Zakat Emas

Emas merupakan jenis pelaburan yang banyak diperkatakan tahun 2020. Ini kerana prestasi harga emas menunjukkan prestasi yang positif terutama dalam prospek ekonomi yang suram akibat pandemik COVID-19.

Prestasi emas 2020 mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada Ogos 2020 yang lalu, menjadikan ramai yang berlumba-lumba menyertai pelaburan ini baik mendapatkan emas fizikal mahu pun secara digital melalui platform online yang disahkan patuh Shariah.

This image has an empty alt attribute; its file name is gold-price-july-2021-700x408.jpg
Kredit: Trading View

Tidak kurang yang menjadikan prestasi memberansangkan ini sebagai cara membuat scam dan penipuan jualan emas tanpa fizikal. Perlunya untuk kita berhati-hati.

Sebagai pelabur tidak kira jenis emas yang dilaburkan sama ada fizikal atau secara digital atas talian, janganlah kita lupa terhadap tanggungjawab zakat emas kita.

Zakat emas merupakan zakat yang paling lama wujud berbanding zakat harta-harta lain memandangkan emas telah wujud sekian lama. Sebelum zaman Rasulullah lagi emas menjadi lambang kekayaan manusia abad demi abad.

Rujukan yang komprehensif terhadap kiraan Zakat Emas adalah berdasarkan laman web Lembaga Zakat Selangor. Rujuk: https://www.zakatselangor.com.my/zakat-emas/

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

Asas pertama yang harus kita tahu adalah Zakat Emas dikenakan bagi pemilikan emas lebih 85 gram tidak kira fizikal atau pemilikan atas talian dalam konteks hari ini.

Asas kedua adalah emas perhiasan yang dipakai oleh wanita tidak dikenakan zakat, namun ada syaratnya iaitu nilainya tidak melebihi kadar kebiasaan atau disebut sebagai Uruf. Kadar uruf emas berbeza berdasarkan negeri masing-masing.

Bagi Wilayah Persekutuan dan negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram. Bagi mereka yang mempunyai emas melebihi kadar 800 gram, haruslah membayar zakat ke atas lebihan itu.

Contoh:

[(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]

(900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95

Perhiasan juga merujuk kepada perkakas rumah atau perabot dan emas yang tidak dipakai sekian lama yang dibiarkan di dalam simpanan sebagai contoh emas perhiasan pusaka. Ia termasuk dalam kiraan zakat emas.

Kes lain adalah emas yang dicagar di kedai pajak. Kiraannya mengambil kira nilai pinjaman dan upah simpan yang dikenakan.

Contoh:

[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat

[(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470

Bagi isu sijil pelaburan emas yang biasa ditawarkan di bank-bank, apa-apa produk emas di bank konvensional adalah tidak patuh Shariah kerana ia tidak memberi pemilikan sebenar kepada fizikal emas, maka zakat tidak dikenakan.

Zakat hanya dikenakan ke atas akaun atau sijil pelaburan emas di bank patuh Shariah seperti yang ditawarkan di Al-Rajhi Bank, Kuwait Finance House, Bank Rakyat, Bank Muamalat, dan Affin Islamic Bank.

Bagi pelabur tegar emas, kiralah zakat emas anda. Semoga harta kita diberkati, terus berkembang dan memberi manfaat buat diri, keluarga, dan masyarakat.

Ditulis oleh Arham Merican, Pengurus Shariah di sebuah institusi kewangan negara dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus kepada pengurusan kewangan, pembasmian kemiskinan, dan pembinaan masyarakat madani. Beliau boleh dihubungi di [email protected].

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.