Shopee PayLater : Halal Ke Haram Mengikut Islam?

Ya. Mungkin ada yang tidak terfikir berkenaan dengan perkara ini. Mungkin tiada isu atau tidak menyulitkan pengguna. Ramai orang dapat menggunakan platform ini. Beli dahulu, bayar kemudian. Bukankah bagus apa yang Shopee perkenalkan kepada pengguna ini?

Mungkin perkara ini dapat digunakan ketika kecemasan. Tiada duit tunai di tangan, gaji pun belum masuk lagi tetapi barang keperluan sudah hampir habis ataupun dah habis. Ini sedikit sebanyak memberikan ruang kepada pengguna untuk bernafas seketika.

Tapi AWAS! Beli dahulu, bayar kemudian ini sememangnya bagus HANYA kepada mereka yang mampu dari segi kewangan dan pandai menggunakannya. Jika anda tidak mampu, jangan sesekali guna kerana perkara ini akan menjerat anda ke dalam kancah hutang yang lebih dalam.

Terdapat dua cara pembayaran beli dahulu bayar kemudian menggunakan Shopee PayLater. Dalam melihat kepada kebaikan Shopee PayLater, bagaimana pula pandangan Islam terhadap sistem yang digunakan?

Berdasarkan kepada artikel bertajuk Irsyad Al-Fatwa Siri ke-638 : Isu Syariah Berkaitan Penggunaan Shopee PayLater yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat dua hukum bagi dua kaedah pembayaran yang berbeza dalam Shopee Pay Later.

Jawapan ringkasnya adalah seperti berikut:-

Terdapat beberapa isu syariah yang timbul melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar dalam sistem SpayLater sebagaimana berikut:

  • Bagi kaedah pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan, tiada isu syariah padanya sekiranya pembayaran diselesaikan dalam tempoh sebulan sepertimana yang ditetapkan. Sebaliknya, sekiranya pelanggan lewat menyelesaikan bayaran dan dikenakan caj lewat bayar, maka berlakulah riba yang diharamkan Syarak. 
  • Bagi kaedah pembayaran secara ansuran pula, terdapat dua isu Syariah padanya melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar. Hal ini kerana setiap caj pemprosesan dan caj lewat bayar yang dikenakan melebihi kos operasi dan kerugian sebenar adalah sebahagian daripada riba. Oleh itu, umat Islam dilarang untuk terlibat dengan sebarang transaksi yang mempunyai unsur riba kerana riba adalah haram dan berdosa besar.

Huraian yang lebih jelas berkenaan isu ini beserta dalil turut dimuatkan dalam artikel Irsyad Al-Fatwa Siri ke-638 : Isu Syariah Berkaitan Penggunaan Shopee PayLater.

Berdasarkan kepada huraian yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa isu syariah yang timbul dalam pembayaran ansuran yang ditawarkan oleh Shopee iaitu SPayLater. Isu-isu syariah tersebut adalah pada caj pemprosesan dan Caj lewat bayar yang mempunyai unsur riba. Namun begitu, bagi kaedah pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan, tiada isu syariah timbul kerana tiada unsur riba dan boleh digunakan. Tetapi, sekiranya pelanggan lewat membuat pembayaran dan dikenakan caj tambahan, maka berlakulah riba al-Qard. Riba adalah haram dan berdosa besar.

Moga kemudahan beli dahulu, bayar kemudian yang diberikan oleh pihak Shopee kepada kita dapat digunakan sebaiknya. Kepada umat Islam, buat pilihan bayaran yang memenuhi keperluan syariah bagi memastikan diri kita tidak terlibat dalam isu ribawi.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Malaysia Cadang Perluas Pengiktirafan Sijil Halal JAKIM Ke Lebih Banyak Negara — Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Malaysia bercadang untuk memperluaskan pengiktirafan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke lebih banyak negara menerusi kerjasama diplomasi Halal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini di peringkat global terdapat 88 buah negara yang telah mengiktiraf sijil Halal JAKIM.

Beliau berkata terdapat juga cadangan daripada beberapa negara-negara untuk menempatkan kilang mereka di Malaysia bagi memperoleh sijil Halal JAKIM dan kemudiannya mengeksport produk mereka ke seluruh dunia.

“Ini akan memberikan lebih keuntungan kepada Malaysia dari segi penambahan nilai eksport, peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi daripada syarikat terbabit.

“Terdapat negara-negara yang masih mahukan sijil (Halal) JAKIM, jadi kita menjemput syarikat-syarikat itu untuk membuat pelaburan di Malaysia,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2024 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata semasa kunjungan beliau ke China baru-baru ini hasil daripada perbincangan meja bulat dengan syarikat-syarikat terdapat permintaan untuk menggunakan logo (Halal) JAKIM sebagai lambang untuk pasaran antarabangsa kerana ia diterima dan dipercayai di seluruh dunia.

“Jadi, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) perlu berkerjasama dengan JAKIM dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) supaya syarikat-syarikat itu diberikan kemudahan untuk melabur di sini dan mengambil pekerja tempatan menjadi ahli profesional serta teknikal bagi pengeluaran produk berkenaan.

“Saya juga telah mengkoordinasikan dengan kerajaan negeri supaya menyediakan tanah untuk dibeli atau disewa bagi pembinaan kilang,” katanya.

WHBC 2024 yang diadakan bersempena dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 adalah untuk memupuk dialog dan kerjasama yang akan memacu inovasi dan pertumbuhan dalam ekonomi Halal yang semakin berkembang.  

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun berkata persidangan itu bertujuan untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pemikiran dalam industri Halal dan mempercepatkan kerjasama yang memberi impak dalam kalangan pemegang kepentingan Halal.

“Kami menjangkakan pertukaran idea dan strategi yang dinamik dengan lebih 500 tetamu terhormat, termasuk duta, pegawai kerajaan, pemimpin perniagaan, persatuan perdagangan dan wakil akademik,” katanya dalam ucapan beliau pada WHBC.

— BERNAMA