan daripada pendapatan agregat, tertakluk kepada had 10%.
Maksudnya, secara ringkas:
Pendapatan agregat: RM130,000 Derma layak: RM10,000 Pendapatan selepas potongan: RM120,000
Tetapi jangan salah faham.
RM10,000 itu bukan bermaksud cukai anda terus berkurang RM10,000.
Ia adalah potongan daripada pendapatan agregat yang digunakan dalam pengiraan cukai.
Contoh:
Perkara
Tiada Derma 44(6)
Dengan Derma 44(6)
Pendapatan agregat
RM130,000
RM130,000
Tolak: Derma 44(6)
–
(RM10,000)
Pendapatan selepas derma
RM130,000
RM120,000
Tolak: Pelepasan cukai
(RM20,000)
(RM20,000)
Pendapatan bercukai
RM110,000
RM100,000
RM100,000 pertama
RM9,400
RM9,400
Lebihan RM100,000
RM10,000 × 25% = RM2,500
–
Jumlah cukai
RM11,900
RM9,400
Perbezaan cukai
RM2,500
–
Dalam contoh ini, derma RM10,000 itu menyebabkan pendapatan bercukai turun daripada RM110,000 kepada RM100,000.
Yang menarik, RM10,000 tersebut berada dalam banjaran pendapatan RM100,001 hingga RM400,000, yang dikenakan kadar 25%.
Jadi RM10,000 × 25% = RM2,500.
Sebab itu jumlah cukai turun daripada RM11,900 kepada RM9,400.
Zakat dan derma di bawah Subseksyen 44(6) sebenarnya mempunyai layanan cukai yang berbeza.
Zakat yang dibayar kepada pihak berkuasa agama yang diiktiraf boleh dituntut sebagai rebat cukai. Maksudnya, ia ditolak daripada cukai yang dikenakan, tertakluk kepada jumlah cukai tersebut.
Manakala sumbangan kepada institusi atau tabung yang diluluskan di bawah Subseksyen 44(6) pula merupakan tolakan daripada pendapatan agregat, tertakluk kepada had 10% bagi individu.
Contoh mudah:
Zakat RM5,000
→ Rebat cukai sehingga RM5,000 → Ditolak daripada cukai yang dikenakan.
Derma 44(6) RM5,000
→ Ditolak daripada pendapatan agregat → Kemudian cukai dikira berdasarkan pendapatan selepas potongan tersebut.
Jadi, dua-duanya bukan benda yang sama dari perspektif percukaian.
Dan bagi seorang Muslim, membayar zakat bukan sekadar soal “mana lebih untung dari segi cukai”. Zakat ialah kewajipan agama bagi mereka yang memenuhi syarat.
Manakala derma kepada masjid atau institusi yang diluluskan di bawah 44(6) pula adalah satu bentuk sumbangan yang boleh memberikan manfaat cukai apabila syarat undang-undang dipenuhi.
Kalau seseorang memang wajib membayar zakat, bayarlah zakat.
Dan kalau pada masa yang sama mahu menyumbang terus kepada masjid atau institusi yang diluluskan di bawah 44(6), itu juga boleh dilakukan, tertakluk kepada kemampuan.
Jangan main masukkan duit dalam mana-mana tabung masjid
Ini bahagian yang paling penting.
LHDN menjelaskan bahawa derma kepada tabung masjid hanya boleh dituntut jika derma tersebut dibuat kepada badan atau tabung yang telah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
Jadi, jangan anggap:
“Aku sedekah RM5,000 dekat masjid ni, nanti mesti boleh claim pelepasan cukai.”
Tidak semestinya.
Ada masjid atau tabung yang mungkin mempunyai kelulusan 44(6), dan ada yang tidak.
Malah, kelulusan tersebut mempunyai tempoh kuat kuasa tertentu. Sebab itu status kelulusan perlu disemak terlebih dahulu. LHDN sendiri menyediakan semakan institusi, organisasi dan tabung yang diluluskan di bawah Subseksyen 44(6).
Nak sedekah sambil dapat potongan cukai, macam mana?
Mudah.
1. Cari tabung masjid yang mempunyai kelulusan 44(6)
Jangan tengok nama masjid sahaja. Pastikan tabung tersebut memang mempunyai kelulusan yang masih berkuat kuasa.
2. Buat sumbangan kepada tabung yang diluluskan
Untuk tujuan potongan cukai, LHDN menetapkan syarat tertentu terhadap bentuk sumbangan. Derma wang tunai yang disokong dengan resit rasmi merupakan antara perkara penting.
3. Minta resit rasmi
Ini sangat penting.
Resit derma yang dikeluarkan oleh institusi/tabung yang diluluskan mempunyai maklumat tertentu termasuk nombor rujukan kelulusan dan tempoh kuat kuasa.
Jadi, kalau anda membuat sumbangan melalui saluran ini, hubungi bendahari atau pihak pengurusan masjid dan minta resit rasmi untuk rekod cukai.
Satu lagi benda yang ramai terlepas pandang
Jangan tunggu hujung tahun baru nak cari resit.
Simpan resit tersebut bersama dokumen cukai anda.
Dan pastikan nama tabung serta nombor rujukan kelulusan pada resit adalah betul.
LHDN turut menyatakan bahawa resit derma perlu menunjukkan frasa berkaitan potongan di bawah Subseksyen 44(6).
Jadi, kalau memang nak bersedekah?
Sedekah tetap sedekah.
Potongan cukai itu hanyalah manfaat cukai yang diberikan oleh undang-undang apabila sumbangan dibuat melalui saluran yang diluluskan dan memenuhi syarat.
Kalau selama ini anda memang biasa menyumbang kepada masjid, mungkin selepas ini boleh semak satu perkara tambahan:
“Tabung masjid ini ada kelulusan Subseksyen 44(6) tak?”
Kalau ada, dan kelulusan masih sah, buat sumbangan melalui tabung yang diluluskan dan pastikan dapat resit rasmi.
Boleh bersedekah, dan pada masa yang sama memanfaatkan insentif cukai yang memang disediakan oleh undang-undang.
Senarai Institusi/Tabung Yang Masih Diluluskan di bawah Subseksyen 44(6)
No. Rujukan
Nama Institusi / Tabung
Tempoh Tamat
2824
LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK (LAMKNS), JALAN DATUK AJIBAH ABOL, 93400 KUCHING, SARAWAK
PUSAT DIALISIS & KESIHATAN MASJID BANDAR BARU UDA (PDK), JALAN PADI RIA 1 BANDAR BARU UDA, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
31 DIS 2035
8128
TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT (TPRI) MASJID ABDUL RAHMAN LIMBONG KUALA TELEMONG TERENGGANU, MASJID ABDUL RAHMAN LIMBONG KUALA TELEMONG, 21210 HULU TERENGGANU, TERENGGANU
31 DIS 2035
8565
TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT (TPRI) MASJID AL-EHSAN MUKIM KAMPUNG BELANGA KUALA KRAI, KELANTAN, D/A MASJID AL EHSAN MUKIM KAMPUNG BELANGA KUALA PAHI, MENGKEBANG, 18000 KUALA KRAI, KELANTAN
31 DIS 2029
7663
TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT (TPRI) MASJID AL-KHAFI CCRC BENTA, PAHANG, CCRC BENTA, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI BATU 13, LANDASAN TERBANG BENTA, 27300 BENTA, PAHANG
31 DIS 2035
8080
TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT (TPRI) MASJID AL-KHAIRIYAH TAMAN SERI GOMBAK, SELANGOR, MASJID AL-KHAIRIYAH JALAN SG 7/1 TAMAN SERI GOMBAK, 68100 BATU CAVES, SELANGOR
TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT (TPRI) MASJID JAMEK KAMPUNG BINTANG, PESERAI, BATU PAHAT, MUKIM 111, PESERAI LOT 2227, TL KB 36/5 LORONG HJ AWANG KG. BINTANG, PESERAI, 83000 BATU PAHAT, JOHOR
31 DIS 2035
8616
TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT (TPRI) MASJID SULTAN YUSUF IZZUDIN SHAH, MASJID SULTAN YUSUF IZZUDIN SHAH JALAN IPOH-LUMUT, 32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR, SERI ISKANDAR, PERAK
31 DIS 2035
7830
TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT (TPRI) MASJID TUN ABDUL AZIZ PETALING JAYA, SELANGOR, JALAN SEMANGAT SEKSYEN 14, 46100 PETALING JAYA, SELANGOR
31 DIS 2035
7906
TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT MASJID AL-FALAH USJ9, SUBANG JAYA, MASJID AL-FALAH PUSAT BANDAR USJ9, 47620 SUBANG JAYA, SELANGOR
31 DIS 2035
8231
TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT (TPRI) MASJID AN-NUR PASIR GUDANG, KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
29 FEB 2028
7782
TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT (TPRI) MASJID DARUL ISTIQAMAH SIBU, MASJID DARUL ISTIQAMAH D/A 1A, LORONG 10 JALAN SUKUN, 96000 SIBU, SARAWAK
31 DIS 2035
8186
TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT (TPRI) MASJID JAMEK TAMAN TUNKU SARINA, BANDAR DARULAMAN, JITRA, KEDAH, MASJID JAMEK TUNKU SARINA 628 JALAN ATIRA 2 TAMAN TUNKU SARINA BANDAR DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH
31 DIS 2035
7562
TPRI MASJID AL-IMAM ASH-SHAFIE, TAMAN MALURI, KUALA LUMPUR, MASJID AL-IMAM ASH-SHAFIE JALAN PERKASA TAMAN MALURI, 55100 KUALA LUMPUR, WP KUALA LUMPUR
31 DIS 2035
8211
TPRI MASJID AN-NUR BANDAR PASIR GUDANG, LOT 1B, PODIUM 1 MENARA ANSAR 65 JALAN TRUS, 80000 JOHOR BAHRU, JOHOR
31 JAN 2027
8232
TPRI MASJID SULTAN ISKANDAR, BANDAR DATO’ ONN, NO. 2, JALAN DATO’ ONN 2 BANDAR DATO’ ONN, 81100 JOHOR BAHRU, JOHOR
28 FEB 2027
4822
YAYASAN MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA JOHOR BAHRU, NO. 62-01 JALAN PADI EMAS 4/1 BANDAR BARU UDA, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
31 DIS 2035
Pada akhirnya, tujuan utama bersedekah bukanlah kerana mahu mendapatkan potongan cukai.
Tetapi jika kita memang mahu menyumbang kepada masjid atau institusi yang diluluskan, apa salahnya memilih saluran yang betul supaya sedekah itu terus memberi manfaat dan pada masa yang sama kita dapat memanfaatkan potongan cukai yang disediakan oleh undang-undang.
Semoga sumbangan yang kita berikan bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan hari ini, tetapi menjadi bekalan untuk kita pada masa akan datang.
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalan kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
(Hadith Riwayat Muslim, al-Nasa’i, al-Tirmizi dan Abu Daud)
Penafian: Senarai di atas adalah berdasarkan rekod yang dirujuk dan ditapis mengikut tempoh kelulusan yang dinyatakan. Status kelulusan boleh berubah, termasuk lanjutan atau penamatan kelulusan. Pembaca dinasihatkan untuk membuat semakan terkini di laman rasmi LHDN/HASiL sebelum membuat sumbangan bagi tujuan mendapatkan potongan cukai. Semakan boleh dibuat melalui portal “Semakan Kelulusan Derma” dengan memasukkan nama institusi, nombor rujukan kelulusan, subseksyen, kategori, status atau negeri. Rujuk https://www.hasil.gov.my/institusi-organisasi-tabung/semakan-kelulusan-derma/