Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) Terus Kekal 3.00%

Hari ini (5 September 2024) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa kadar OPR kekal pada paras 3.00% untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Ini kali kelapan OPR dikekalkan sejak 6 Julai 2023.

Ada yang baru pertama kali dengar OPR ke? Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca Apa Itu Kadar Dasar Semalaman Atau Overnight Policy Rate (OPR) Dan 3 Kesan Penurunannya.

Pernyataan Dasar Monetari

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3%.

Ekonomi global terus berkembang berikutan keadaan pasaran pekerja yang berdaya tahan dan pemulihan perdagangan global yang berterusan. Pada masa hadapan, pertumbuhan global dijangka berterusan disebabkan oleh keadaan pasaran pekerja yang positif, inflasi yang terus menurun dan dasar monetari yang kurang ketat. Perdagangan global dijangka terus pulih dengan sokongan produk elektrik dan elektronik (electrical and electronics, E&E) serta produk bukan E&E. Prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi perlahan, disebabkan terutamanya oleh ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, volatiliti dalam pasaran kewangan global dan momentum pertumbuhan yang lebih perlahan di ekonomi-ekonomi utama.

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1% pada separuh pertama tahun 2024. Penunjuk terkini mencatatkan kegiatan ekonomi yang terus kukuh, didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan aktiviti eksport yang lebih giat. Pada masa hadapan, eksport dijangka terus disokong oleh peningkatan kitaran teknologi global berikutan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor serta eksport barangan bukan E&E yang terus kukuh. Perbelanjaan pelancong dijangka terus meningkat. Pertumbuhan guna tenaga dan upah berserta langkah-langkah dasar masih terus menyokong perbelanjaan isi rumah. Pengembangan mantap aktiviti pelaburan akan berterusan disebabkan oleh projek berbilang tahun dalam sektor swasta dan awam, pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah beberapa pelan induk nasional serta lebih banyak pelaksanaan pelaburan yang telah diluluskan. Import pengantaraan dan modal yang lebih tinggi akan memberikan sokongan lanjut kepada eksport dan pelaburan. Prospek pertumbuhan bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi perlahan yang berpunca daripada permintaan luaran dan pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan. Sementara itu, risiko pertumbuhan menjadi lebih tinggi berpunca terutamanya daripada limpahan peningkatan kitaran teknologi yang lebih besar, aktiviti pelancongan yang lebih giat serta pelaksanaan yang lebih pantas bagi projek pelaburan.

Inflasi keseluruhan dan inflasi teras berpurata pada 1.8% pada separuh pertama tahun 2024. Kesan limpahan daripada pelarasan harga diesel kepada harga secara amnya terkawal berikutan keberkesanan langkah-langkah pengurangan dan penguatkuasaan untuk meminimumkan kesan kos kepada perniagaan. Bagi seluruh tahun 2024, purata inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal dalam julat yang diunjurkan sebelum ini dan berkemungkinan tidak melebihi 3%. Walau bagaimanapun, prospek inflasi masih bergantung pada pelaksanaan langkah-langkah dasar dalam negeri yang selanjutnya. Risiko kenaikan inflasi akan bergantung pada tahap kesan limpahan langkah-langkah dasar dalam negeri terhadap subsidi dan kawalan harga kepada trend harga yang lebih luas, serta harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan.

Pemulihan nilai ringgit baru-baru ini didorong oleh perubahan jangkaan berhubung dengan kadar faedah dasar yang lebih rendah di ekonomi-ekonomi utama, khususnya di Amerika Syarikat, serta prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh. Pada masa hadapan, prospek ekonomi Malaysia yang positif, pembaharuan struktur dalam negeri serta inisiatif yang sedia ada untuk menggalakkan aliran akan terus memberikan sokongan yang berterusan kepada ringgit.

Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan adalah konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek inflasi dan pertumbuhan. MPC terus memantau perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian trajektori inflasi dan trajektori pertumbuhan dalam negeri menuju tahun 2025. MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.

Keputusan dasar OPR dari Januari 2023 sehingga September 2024.

Paras OPR Tertinggi Ialah 3.50% Pada Bulan April 2006

Pada masa itu, ekonomi sedang berkembang dengan stabil, inflasi IHP adalah pada 4.6% dan OPR yang lebih tinggi diperlukan bagi menguruskan risiko harga yang lebih tinggi.

Paras OPR Terendah Ialah 1.75% (Julai 2020 – Mei 2022)

Paras OPR terendah ialah 1.75% pada bulan Julai 2020 hingga Mei 2022 bagi menyokong ekonomi semasa pandemik COVID-19. Pada tempoh sukar, kadar faedah yang rendah menyebabkan kos pinjaman lebih rendah dan mengurangkan pulangan atas simpanan. Hal ini akan merangsang perbelanjaan, meningkatkan pelaburan serta melindungi pekerjaan dan pendapatan semasa krisis.

Paras OPR September Tahun Lepas (2023) Ialah 3.00%

Setahun yang lalu, paras OPR dikekalkan kepada 3.00% buat kali kedua selepas bulan Julai 2023. Pada masa itu, tahap OPR tersebut sesuai dengan keadaan ekonomi yang kukuh dan terus menyokong pertumbuhan. Inflasi juga berkurang berikutan keadaan kos semasa yang telah reda. Ketika itu, pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.

Mengapakah harga masih tinggi meskipun inflasi telah berkurang?

  • Pada tahun 2022, kos meningkat disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk gangguan bekalan yang menjejaskan aliran normal pengeluaran serta konflik ketenteraan di Ukraine. Harga komoditi yang lebih tinggi merupakan sebab utama kenaikan harga ini. Barangan berkaitan makanan adalah yang paling terkesan. Harga ini secara amnya telah stabil atau meningkat pada kadar yang lebih perlahan meskipun kekal tinggi.
  • Inflasi global dijangka terus berkurang pada tahun 2024. Walau bagaimanapun, risiko harga komoditi menjadi lebih tinggi terus wujud disebabkan oleh faktor-faktor geopolitik dan gangguan cuaca. Malaysia turut terkesan dengan faktor-faktor ini.
  • Tambahan lagi, Kerajaan telah mencadangkan pembaharuan struktur bagi menggalakkan upah yang seterusnya akan mengukuhkan kuasa beli pengguna bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup.
  • Berbanding dengan negara lain, kenaikan harga tidak begitu melampau di Malaysia. Negara kita mempunyai dasar subsidi bahan api dan kawalan harga yang menyebabkan inflasi masih rendah.
  • Walau bagaimanapun, langkah-langkah seperti ini boleh menyebabkan negara menanggung kos yang besar. Hal ini kerana Kerajaan perlu terus menanggung jumlah yang banyak untuk memastikan harga terus rendah.

Bagaimanakah kenaikan kadar faedah boleh memberikan kesan kepada saya?

Kadar faedah yang lebih tinggi bertujuan untuk menggalakkan orang ramai kurang meminjam dan lebih banyak menyimpan.

Jika anda mempunyai pinjaman, kesannya bergantung pada jenis pinjaman yang diambil.

  • Pinjaman berkadar tetap tidak akan terjejas.
    • Jumlah yang anda bayar balik kepada bank akan kekal sama. Lazimnya, kadar ini digunakan untuk pinjaman kereta.
  • Jika anda mempunyai pinjaman berkadar terapung, kos peminjaman akan meningkat.
    • Hal ini bermakna bayaran ansuran bulanan anda akan menjadi lebih tinggi. Lazimnya, kenaikan kadar ini akan memberikan kesan pada pinjaman perumahan dan sesetengah pinjaman peribadi. Bagi peminjam individu, kadar faedah pinjaman anda akan meningkat pada jumlah yang sama seperti kenaikan OPR.
  • Contohnya, jika OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas, kadar faedah bagi pinjaman perumahan anda juga akan meningkat kepada 3.75% sekiranya kadar sebelum ini ialah 3.50%. Ansuran pinjaman anda akan meningkat seiring dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

  • Jika anda bercadang untuk mengambil pinjaman baharu, kos peminjaman juga boleh menjadi lebih mahal sekiranya kadar faedah lebih tinggi.

  • Selain pinjaman, kadar faedah yang lebih tinggi juga mempengaruhi simpanan anda.
    • Jika anda mendepositkan wang ke dalam akaun bank yang membayar faedah, anda akan mendapat pulangan yang lebih tinggi bagi simpanan anda.
This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-2024-01-24-at-3.37.33%E2%80%AFPM.png.webp

Kesan peningkatan OPR.

Bila semakan OPR seterusnya?

Mesyuarat Seterusnya Jawatankuasa Dasar Monetari ialah pada 5 & 6 November 2024.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Cili Kampung Memperoleh Pegangan 50% Dalam Dotty’s Pastries & Coffee Bagi Mendorong Pengembangan Nasional

KUALA LUMPUR – Cili Kampung Malaysia (“Cili Kampung”) telah memperoleh pegangan ekuiti sebanyak 50% dalam Dotty’s Pastries & Coffee Sdn Bhd (“Dotty’s”), menandakan satu langkah penggabungan penting dalam sektor makanan dan minuman (“F&B”) Malaysia ketika kedua-dua jenama ini bersiap sedia untuk pengembangan di peringkat nasional. Dengan penilaian RM23.9 juta, transaksi ini menghimpunkan dua jenama tempatan dengan kekuatan yang saling melengkapi, menggabungkan warisan kulinari Melayu autentik dengan kepakaran bakeri artisanal bertaraf premium.

Pengambilalihan strategik ini bertepatan dengan ulang tahun ke-10 Dotty’s, sekali gus menandakan fasa pertumbuhan baharu jenama tersebut apabila ia beralih daripada satu restoran kegemaran ramai kepada konsep sajian artisanal yang boleh dikembangkan secara meluas dan diiktiraf di peringkat nasional dengan pensijilan Halal. Di bawah kerjasama ini, Cili Kampung telah melanggan sebanyak 11,956,234 saham baharu yang mewakili pegangan pemilikan 50%, mencerminkan keyakinan jangka panjang terhadap ekuiti jenama Dotty’s, inovasi produk serta kerelevanan pasaran.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, kedua-dua pihak telah memperuntukkan dana pertumbuhan berjumlah RM5 juta bagi mempercepatkan pelan pengembangan. Dana ini akan disalurkan untuk memperkukuh infrastruktur operasi, meningkatkan keupayaan rantaian bekalan, serta memacu pelancaran semula cawangan utama Dotty’s di KLCC baru-baru ini yang menawarkan sajian sepanjang hari, di samping memperkukuh asas bagi memperluas kehadiran nasional di pusat bandar dan hab gaya hidup yang berpotensi tinggi.

Dari sudut strategik, kerjasama ini bertujuan memperluas skala perniagaan dan meningkatkan pegangan pasaran dengan menyepadukan kekuatan dapur pusat Dotty’s yang diperakui Halal JAKIM, harta intelek artisanal bertaraf premium, serta pangkalan pelanggan setianya. Kekuatan ini digabungkan pula dengan disiplin operasi, kecekapan kos, dan kepakaran pengembangan pesat milik Cili Kampung. Secara kolektif, platform gabungan ini mengukuhkan kedudukan dalam segmen gaya hidup dan sajian Melayu moden, sekali gus menarik minat pelanggan tradisional dan demografi pengunjung kafe premium yang mementingkan kualiti.

Anwar Azeez, Pengarah Cili Kampung Malaysia, menyatakan, “Pengambilalihan 50% pegangan dalam Dotty’s merupakan langkah strategik untuk menginstitusikan jenama yang telah mencorak budaya sajian sepanjang hari di Malaysia sejak sedekad lalu. Pelaburan bernilai kira-kira RM24 juta ini mencerminkan keyakinan kami terhadap ekuiti jenama, asas operasi, serta potensi pertumbuhan jangka panjang Dotty’s. Dengan penyelarasan disiplin operasi Cili Kampung dengan kekuatan artisanal Dotty’s, kami sedang membina platform yang lebih kukuh dalam segmen kafe artisanal Halal premium dan sajian Melayu moden. Langkah ini meletakkan kedua-dua jenama pada kedudukan terbaik untuk mencapai pertumbuhan mampan di Malaysia dan ke peringkat antarabangsa.”

Cili Kampung terus memperkukuh kehadirannya di seluruh Malaysia melalui rangkaian cawangan di lokasi strategik seperti Langkawi, Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Kelantan. Dengan kehadiran yang semakin kukuh di destinasi runcit serta hospitaliti tumpuan ramai, kumpulan ini kini merangka pelan pengembangan lanjut yang disokong oleh strategi dapur berpusat bagi menjamin kecekapan operasi serta konsistensi produk pada skala yang lebih besar.

“Pengambilalihan ini sejajar dengan strategi jenama dan portfolio menyeluruh kumpulan kami. Dalam usaha mengembangkan Cili Kampung ke peringkat nasional, kami menekankan kerjasama dengan jenama yang berkongsi komitmen serupa terhadap kualiti, kepercayaan, dan kerelevanan. Dotty’s telah lama membina hubungan akrab dengan para pelanggan. Kerjasama ini membolehkan kami memperkukuh keterlihatan jenama tersebut, memacu pengembangan domestik, serta menyokong fasa pertumbuhan seterusnya di pasaran utama Malaysia melalui pelaksanaan dan capaian yang lebih mantap,” kata Kesavan (KC) Purusotman, Ketua Pegawai Pemasaran Cili Kampung Malaysia.

Nadia Nasimuddin, Pengasas dan Pengarah Dotty’s Pastries and Coffee, menyifatkan kerjasama ini sebagai detik penting dalam evolusi jenama tersebut. “Menjelang ulang tahun kesepuluh kami, perkongsian ini menyediakan struktur dan sokongan strategik untuk memacu Dotty’s daripada sebuah jenama bebas kepada peneraju pasaran nasional yang mempunyai kebolehskalaan luas. Dengan Cili Kampung sebagai rakan kongsi setara, fokus kami adalah terhadap pengembangan terkawal tanpa mengabaikan piawaian artisanal serta pengalaman hospitaliti yang telah menjadi identiti Dotty’s sejak awal penubuhannya.”

Pengambilalihan ini menyusuli pelancaran semula cawangan utama Dotty’s di Suria KLCC baru-baru ini yang menampilkan konsep kedai berwajah baharu bagi mengukuhkan kedudukan jenama tersebut di lokasi runcit premium bertrafik tinggi. Ini mencerminkan keupayaan Dotty’s untuk berkembang, dengan sokongan platform operasi yang lebih teguh melalui penyertaan Cili Kampung sebagai rakan kongsi strategik.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di cilikampung.com dan mydottys.com.